Cerita Ita: ipoh                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ipoh

Polis cari remaja panjat Signboard IPOH

assalamualaikum semua,  dari semalam orang sibuk kongsi gambar dan video sekumpulan remaja panjat signboard IPOH.. aku mulanya macam tak nak ambik port sebab aku kan jenis gayat.. tertengok satu gambar diorang yang bergambar bertiga tu pun dah cukup buat aku kecut perut.. tapi bila berita ni keluar .. Polis cari individu panjat 'IPOH' lagi tambah kecut perut aku memikir tau.. budak-budak ni muda lagi tu.. masih jauh perjalanan hidup.. tetiba pulak kena buru polis macam ko pergi buat jenayah besar tu.. seram wei bila bayangkan.. aduhai adik-adik sayang.. apa la yang korang fikir masa buat kerja tu.. memang la korang dah siap letak hashtag #projekgilababi kat gambar dan video tu tapi aku rasa orang gila pun belum tentu la buat apa yang korang buat tu.. agaknya tak fikir kesan sebelum bertindak agaknya eh? ke banyak sangat hormon adrenaline yang melimpah ruah dalam badan korang tu.. aku kan bila tengok video terus rasa macam keras kaku aku wei.. tinggi tu....

Ke Ipoh la pulak..

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari kedua aku kat ipoh..sampai hari ahad malam baru ni... ada bengkel kat sini insyaAllah sampai hari jumaat ni.. kalau ikutkan dah tak larat dah nak ke mana-mana sebab tarikh dijangka bersalin tinggal tak sampai lagi sebulan dah...tapi dah kerja terpaksa la jugak... semalam stress jugak sebab aku kena cirit birit start dari petang dalam pukul 6 macam tu...sebelum tu dah rasa lain macam masa makan tengahari..rasa macam angin mencucuk je dalam perut ni..tak sedap betul rasa..pastu tengahari tu aku try la makan betik bagi dengan harapan bagi angin tu keluar...ambik ko..lepas tu memang keluar pun tapi sekali dengan cirit la...adoiii...tak larat dah rasa... masa nak gi makan malam pukul 7.30 tu aku dah rasa letih gila..boleh bila siap nak turun dah rasa tu datang lagi...pastu masa nak makan pun sempat singgah tandas kat kafe dulu..sabor je la.. balik dari makan pun masih macam tu tapi sudahnya aku layan minum teh pekat panas tanpa gula..alha...