Cerita Ita: belajar berpuasa                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel belajar berpuasa

Cara ajar anak belajar berpuasa

assalamualaikum semua, semalam aku ada cerita pasal bagi ganjaran pada anak yang baru belajar berpuasa kan? hari ni aku nak kongsikan cara ajar anak belajar berpuasa yang aku gunakan beberapa tahun ni.. nampaknya cara ni agak berkesan untuk anak-anak aku yang bertiga awal ni.. setakat ni berjaya la untuk 3 orang tu.. untuk adik hadi belum tau lagi la.. Cara Ajar anak belajar berpuasa aku akui la nak latih anak belajar berpuasa ni memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi pada ibu bapa.. betul la kata orang, kita yang membentuk anak dari acuannya.. macam jugak berpuasa ni.. walaupun tak diwajibkan untuk anak-anak kecil berpuasa tapi latihan tu mesti la kita mulakan dari awal lagi.. supaya bila sampai umur diwajibkan tu semuanya jadi biasa dan dah tak perlu paksaan dan tekanan.. dalam agama Islam, setiap umat diwajibkan mengerjakan kesemua rukun islam dan memegang kepada rukun iman bagi meneruskan kehidupan.. Rukun Islam ni selalu ditanya dalam temuduga perkahwinan...