Cerita Ita: resipi                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel resipi

Ayam Masak Lemak Yang Pasti Buat Nasi Bertambah

Assalamualaikum semua, hari ni walaupun sakit mata rutin harian memasak wajib jugaklah buat. Terkenyit-kenyit mata masa masak ayam masak lemak tadi udah rupa tukang masak viral tu haa..Tu dia tajuk..tapi memang ya tau..pasti menambah nasi kalau makan ni.. Ayam Masak Lemak Striking Ayam masak lemak ni kalau disebut di mana-mana pun memang antara juadah terkenal orang Malaysia dan masakan Melayu popular khususnya. Dan resepi ayam masak lemak striking ni sebenarnya  ada sejarahnya sendiri .  Ada aku ceritakan dulu kat Resepi Ayam Masak Lemak ni dulu. Jadi takyah la ulang sejarah ayam masak lemak ni lagi. Korang gi baca kat entri sana je ya. Yang pastinya lauk ni adalah lauk yang akan mengimbau sejarah. Terutama buat kami warga asrama puteri (aspuri) Maahad Muar masa tu. Entah ada tak lagi makcik yang masak tu tak ntah. Banyak pahala makcik tau makcik. Sebab sampai sekarang ni kami masih terasa teringin nak makan lauk ayam masak lemak stail makcik ni lagi. Semoga banyak pahala ma...

Kita masak resepi daging masak kicap hari ni!

assalamualaikum semua, entah kenapa minggu ni mood masak macam meluap-luap pulak.. mungkin mood tu dah datang entah dari mana.. atau disebabkan cuaca yang asyik mengundang perut asyik lapar je tak tau la pulak kan.. minggu ni aku dah buat resepi daging je dah 2 kali.. awal-awal minggu haritu masak kari guna pressure cooker.. dan hari ni masak resepi daging masak kicap pulak..  Kita masak resepi daging masak kicap hari ni!  anak laju pulak bila masak daging guna pressure cooker ni.. maklumlah dagingnya lembut, senang nak digigit dan dikunyah.. kalau daging rebus biasa pun boleh lembut jugak kalau guna petua yang aku guna dulu.. guna daun rumput cina.. alamak daun kat luar pulak dan tengah hujan ni.. aku berselimut, tak kuasa pulak nak keluar.. haha.. lainkali ye aku tunjukkan.. hari tu ada kemas pokok kat luar tapi tangan kotor terlupa pulak nak ambik gambar..  kalau resepi daging sebenarnya kat rumah aku ni jarang jugak masak.. sebab tak tau nak masak apa...

Lempeng Nasi Ikan

assalamualaikum semua,  eh tetiba hari ni macam mood baik nak kongsi resepi pulak rasanya.. pasal kita tengok gambar macam lawa sikit nak letak kat blog.. hehehe boleh gitu ek.. resepi hari ni ialah Lempeng Nasi Ikan.. haa macam pelik sikit kan? meh kita tengok apa bahannya tu.. Lempeng Nasi Ikan LEMPENG NASI IKAN by Ceritaita Bahan-bahan 1 cawan nasi dikisar 3 cawan tepung gandum 1/2 cawan isi ikan rebus (diasingkan dari tulang)  Garam secukup rasa Air secukupnya Daun kucai diracik halus Lempeng Nasi Ikan Cara-cara 1. Campurkan semua bahan dan kacau rata.  2. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya tidak berketul.  3. Kacau rata dan pastikan adunan sedikit cair. (seperti adunan membuat kek)  4. Panaskan kuali dan leperkan adunan di atas kuali. 5. Masak hingga kekuningan dan balikkan untuk memasak sebelah lagi.  6. Angkat dan siap untuk dihidangkan bersama kari,...

Resepi Roti Puri dah viral rupanya

assalamualaikum semua, aku baru tau Roti Puri dah jadi viral rupanya.. itu pun aku tau dari kawan-kawan di group whatsapp.. macam pelik pun ada.. tu la siapa sangka benda yang sangat mudah nak buat dan tak perlu banyak belanja tu la yang orang paling suka kan..  roti puri aku pernah kongsikan resepi Roti Puri Mudah tanpa yis dulu.. pun tak sangka siap ramai yang nak cuba siap ada yang komen dia buat tak jadi pulak tu.. tapi itu aku tak hairan jugak sebab aku pun selalu jugak ambik resepi orang kemudian bila cuba tak jadi pun macam yang orang tu buat.. maklumlah mungkin sebab cara kita buat tu tak sama agaknya.. macam bancuh air la.. walau cuma perlu teh, air panas dan gula je untuk buat air teh tapi tak semua orang buat sedap pun.. semuanya jadikan air tangan orang tu unik kan?  macam roti puri ni.. kalau ikutkan asas dia sama macam asas nak buat kulit karipap je sebenarnya.. ini yang macam mak aku ajar la.. dan resepi aku sebelum ni pun ikut cara Cik Jemah...

Resepi mudah Asam Pedas Ikan Patin gerenti jadi !

Resepi mudah asam pedas ikan patin assalamualaikum semua, hari ni tetiba je rasa nak kongsikan resepi asam pedas .. tapi kali ni resepi yang sangat mudah.. tak perlu susah-susah nak blender bawang bagai.. cuma perlu tambah air je.. haa.. jangan tak percaya tau.. meh aku kisahkan jom.. asam pedas ikan patin ikan patin yang aku guna ni ihsan dari abang yus, abg ipar shah.. alhamdulillah dia dah bela ikan patin dalam sangkar di kampungnya di Sungai Temerloh.. dan syukur yang kami ni dapatlah tumpang rezeki orang pulak kali ni.. lama dah shah bawak balik.. tapi disebabkan aku masih lagi berfikir nak masak apa yang sesuai, makanya ikan tu duduk bertapa je la dalam peti untuk jangkamasa yang agak lama... memula aku fikir nak masak tempoyak je ikan tu.. tapi bila fikir pulak yang masak tempoyak ni kalau tak pedas mesti tak berapa sedap dan loya pulak rasa tekak.. tapi kalau masak pedas karang tentu anak-anak tak boleh nak makan.. lagi la jadi dilema sang emak pulak te...

Ikan Keli Masak Lemak Cekur Manis

assalamualaikum semua,  hari ni nak cerita pasal lauk makan malam kami malam tadi.. lauk biasa-biasa je sebenarnya tapi cukup buat rasa nak tambah nasi dua tiga kali.. lauknya ialah Ikan Keli Masak Lemak Cekur.. Ikan keli masak lemak cekur ada jugak yang panggil lauk ni dengan nama Pecel Lele.. ada jugak yang panggil cekur tu dengan nama kencur, tapi aku tak tau la apa nama sebenar lauk ni sebenarnya..hahaha.. bahan untuk masak lauk ni senang sangat.. cuma remeh bahagian nak uruskan ikan keli tu je la.. tu sebab tak ramai orang nak buat agaknya..  bahan asas yang diperlukan macam aku, ikan keli ni aku dah beli minggu lepas kat pasar besar Kuantan, mintak sesiap penjual tu siangkan jadinya aku tinggal basuh bersih-bersih je la..  Tips basuh ikan keli supaya tak hanyir sebelum basuh biasanya aku akan hiris dulu bahagian telinga (aku cakap dengan anak).. dekat area duri kiri kanan kepala dia tu.. betul-betul bawah pada duri tu.. hiris sikit ...

Resipi Lempeng Kelapa

assalamualaikum semua, sunyi dan lengang sangat Kuala Lumpur hari ni.. mungkin sebab cuti panjang hingga ke hari isnin di kebanyakan tempat sempena perayaan Krismas agaknya kan.. dan kebetulan kami pun masih bercuti di Kuala Lumpur buat masa ni.. Lempeng Kelapa dengan Kari Daging bukan bercuti untuk suka-suka pun tapi ada urusan keluarga yang lebih penting.. ada aku ceritakan dalam entri sebelum ni.. pasal pembedahan abah. . tapi ada la jugak bawak anak-anak singgah jalan-jalan.. nanti aku ceritakan ok.. dan kali ni aku nak kongsikan resipi lempeng kelapa yang aku pernah tunjuk gambarnya di instagram Cerita Ita sebelum ni..  Resipi Lempeng Kelapa Cerita Ita Bahan-bahan Tepung gandum Kelapa parut garam secukup rasa minyak masak  air secukupnya *kalau nak tau bahan-bahan ni aku agak-agak je penggunaan dia.. Cara-cara 1. Campurkan air ke dalam tepung sedikit demi sedikit sampai dapat adunan yang cair sikit macam korang nak buat lempe...

Cara nak dapatkan kek pisang sedap

assalamualaikum semua, pagi ni bersiaran dari rumah untuk ke HUKM.. doakan perjalanan kami selamat dan urusan kami sekeluarga dipermudahkan ye kawan-kawan.. sebelum nak bergerak aku nak tunaikan janji untuk berkongsi cara nak dapatkan kek pisang yang sedap.. kek pisang sedap baru ni aku ada kongsikan gambar kat instagram.. kalau belum follow boleh tengok sidebar tepi blog atau di bawah kalau menggunakan hp untuk follow IG Ceritaita ye.. gambar yang aku kongsikan tu sebijik macam gambar kat atas tu.. dan sekarang aku nak kongsikan caranya macamana nak dapatkan kek pisang yang cantik dan sedap macam dalam dalam gambar tu.. caranya senang je.. korang pergi ke pasaraya.. sediakan duit dalam RM8 dan beli je Kek Pisang jenama Samudra yang cuma berharga RM7.75 satu.. bawak balik, potong dan letakkan dalam piring cantik macam aku buat dan ambik gambar.. haha mudah kan? nak lagi mudah korang potong dan terus makan untuk rasa kesedapannya.. lembut dan cair je dala...

Di sebalik kisah sup daging dan telur dadar

assalamualaikum semua, ini lauk semalam... lauk untuk makan malam ada cerita di sebalik lauk ni... kelmarin masa makan malam aku tak larat nak masak sebab baru balik dari Shah Alam... makanya shah tolong belikan nasi lemak dan lauk... tapi tiba-tiba tengah makan abg long cakap, "ummi... esok boleh tak ummi masak telur yang macam kita makan hari tu?" apa lagi yang boleh aku jawab? "ye la nak...esok ummi masak ye..." jawab aku dengan rasa amat bersalah... dan hari semalam aku masak lauk sup daging dan telur dadar yang abg long inginkan... nak tau apa reaksi anak-anak? berulang kali anak-anak puji sedapnya masakan aku... rasa sangat terharu dan dihargai... walaupun anak tak tau sebenarnya aku dah kehabisan rempah sup di dapur dan akhirnya aku kisar sendiri rempah untuk sup ini yang aku juga berasa sangat kagum dengan usaha aku... hahaha... nanti aku itulah antara tanda kasih sayang seorang ibu dan isteri... hati se...

Resipi Simple Tuna Baguette

assalamualaikum semua, hari ni makan sedap tengahari sebab tak puasa... huhu... kononnya aku ni nak berazam la puasa 6 Syawal penuh tahun ni... selalu asyik ada aje halangan... makanya aku dah cuba dari hari Selasa baru ni... sampai semalam dapat la 3 hari... tapi hari ni aku terpaksa la langgar azam aku ni sebab batuk aku dah semakin teruk... tadi masa nak bincang tajuk mini projek dengan pelajar praktikal pun aku rasa macam nak letak tepi kejap je batuk ni... payah woo... nak bercakap banyak tapi terberhenti-henti... tapi dah namanya manusia ek... kalau sakit pun bukan dapat sekat mulut dari nak makan... makanya tengahari ni kita makan bekal sedap ko... ke barat sekejap kita hari ni... makanan western lagi tu... mujur mata tak jadi biru ke coklat ke kan... hahaha.... jadinya disebabkan aku dah rasa sedap resipi mudah ni apa kata aku kongsikan dengan korang.... meh terus baca meh... eh lupa ... sebelum tu... meh tengok gambar dulu bagi korang terliur....  chili tun...

Fried Dumplings : Resipi mudah dan ringkas

assalamualaikum semua, lamanya tak menulis... rindu dengan blog tapi apakan daya keadaan agak tak mengizinkan untuk menulis... kali ni nak kongsikan tentang resepi mudah yang aku dapat dari blogger terkenal... Pinky Momma ... rugi klau korang tak cuba... meh terus baca ye... kelas betul bila baca tajuk ek... ? tetiba pulak terbayang seorng orang melayu yang lupa diri... hehehe... maaf la ye... dah namanya pun orang Malaysia yang pelbagai kaum... jadi haruslah kita cuba resipi pelbagai kaum yang mudah dan cepat seperti Fried Dumplings ni... memang senang sangat-sangat la... abg long pun boleh tolong buat... sebenarnya resipi ni dah lama dah aku buat.... awal-awal bulan puasa aritu lagi dah... tapi disebabkan banyak masalah aku tak dapat nak kongsikan apa-apa dengan korang... jadi sebelum aku bercuti panjang ni... aku tinggalkan korang dengan resipi yang sangat mudah ni... Fried Dumplings Bahan-bahan Udang - ikut la berapa banyak korang nak letak Aku letak ...

Burasak makanan tradisi Masyarakat Bugis

assalamualaikum semua, kami baru je berpeluang balik ke kampung di johor untuk berbuka puasa bersama keluarga di sana... alhamdulillah... sangat meriah... kebetulan pulak pada masa yang sama salah sorang jiran kami di kampung yang berketurunan Bugis turut menghantar hidangan tradisi orang Bugis bila menyambut perayaan iaitu Burasak... Burasak  mungkin bagi sesetengah orang, nama makanan ini sendiri agak pelik kan? tapi ianya sendiri sebenarnya adalah salah satu menu hariraya yang enak dimakan zaman berzaman... walaupun bunyinya agak pelik tapi sebenarnya Burasak merupakan hidangan yang hanya memerlukan bahan asas yang mudah bagi melengkapi resepinya... bagi aku sendiri, walaupun kami mempunyai susur galur yang berasal dari keturunan Bugis di sebelah mak tapi kebanyakan tradisi dan makanan orang Bugis yang kami sendiri tak tau atau kenal... ditambah pulak dengan ketiadaan arwah Tok Bak sejak dari zaman mak anak dara lagi... kami lebih dikenalkan dan dibesarkan...