Cerita Ita: jualan popular                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jualan popular

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

assalamualaikum semua, s empena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina. “Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang ...