Cerita Ita: kereta rosak                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kereta rosak

Homestay Gapai Pelangi Dalam Pembaikan

Pembaikan Dan Dugaan Assalamualaikum semua, dah masuk hari ke 4 di tahun 2026. Hari ni kami masih di Kuantan. Ada dugaan sebenarnya sejak semalam. Kebetulan pula kami memang akan berada di sini hingga esok. Dugaan Tiba Kami sebenarnya dah tutup tempahan untuk homestay sejak dari awal bulan November lagi aritu. Pertamanya disebabkan ada masalah nak cari orang untuk pembersihan. Kedua ada banyak benda nak kena baiki dulu. Disebabkan kami buat sendiri semua benda dan masa yang ada agak terhad jadi kami tutup je la buat sementara waktu. Bagi kami baiki dulu semua benda dan sampai jumpa orang sesuai untuk buat kerja-kerja pembersihan. Kereta Rosak Pulak Semalam waktu kami balik dari sarapan di Tanjung Api kan kereta kami ada masalah sikit. Shah dah bawak pergi bengkel. Tiba-tiba waktu malam nak ke Taman Kerang dia jadi senggut-senggut pulak. Jadi pagi ni menjajau la Shah mencari kawan-kawan yang boleh bantu.. maklumlah hari Ahad kan. Mana nak cari bengkel yang bukak. Kebetulan ada kawan yan...

Diuji kereta rosak dan rezeki bermalam raya

assalamualaikum semua, benarlah selalunya kita ni selalu mampu merancang je tapi Yang Maha Kuasa jugak yang akan menentukan apa yang terjadi di masa akan datang.. setelah kami merancang nak balik kampung aritu, manalah sangka kami diuji kereta rosak dan rezeki bermalam raya pulak kat rumah saudara kami di Klang.. siapa sangka kan? Diuji kereta rosak dan rezeki bermalam raya kami kena dugaan kereta rosak ni pada hari Jumaat.. rezeki Allah aturkan tu cantik jugak.. walaupun terpaksa jugak bersusah payah.. kereta kami rosak di kawasan Cheras.. bila telefon insuran Ambank kami dia kata boleh hantar perkhidmatan tarik kereta sehingga 25km terdekat je.. tapi shah dah buat keputusan nak mintak tarik sampai ke bengkel sepupu dia di Klang.. salah satu sebabnya ialah shah nak baiki sendiri apa yang rosak tu.. jadi cuma cari alat ganti dan dapatlah jimat sikit dari segi upah.. Diuji kereta rosak dan rezeki bermalam raya jadi mereka pun tunggulah trak tunda sampai ke petang h...

Buah hati rosak lagi..

salam sejahtera semua, Hari isnin dah kena tukar bateri.... semalam pulak clutch dia rosak...dah kena lagi double pulak.... petang ni on the way nak balik kampung kena lagi....kali ni minyak hitam keluar pulak... aduhai....dia macam tau je tuan dia dah ada gaji kan?... tuan dia ni pun dah macam tak sihat je dah ni...poket??? lagi la tak sihat... p/s adik husna dah ok sikit lepas tukar antibiotik...dah resistant kot...adehhh....camne ni...