Cerita Ita: menu berbuka                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel menu berbuka

Citarasa Nostagia Ramadan Buffet di Summit Hotel Subang USJ

Assalamualaikum semua, ramai yang dah cerita pasal buffet Ramadan.. sana sini la meriah.. tahun ni kami berpeluang jugak merasa Ramadan buffet di hotel.. aku anggap rezeki family anak ramai ni jugak la.. sebabnya kalau orang dengar je anak berderet yang nak dibawak sekali tu mau gerun semua nak sediakan meja.. hahaha.. Citarasa Nostagia Ramadan Buffet di Summit Hotel Subang USJ Citarasa Nostagia Ramadan Buffet di Summit Hotel Subang USJ Dan tahun ni rezeki kami di Summit Hotel Subang USJ pulak.. hidangan “Citarasa Nostalgia” Ramadan Buffet di Summit Hotel Subang USJ menggamit selera kami tau.. sebabnya terdapat banyak hidangan yang menggamit nostalgia.. tentunya sebab dihidangkan dengan makanan tradisi  bermacam juadah.. ada lebih dari 200 jenis hidangan la untuk semua pengunjung.. kira memang berbaloi kalau datang ni.. Antara makanan yang dihidangkan ialah Satay Raja Alang.. tak sah la kan kalau takde satay.. Briyani Kasih Bonda, sup Gear ...

Ungkep Ayam untuk juadah berbuka

assalamualaikum semua, memang normal kalau bulan puasa ni semua jenis makanan pun kita teringin nak makan kan? bulan puasa jugak la selalu terimbau makanan zaman kecik-kecik.. makanan tradisi yang susah nak dapat.. eh.. pendek kata semua jenis la terbayang.. maklum la waktu ni kan kita tengah berlapar, semua pun nampak sedap.. ungkep ayam  macam tu jugak kami kat rumah ni.. sebab tu memang tak perlu nak teringin-teringin atau rasa-rasa atau acah-acah nak pergi ke bazaar ramadhan untuk tinjau apa yang dijual kat sana tu.. sebabnya kalau dalam keadaan perut berkeroncong nak makan je tu jangan haraplah dapat berfikir secara rasional.. semua benda pun sedap.. bak kata Ustaz Ismail Kamus.. "Orang jual batu bata pun kita boleh tanya bape sen satu, siap terliur nampak sedap tu..".. hahaha.. bahaya sangat nafsu yang bersarang dalam diri manusia ni rupanya.. walaupun syaitan dah diikat dia pulak yang boleh bertukar jadi syaitan.. tinggalkan la cerita manusia jadi syai...

Menu berbuka Kue Tiaw Tomyam dan Resepi

assalamualaikum semua, saja nak tunjuk menu berbuka kami waktu berbuka tadi.. sebabnya aku taknak la sampai korang terliur kalau aku tunjuk gambar Kue Tiaw Tomyam waktu siang esok kan? hahaha..  tengok gambar, sendiri pulak rasa lapar.. haha tadi disebabkan aku dah tak tau nak masak apa aku godeh je la apa je bahan yang ada kat rumah ni.. tengok-tengok ada sayur-sayur dan jugak rempah tomyam.. walau bahan tak berapa cukup aku buat jugak la versi campak-campak apa yang ada.. meh tengok resepi tomyam mudah ni jom.. Resepi Kue Tiaw Tomyam sumber : ceritaita Bahan-bahan: Kobis panjang Kacang peas Kobis bunga Brokoli Lobak merah Bebola ikan Tomato Perencah Tomyam Adabi Kue Tiaw  Daun Limau purut Bawang besar Bawang putih Air secukupnya Kiub pati ayam Garam  Ajinomoto Cara-cara: 1. Rebus air dalam periuk. 2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan perencah tomyam adabi. 3. Sebelum mendidih tu aku masukkan sayur yang...

Promosi Pizza Domino's untuk hari Selasa

assalamualaikum semua, korang dah plan apa menu untuk berbuka korang hari ni? tadi aku dah cerita pasal kesedapan menu berbuka hari kedua kami kan? haa.. yang tak baca lagi gi selak balik.. kali ni aku nak cerita pasal menu promosi pizza Domino's untuk hari Selasa je tau! promosi pizza Dominos korang yang rasa belum tau apa nak makan untuk berbuka nanti boleh la tinjau-tinjau.. boleh terus ke laman web dia nanti.. sementara tu meh aku ceritakan apa yang best selain tawaran pizza personal yang sangat murah macam kat atas tu.. memang harga menjunam la sebab pizza personal cuma berharga RM3.90 je.. terkejut bila tengok tadi.. murah betul! promosi tambahan dan bila korang dan klik yang promosi tu dia akan keluar promosi lain yang lebih best tau.. yang mana memang sangat murah la.. promosi untuk pizza lain yang korang cuma kena tambah harga untuk pizza yang lebih besar.. harga pun berbaloi.. pizza large atau bersaiz besar cuma RM14.90 je satu tau..  tap...

Menu berbuka pada hari kedua ramadhan

assalamualaikum semua, dah masuk puasa hari keempat dah hari ni.. alhamdulillah abg ngah masih bertahan sehingga hari ni.. walaupun semangat dia dah makin agak merundum bila dah nak sampai petang.. siap nangis-nangis kata saya tak mau puasa dah.. tapi dia tetap teruskan jugak nampaknya.. yang aku puji dia tak curi-curi pun nak makan ke minum ke.. sangat bagus! siap periuk sekali keluar.. hahaha tapi kali ni aku bukan nak ceritakan pasal abg ngah berpuasa pun.. yang tu dah cerita hari tu .. kali ni nak kongsikan dengan korang pasal makanan berbuka kami pada hari kedua umat Islam berpuasa aritu.. kami kat kampung mak shah dari hari pertama berpuasa aritu.. jadinya berpeluang la berbuka beramai-ramai.. entri pasal hari pertama aku dah tulis jadinya ini hari yang kedua.. aku tak akan tulis setiap hari pun terutama bila aku dah balik rumah sendiri dan mula bekerja dan masak sendiri.. sebab selalunya bila dah balik kerja tu rebut-rebut memasak sorang-sorang jadinya menjelan...

Menu berbuka puasa hari pertama

Menu berbuka puasa hari pertama assalamualaikum semua, untuk awal ramadhan tahun ni kami berpeluang untuk balik ke kampung untuk sama-sama merasai kemeriahan berbuka puasa bersama ahli keluarga tersayang.. kali ni kami balik rumah mak shah dan berkumpul beramai-ramai..  antara juadah yang ada memang setiap tahun jadi kebiasaan berkumpul dan merasai kemeriahan berbuka puasa macam ni.. seronok rasanya bila dapat berkumpul beramai-ramai.. yang paling seronok tentunya anak-anak la.. dan semalam semua adik beradik shah kecuali adik yang nombor 4 ada bersama.. sampai tak muat rumah jadinya.. ditambah pulak dengan kehadiran bapa saudara shah yang jugak duduk di kampung yang sama kat sini..  dan semalam aku sempat la masak soto untuk juadah kami berbuka.. tapi disebabkan masing-masing mencari nasi untuk pilihan berbuka memasing jadi kurang sambutan.. tapi tetap laris sebab bila dah lepas solat isyak memasing mencari pulak makanan lain..  close up al...

Fried Dumplings : Resipi mudah dan ringkas

assalamualaikum semua, lamanya tak menulis... rindu dengan blog tapi apakan daya keadaan agak tak mengizinkan untuk menulis... kali ni nak kongsikan tentang resepi mudah yang aku dapat dari blogger terkenal... Pinky Momma ... rugi klau korang tak cuba... meh terus baca ye... kelas betul bila baca tajuk ek... ? tetiba pulak terbayang seorng orang melayu yang lupa diri... hehehe... maaf la ye... dah namanya pun orang Malaysia yang pelbagai kaum... jadi haruslah kita cuba resipi pelbagai kaum yang mudah dan cepat seperti Fried Dumplings ni... memang senang sangat-sangat la... abg long pun boleh tolong buat... sebenarnya resipi ni dah lama dah aku buat.... awal-awal bulan puasa aritu lagi dah... tapi disebabkan banyak masalah aku tak dapat nak kongsikan apa-apa dengan korang... jadi sebelum aku bercuti panjang ni... aku tinggalkan korang dengan resipi yang sangat mudah ni... Fried Dumplings Bahan-bahan Udang - ikut la berapa banyak korang nak letak Aku letak ...