Cerita Ita: shah                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel shah

Shah kena bedah hari ni!

assalamualaikum semua,  hari ni aku bersiaran dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, menemani teman serumah sejak hampir 11 tahun yang lalu untuk jalankan pembedahan kecil yang dijadualkan hari ni. pembedahan di Day Care, Tingkat 3, HTAA mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku ada kat sini pagi ni kan? (eh2 perasan artis..haha..). bagi yang tertanya-tanya tu kalau ada ni aku nak cerita sikit apa yang berlaku sebenarnya.  sebenarnya sejak beberapa bulan lepas shah dah mula datang untuk beberapa temujanji dengan doktor berkenaan sakit belakang dia satu masa dulu. yang sakit belakang tu dah satu cerita tapi ntah macamana pulak tetiba muncul satu dua biji ketulan timbul kat belah belakang shah.  bagi shah pulak memula dia ingat cuma biji angin dan takde benda yang serius yang perlu diberi perhatian sangat la. jadinya dia cuma diamkan dan buat tak tau saja. tapi bila doktor buat pemeriksaan doktor terus bagi rujukan untuk buat ujian lanju...

Balik kampung dan dilema

assalamualaikum semua, hari rabu lepas kami dapat berita pasal rawatan susulan abah di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru... yang ni aku taknak ulas lanjut pasal tuan punya badan belum bagi keizinan untuk kami bercerita dengan sesiapa pun... cuma harap sangat doa kalian agar semuanya berjalan lancar... cukuplah untuk kalian tau yang kesihatan abah agak sulit untuk diceritakan tetapi ianya serius...  balik kampung atau kenduri? bila kami tau je pasal rawatan abah hati dah mula berbelah bagi...sebabnya di awal perancangan akan ada jemputan kenduri kahwin di Terengganu pada hari Sabtu dan pada hari Isnin, shah dah janji nak hantar emak dia ambik borang di Pejabat Agama Islam di Pekan... aku terus tak berani nak suarakan hasrat nak balik jumpa abah sebelum rawatan dimulakan... antara rasa serba salah, rasa sayang... sampai tak tentu rasanya... bila along whatsapp dalam whatsapp family tu aku terus respon alhamdulillah... sebab tau rawatan abah dapat dipe...

Sah Demam Denggi!

assalamualaikum semua, lamanya tak menulis...banyak dugaan kecil terjadi baru-baru ni... konon aritu berazam nak ada satu entri sekurang-kurangnya sehari untuk bulan Disember ni...rupanya azam hanya tinggal azam je...nak jengah blog kawan-kawan pun tak sempat... aku nak cerita kisah yang berlaku 2 minggu lepas ni... dah lapuk tapi tetap nak cerita jugak... kan aku ada cakap kat SINI yang shah kena demam sampai mengigil-gigil kan?  dan hari jumaat 4 Disember 2015 tu kami ke klinik untuk buat ujian darah sekali lagi dan hasilnya... keputusan denggi Allah... terduduk jugak la bila baca keputusan darah POSITIF DENGGI ... lepas tu mula la kelam kabut fikir apa nak bagi shah makan...hahaha...jangan gelak... para isteri memang begini tau waktu-waktu penting gini pun masih ingat makan... maka aku pun gigih la cari apa yang boleh dibuat bagi mengubati denggi ni... memula doktor cadangkan minum air perahan daun betik...cara-cara nak buat tu nanti aku tunjuk kat AIR TANGAN ...

Selamat Hari Lahir buat suami tersayang..

assalamualaikum semua, ucapan hari lahir ni patut dibuat semalam sebenarnya tapi dalam kekalutan kami di hospital dan telefon yang kehabisan bateri maka entry ucapan ni terpaksa dibuat pada hari ni.. selamat ulang tahun ke 32 buat yang berbahagia abang..semoga abang dipanjangkan umur, ditetapkan iman, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik dari Allah..amin.. p/s ita dah bg hadiah baby aci kan bang? ;)

syukur...

assalamualaikum semua, diberi dugaan dan ujian bermakna Allah sayang... atau ingatan untuk aku semakin jauh dariNya? hmmm... alhamdulillah shah dah keluar hospital hari sabtu lepas... syukur sangat-sangat... husna pun dah berenti muntah-muntah... tapi jadi cirit pulak dia... kesan ubat kot kan? aku pun silap terbagi dia susu hari tu.. ingat dia dah ok tak muntah so boleh bagi susu... sudahnya jam 1 pagi aku mengelap tilam yang berlambak dengan najis cair husna ala kadar dan tutup dengan kain batik je bagi area untuk husna tidur semula... alhamdulillah tilam getah.. mujur senang jugak nak cuci.....pagi-pagi sabtu tu aku gigih mengangkat tilam ke luar dengan keadaan diriku saat ini... apa nak buat... shah dah pesan tak payah buat..tunggu dia balik... tapi aku lagi kesian kalau dia balik pun belum tentu dia sihat untuk angkat barang-barang berat.... alhamdulillah takde apa yang dikuatiri terjadi pun... syukur lagi... Allah memeliharamu nak... aku terbaca report MRI shah... sedih...

ujian lagi..

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk 5 hari aku bercuti... dan masuk 6 hari shah ditahan di KMC... dan aku diuji lagi kelmarin, husna muntah tak berhenti... ni dah masuk 3 hari...hari ni nampak dah ok...cuma aku masih tak bagi susu lagi...risau takut dia muntah lagi bila bagi susu...semalam pun bila abg long minum air milo dia sibuk nak mintak sikit..sudahnya menyembur ke lantai semuanya...letihnya badan...jangan cakap la... ini pun husna tengah baring atas perut...betul-betul nak perhatian ummi dia..lembik je dia dua tiga hari ni...ikut ummi gi hantar abg long dan abg ngah pun dia boleh tertidur kat sebelah...kesian adik... aku tengah berusaha nak bagi dia makan ni...buat bubur nasi semalam sekejap je selera pastu malam dah tak nak...mujur dia nak makan madu dan gula-gula..ada sikit tenaga..tapi air masak memang dia nak..syukur... dan semalam aku tak jenguk shah satu hari...sebab tak larat dah layan orang sakit kat rumah ni pulak.. semoga abg dan adik husna cepat sihat ye....

bila si dia sakit...

assalamualaikum semua, hari ni terpaksa ambik cuti kecemasan selama 3 hari untuk uruskan keluarga...sebabnya... yang tersayangku sakit dan terpaksa ditahan di wad bermula malam semalam... maka bermulalah rutin pagi ni aku menghantar abg long, abg ngah dan adik husna ke sekolah dan taska masing-masing... selesai hantar anak..uruskan kain baju di rumah...ke tempat kerja uruskan cuti..dan terus ke Kuantan Medical Center untuk teman shah.. esok akan bermula rutin yang sama...jadi selamat malam semua.... semoga abg cepat sihat ye bang...sesamalah kita berdoa... p/s mengharapkan hari yang untuk esok...

hingga akhir nanti..

assalamualaikum semua, dah malam baru boleh post entry ni... alhamdulillah kami ada hari yang sangat mengembirakan di Menara Berkembar Petronas pada hari sabtu dan terus ke Kg. Pelegong untuk tidur 2 malam.. dan menjadikan kami sangat rapat di sini.. dan esok hari terakhir kami dalam kursus yang sangat best ni.. kemudian semuanya akan balik ke negeri masing-masing untuk teruskan kehidupan masing-masing.. banyak yang kami belajar dari kursus ni...terutamanya kesabaran...aku nak buat satu entry khas kalau sempat nanti...inshaaAllah..doakan kemudahan urusanku ye... ok..esok dah nak balik jumpa shah dan anak-anak...rindu bukan kepalang ni... p/s rezeki tidur semalam di hotel yang mahal macam ni...jangan tak bangun esok pagi sudah..haha..

Misi tercapai!

assalamualaikum semua, hari jumaat hari tu aku kata misi nak meracun diri dengan mee racun hampir tak dapat kan? akhirnya pukul 4 lebih shah ajak aku bersiap pegi...alhamdulillah.. dan akhirnya misi meracun diri dengan mee racun terkenal di Batu Pahat tercapai jua... cerita penuh nanti aku cerita balik ye...kena ada gambar-gambar baru best... bukan setakat cerita mee racun je yang aku nak ceritakan...ada benda best lain lagi nak cerita ni.. sekarang ni nak tidur dulu...dah 2 malam tidur tak berapa tidur ni..abg ngah tak sihat..batuk dan demam selsema...ni malam ni adik husna pulak terjangkit..aduhai.. p/s tadi dah gi memborong barang untuk projek Cikta Chipnuts Kukiss..meh la tempah untuk raya haji ni..

Jadi ke tak 'meracun' ni?

assalamualaikum semua, aku tengah melepak dengan aman sambil surf internet nak tengok hari apa kedai mee racun batu pahat ni tutup.. sesiapa yang tau tolong bagitau ye...tak jumpa lagi orang yang bagitau ni.. kalau kat rumah mak aku rilek banyak betul tau...pagi tadi kami sampai pukul 2 pagi...dah tu sampai pukul 4 lebih tak boleh tidur sebab abg ngah demam panas dan muntah-muntah...letih gila kan dengar? tapi shah yang uruskan semua...kesian dia letih sangat dah...ni pun masih tidur ...kejap lagi kang aku nak kejut solat zuhur... jadi program nak meracun diri dengan mee racun ni macam kena tangguh dulu je ni...tak sanggup pulak nak request ni...tak sampai hati.. anak-anak pulak kalau kat kampung senang hati gila tau...bebas je diorang main kat mana-mana je...seronok pulak tengok.. p/s pada yang dah sudi menyinggah dan komen..inshaaAllah bila dah balik nanti aku balas ok..

Daging masak ungkep dengan roti, Asam Pedas Ikan Pari dan Lempeng, Mandi pantai..

assalamualaikum semua, huhu...panjangnya tajuk.... nak memadamkan dengan lama aku hilang kan...? hari cuti kan...family time... semalam lepas shah balik kerja berebut kami pegi tunaikan janji nak bawak anak main kat petrosmart kat yayasan pahang.. boleh pulak ekon dekat bangunan yayasan pahang tu dalam penyelengaraan..panas gila..mujur kejap je kat situ...bukan ada orang pun cuma keluarga kami je pun..hehe..rasa macam pusat sains keluarga pulak tetiba... pastu kami jalan-jalan kejap kat luar bangunan tu..tengok-tengok kolam kat depan dia..tadi macam pusat sains kami kan? ni macam bangunan kami pulak..hehehe.. lepas tu boleh pulak masa dalam kereta nak balik rumah terfikir mandi pantai pun best jugak kan...apa lagi..balik rumah kejap...kemas apa yang patut dan terus ke pantai... anak-anak apa lagi...suka bukan kepalangnya...berebut memasing nak turun ke laut..sibuk bertanya boleh mandi ke tak... ye la walau pantai tak sampai pun 5 km dari rumah kami tapi perginya boleh dikira d...

Selamat Hari Lahir Suamiku sayang..

assalamualaikum semua, abang, terima kasih kerana menyayangi diri ini seadanya selama lebih 8 tahun ini.. terima kasih kerana selalu ada bila diperlukan... terima kasih juga kerana sudi berkongsi ketika susah dan senang... terima kasih kerana tak pernah membangkitkan perbezaan umur yang ada antara kita... terima kasih kerana sudi melengkapkan setiap kekurangan... terima kasih abang... Selamat Hari Lahir yang Ke 31 abang.... semoga Allah tetapkan iman abang juga kami semua, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk membimbing kami sebaiknya...amin.. p/s maaf silap tulis 30 atas  blueberry buttercake tu ye bang...dari isterimu yang selalu pelupa... hehe.. selamat hari lahir yang ke 31 abang...  

Perkembangan anak-anak

assalamualaikum semua, pagi ni lepas hantar abg long ke sekolah kami pusing ke klinik desa kg. kempadang.. sebabnya pagi ni kena hantar adik husna untuk imunisasi terakhir dia dan abg ngah juga untuk timbang berat dia... kami sampai kat klinik jam 8.15 pagi...mujur orang tak ramai...cuma ada orang check up untuk ibu mengandung je..untuk bayi cuma ada sorang tak termasuk kami.. memula aku hantar abg ngah untuk timbang tapi memang dengan susah payahnya baru aku dapat pujuk dia naik penimbang... lepas timbang abg ngah bawak dia semula kat area bayi dan kanak-kanak..masa ni shah dah siap tolong timbangkan adik husna dan tengah ukur tinggi dia pulak... selesai semuanya...prosedur last sekali baru la cucuk adik...alhamdulillah adik tenang je dan tak menangis..lega... tapi siap la..masuk je kereta..pusing kat ummi terus... "te....tek..."... hahaha..sabor je la.. sampai je pintu pagar taska adik husna dah lelap dah.. tapi yang buat real drama tadi bukannya adik tapi abg nga...

Off to Kuala Lumpur

assalamualaikum semua, lama tak dapat update blog ni kan? sebabnya aku sekarang ni takde di Kuantan..aku tengah kursus di tengah bandar KL ni.. tapi hati selamanya di kuantan..rindu dengan shah dan anak-anak..semoga Allah permudahkan urusan kami anak beranak..in Shaa Allah.. dan esok petang aku akan bertolak balik selepas 4 hari 3 malam kat sini..lega.. pertama kali tinggalkan adik husna lama-lama macam ni..alhamdulillah dia tak banyak ragam shah kata..itu pun bersungguh-sungguh aku kumpul susu untuk tinggalkan stok sampai hari khamis ni..dugaan betul..dah la dengan puting yang sakit..jadi nak pam pakai mesin tak boleh..kena marmet guna tangan..sampai aku dah tau nak marmet cara yang betul.. alhamdulillah Allah bagi kemudahan dan urusan yang lancar buat kami.. banyak ilmu dapat sepanjang berada kat kl ni.. dan esok pagi aku akan ke UPM untuk sesi praktikal pulak.. meh layan gambar tempat aku duduk jom..dah balik esok kita cerita panjang ye..line kat sini macam biskut walaupun ...

lihatlah kuasa ciuman...

assalamualaikum semua, pagi ni aku rasa amat damai sekali...tak tau kenapa... walaupun dah lambat ke tempat kerja tapi hati tetap tenang...alhamdulillah... mulut masih boleh tersenyum riang... hati juga ikut sama berbunga riang... mungkin disebabkan pengumuman PM pasal kenaikan gaji setahun semalam? eh..eh? ;) sebenarnya disebabkan semalan entah kenapa terfikir nak cari zikir munajat kat youtube...tetiba terlintas satu zikir munajat oleh ustaz dzulkarnain... alhamdulillah...tenang hati mendengarnya... kalau sesiapa nak cari boleh ke you tube dan search zikir munajat ustaz dzulkarnain ye... you tube tak boleh nak attach kat sini.. kang nuffnang gam..hihi..ini pun dah lama nampak cam nuffnang merajuk je ni..kosong je blog sekarang ni... tapi mesti korang kata tajuk tak kena dengan isi kan? ...tettt...anda salah...haaa ni aku baru nak cerita apa yang berlaku di sebalik tajuk tu... wayang pun ada iklan kan? eh tiket wayang free GSC tu tak claim lagi la...hmm kita tunggu cerita bo...

tolong...dalam dilema ni...

assalamualaikum semua, pagi ni aku bangun agak lewat sebab tak lena tidur semalam...budak bertiga tu semua kena selsema...mungkin sebab perubahan cuaca yang mendadak...masa kami balik kampung hari tu, kat kuantan ni tengah musim hujan...tapi bila balik johor pulak kena panas terik pulak... belum lagi ditambah dengan main sakan kat luar rumah bila balik kampung... kadang-kadang tengok anak-anak yang membesar di bandar macam anak kami ni... kalau tanya aku..aku akan kata macam takde kehidupan yang sihat langsung... kenapa aku kata macam tu? meh baca sama-sama rutin anak aku... ni abg long punya... pagi : ke sekolah sampai pukul 12 tengahari.. tengahari : shah ambik dan hantar ke pusat jagaan transit..makan tengahari..mandi dan tidur kat sini.. petang : belajar fardu ain pukul 5.30 petang kami akan ambik dia.. yang ni pulak rutin abg ngah dan adik husna.. pagi : hantar ke taska.. makan sarapan..susu dan tidur.. tengahari : tidur sampai pukul 2-3 petang.. bergantung dengan bud...

Sabor je la kan....

assalamualaikum semua, korang dah makan semua? aku dah....malam ni kami makan burger kukus bakar....aku bagi gambar intro je boleh....hihi....saje bakar nafsu makan korang memalam ni....esok aku kasi cerita lebih ok.... tadi aku nak tengok tv cerita kat tv9 tu haaaa...segmen ratu setiap hari isnin dan selasa tu... aku dah kira macam peminat setia dah segmen ratu tu...dan sekarang ni tengah cerita Dalam Setiap Sujudmu eh...ke Sujudku ye?...hihi...tak ingat dah... peminat setia tak semestinya tegar ok ..kekadang missed jugak...kadang time episod akhir tu la aku selalu missed...tu yang menyampah follow cerita bersiri ni.... eh tapi aku bukan nak cite pasal drama tu je tau...ni nak cerita pasal drama kat rumah kami ni haaa.... teringat hari tu....masa aku ikut cerita bersiri Terlanjur Bercinta...aku beria-ia ni suruh shah alih tv9 sebab nak tengok cerita tu... gini la lebih kurang dialog aku dengan shah... aku : abg, mintak tolong alih tv9 bang...ada cerita terlanjur bercinta mala...

Wordless Wednesday # 12

assalamualaikum semua, p/s enjoy dulu dengan cerita seram semalam tu ye..petang karang kot baru sempat menulis entry baru..

durian

assalamualaikum semua, sunyi kan semalam..? aku gi tangkak melawat adik aku kat sana. saja berjalan-jalan ke tangkak sebab dah lama sangat tak jumpa adik aku tu....last jumpa masa acik aku kahwin je hari tu....pastu time dia balik aku tak balik..time aku balik dia pulak tak balik...payah nak bertembung muka....akhirnya bila shah kata nak gi tengok adik semalam lega hati aku....anak-anak pun dah rindu dengan moksu diorang.... tapi bukan pasal tangkak yang aku nak cerita ni...pasal gambar bawah ni haaaa... gambar husna sibuk nak kopek durian jugak....dia tengok kami tekan kulit durian tu...dia pun nak ikut macamana kami buat....sebabnya dia memang suka betul durian ni...kalau ayah dia nak bukak durian...dia yang ada dulu depan mata...hihi... p/s kami baru sampai dr kampung...mata aku tak berapa larat arrr nak bukak...

Anuar Zain nak buat konset lah!

assalamualaikum semua, dah petang dah..... dan hari hujan di Kuantan ni... tapi cuma kejap-kejap je.... tempat korang hujan jugak ke? malam tadi ada sesiapa tengok 9 soalan kat tv9? aku tengok lepas rancangan Semanis Kurma... bagus pengisian Semanis Kurma bertajuk Sihir Cinta malam tadi.... bukan malam tadi je... setiap malam semanis kurma la memang best....cuma kadang-kadang masa ustaz dan ustazah bagi tips tu macam pendek sangat dan terkejar-kejar dek masa yang makin suntuk... mungkin di lain masa ustaz dan ustazah boleh panjangkan sikit masa tips tu supaya kami penonton setia ni boleh ambik nota sikit.... boleh ye? bebalik pulak dengan Anuar Zain nak buat konsert ni... mungkin dah ramai yang tau... tapi serius aku baru tau malam tadi.... alahai ita... maaf ye... ketinggalan selalu kalau bab-bab hiburan dan artis ni.... cuma pasal anuar zain ni aku memang minat lagu-lagu dia sejak dulu.... minat pun belum lagi bazirkan duit beli cd atau album... suka dengar lagu dia kat r...