Cerita Ita: ucapan                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ucapan

Terima Ucapan Ulangtahun Perkahwinan Dari Suami

Assalamualaikum semua, hari ni 24 Jun 2023 merupakan hari ulangtahun pernikahan aku dan Shah. Genap 17 tahun kami hidup bersama pada hari ni. Rasa macam terlalu cepat masa berlalu. Gambar terkini semalam Ucapan sempena ulangtahun perkahwinan Macam tak sangka juga bila suami ucapkan ucapan ulangtahun perkahwinan malam tadi. Sebab dia jenis jarang ingat. Orang lelaki kan..haha.. Tapi sebagai isteri aku rasa gembira dan terasa sangat dihargai bila dapat ucapan macam tu.  Hadiah buat isteri Itulah orang kata orang perempuan ni hidupnya sangat mudah. Bila suami bagi ucapan pun hidup dah rasa bahagia sangat dah. Lagi la kalau diberi jambangan bunga atau hadiah. Lagi la rasa berbunga-bunga hatinya. Jadi sebagai suami tu, boleh la cuba ambil hati isteri dengan pelbagai cara sesuai dengan isteri masing-masing. Hari ni biasanya kami akan bawa anak-anak makan kat luar tapi disebabkan kami semalam dah habiskan aktiviti seharian di Melaka. Kira dah sambut awal jadi kami duduk rumah je la ...

Selamat Hari Lahir yang ke 4 Adik Hadi!

assalamualaikum semua,  hari ni hari teristimewa buat permata hati kami Ahmad Hadi Haris.. sebab hari ni merupakan hari ulang tahun kelahiran adik hadi yang keempat tahun.. selamat hari lahir yang ke 4 adik hadi!  setiap tahun peristiwa melahirkan anak-anak terimbau setiap kali meraikan hari lahir anak-anak.. aku rasa setiap ibu pasti merasakan perasaan yang sama jugak kan.. kalau hari lahir aku pun mak pasti ingat nak ucapkan sesuatu.. mesti sebab mak terkenang kenangan melahirkan aku pada 39 tahun 8 bulan yang lepas..  adik hadi dah cukup besar sekarang ni untuk faham apa yang kami cakapkan dengan dia.. cuma pelatnya masih banyak kena betulkan.. masih tak fasih lagi bertutur.. ada antara perkataan yang langsung kadang orang lain yang dengar tak faham.. tapi yang penting dialah salah seorang permata yang menceriakan hidup kami..  untuk sambutan hari lahir adik hadi kali ni takde pun yang istimewa sangat.. nantilah dah hujung minggu ke kita bawak jalan-jalan sambil m...

Selamat Hari Lahir yang ke 39 Ita!

assalamualaikum semua, hari istimewa muncul lagi hari ni.. setiap kali awal tahun pasti ianya muncul lagi.. apa lagi kalau bukan hari lahir aku yang jatuh pada setiap 3 Januari setiap tahun bermula tahun 1979 lagi..  dan tahun ni genap 39 tahun dah rupanya.. makin tua pulak rasanya..  setahun lagi akan mencecah usia 40an..  Selamat Hari Lahir yang ke 39 Ita!  kalau lelaki orang akan cakap waktu inilah makin menjadi tapi aku rasa kalau untuk perempuan lebih sesuai makin berisi kot..  bukan isi lain pun sebenarnya, tapi lebih kepada tambah isi badan yang banyak.. hehehe.. ada sesiapa nak bantah?  tapi aku sebenarnya nak rakamkan penghargaan buat semuanya terutama insan tersayang iaitu keluarga dan rakan-rakan.. terutama abg long yang dah ucapkan sehari awal lagi macam biasa pasal dia selalu ingat harijadi ummi dia jatuh pada 2 Januari.. hihi.. lucu kan?  apa pun terima kasih ye nak.. ummi hargai sangat-sangat..  untuk tahun ni t...

Selamat Berkonvo Adik Manis!

Assalamualaikum semua, sejak dari dulu ramai yang kenal aku sebagai orang yang keras hati dan terejal katanya.. tapi tak ramai yang tau aku terpaksa jadi 'keras' atas apa yang aku lalui dalam hidup ni.. dan di sebalik kekerasan tu terselit kelembutan yang hanya orang terapat yang tau..  cilok gambar seorang graduan di fb :p hari ni aku betul-betul berasa hati aku sangat tersentuh.. semuanya sebab adik bongsu kami yang dilahirkan ketika aku berada di Tingkatan 3.. jauhnya jarak antara kami sebenarnya.. dan dialah satu-satunya adik perempuan yang aku ada.. adik kami yang sejak dulu kecil dan comel je dan sekarang ni dah bertambah comel ni dah besar rupanya..  dan hari ni merupakan hari bersejarah buatnya.. Hari adik kami ni meraikan hari konvokesyennya yang pertama!  dan aku pula.. hanya mampu menghantar doa sebagai iringan pengganti diri dari jauh buatnya yang berada nun di Kelantan semoga majlisnya berjalan lancar.. Maafkan akak sebab tak boleh temankan a...

Selamat Hari Lahir yang ke 10 sayang..

Selamat Hari Lahir Yang ke 10 Sayang assalamualaikum semua, aku dah ada di Kota Bharu sekarang ni.. pagi tadi bertolak sebab ada kursus di sini sehingga Khamis.. tapi cuma nak jugak buat entri ucapan Selamat Hari Lahir buat anak yang tersayang..           Birthday boy dengan keknya Selamat hari lahir abg long sayang.. walau ummi takde bersama dengan awak waktu ni di hari ni.. tapi ketahuilah doa ummi sentiasa mengiringi..  semoga anak yang diberi nama Ahmad Haziq Hakimi menjadi anak yang soleh, dirahmati Allah di mana jua abg long berada, dimurahkan rezeki, dipertemukan jodoh yang baik, ditetapkan iman dan berjaya menjadi umat Islam yang cemerlang satu hari nanti..  walau ummi tau awak amat mengharapkan ummi ada untuk awak meraikan hari istimewa ini.. kerana sejak dari awal bulan awak menghitung hari untuk sampai ke tanggal 17 April 2017.. ummi faham dan sangat faham harapan seorang anak.. terutama muka sedih awak semala...

Selamat hari lahir abang... dan maaf...

Assalamualaikum semua, semalam sebenarnya adalah tarikh penting untuk seorang insan yang istimewa... tapi kan... aku lupa... sungguh-sungguh lupa tau bukan main-main... betul tau selalu aku ingat... ingat sangat... tapi kali ni aku terlupa betul yang sepatutnya semalam hari istimewa insan teristimewa ni...  ini bukan kali pertama aku lupa sebenarnya... dan banyak kali dalam tahun ni aku terlupa... aku terlupa tarikh ulangtahun perkahwinan kami... aku lupa jugak ulangtahun kami nikah... dan aku lupa jugak hari lahir mak aritu... terus aku jadi pelik... banyak sungguh benda aku lupa tahun ni... apa petandanya ye? ke sebab aku makin tua? hmmm.. tak dinafikan... tapi mungkin jugak kena banyakkan baca al-quran untuk tajamkan lebih daya ingatan... ingat tu ita... baca al-quran selalu-selalu... cabaran tu... buat suami tersayang... abang... maafkan ita ye lupa hari lahir abang... tak sengaja sangat... lepas tu nak buat kek pun tak terbuat jugak.. huhu... insyaAlla...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H

assalamualaikum semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H buat semua pembaca blog Cerita Ita...semoga amalan kita semua dalam bulan Ramadhan diterima oleh Allah..amin... Taqabbalallahu minna wa minkum Wa ja'alana minal 'aidil wal faizin Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan. p/s jaga keselamatan diri di mana sahaja korang berada...jugak keselamatan perut..hehehe...eh apa tengok2...serius wei..ramai yang kena sakit perut lepas raya...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua

assalammualaikum semua, Selamat menyambut hari raya buat semua keluarga, sanak saudara, sahabat, kawan-kawan dan pembaca setia Cerita Ita... juga untuk semua pelanggan Koleksi Cik Ta... di kesempatan ni aku nak mintak maaf kalau ada salah silap pada semua terutama tersalah tulis entry yang akhirnya menimbulkan fitnah atau salah faham... harap dimaafkan ye... dan didoakan juga semoga kedatangan Aidilfitri ni akan membawa seribu makna pada semua... dan merapatkan mana-mana yang terpisah...insyaAllah.. berhati-hati juga semasa berada di mana-mana korang berada terutamanya di jalanraya yang sibuk di musim perayaan ni.. ingat orang yang tersayang ok... nak kongsikan juga adab-adab menyambut raya di dalam Islam... 3 dan 4 tu bukan sama ke? dan zakar fitrah paling lewat sebelum solat hari raya ok!   p/s line kat kampung mungkin tak berapa ok lepas ni..jadi entry lepas-lepas ni akan ada yang autopublish ok...