Cerita Ita: kuala lumpur                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kuala lumpur

8 Makanan Best Teringin Nak Makan Jika Ada Di KL

8 Makanan Best Teringin Nak Makan Jika Ada Di KL Assalamualaikum semua, sekarang ni tengah musim Perintah Kawalan Pergerakan kan.. tapi masa tu la jugak banyak gambar makanan melintas kat sana sini.. haha.. menguji iman betul kan.. lagi pulak bila makanan tu susah pulak kita nak gi beli waktu PKP ni.. masa tu jugak la teringin makanan yang ada kat tempat tinggal kami sebelum ni di KL nun.. jadi meh la aku tulis la pasal 8 Makanan Best Teringin Nak Makan Jika Ada Di KL.. mana tau PKP ni cepat habis dan aku ada rezeki nak makan.. dan mana tau jugak berguna kat sesiapa yang ada kat KL dan teringin makanan ni jugak..  1.ROTI JOHN TITIWANGSA Roti john kat kedai ni antara yang terbaik dan murah kat KL. Bukan setakat murah dan sedap, besar pulak tu. Antara yang special kat kedai ni adalah roti john tuna. Memang rare sebab selalunya inti untuk roti john adalah ayam dengan daging.  Tapi kalau korang order yang special punya, diorang siap tambah fries lagi. Harga...

Berbaloi makan dalam sungai di BBQ Lamb Kemensah

assalamualaikum semua, dari hari tu aku nak ceritakan pasal kedai makan wajib pergi kat Kemensah ni.. tapi banyak betul gangguan yang datang.. jadi hari ni baru ada masa nak cerita.. itu pun lepas menaip beberapa kali dan terberhenti je dibuatnya.. tapi gigih jugaklah nak kongsikan tempat makan sedap dan best buat sesiapa yang tengah berkira-kira nak pergi ni.. dari aritu aku mampu tengok je bila ada kawan-kawan yang menulis pasal BBQ Lamb Kemensah ni.. bila dah pergi baru tau rupanya berbaloi makan dalam sungai di BBQ Lamb Kemensah.. patutlah ramai yang cerita.. Berbaloi makan di BBQ Lamb Kemensah kalau tak sedap maunya namanya nak meniti dari mulut ke mulut kan? biasanya orang cerita pasal 2 perkara je.. antara sedap dengan tak sedap.. tapi yang ni aku memang nak cerita pasal sedap la.. yang sedapnya ada jugak.. jadi korang kena baca sampai habis ok.. kami gi bulan lepas sebenarnya.. ntah kenapa la tekak aku ni bulan lepas semua benda la teringin nak makan.. tapi lepas tu ...

Jualan murah di SOGO

assalamualaikum semua, ni pun smaa kisah minggu lepas tapi disebabkan masih laku lagi nak diceritakan aku cerita la jugak.. hari Jumaat lepas aku ambik kesempatan masa rehat yang panjang untuk tinjau jualan murah di SOGO.. haha.. tak pernah aku buat pun sebenarnya.. eh ok tipu.. dulu-dulu adalah masa zaman belajar dulu.. tapi itupun tak selalu la.. kalau ada jualan murah beg atau kasut ke aku rajinlah jugak naik bas atau komuter dari Serdang nun.. tapi sejak dah lama meninggalkan KL ni jengah SOGO tu pun boleh kira dengan jari.. Jualan murah di SOGO bila dah berpindah ke KL ni pun SOGO bukalah destinasi membeli belah untuk kami jugak.. ada la sekali tu bawak anak-anak jalan-jalan je.. abis tu balik.. takde beli apa pun masa tu sebab bukan tengah sale yang best pun.. tapi kali ni aku terperasan jugaklah iklan jualan murah di SOGO ni minggu lepas.. itu pun lepas abis check up klinik dan kena tegur dengan jururawat pasal dah masuk 28 minggu tapi masih belum sediakan apa-apa k...

Hujan Air Batu di Kuala Lumpur

assalamualaikum semua, ni cerita minggu lepas sebenarnya.. baru sempat nak ceritakan pada korang.. line tak berapa ok hujung minggu kat rumah aritu.. jadinya hajat nak cerita lebih awal terpaksalah ditangguhkan.. sekarang ni asal petang je hujan kat area rumah kami ni.. kadang-kadang membawa ke ribut.. ributnya pulak siap dengan pakej angin kuat dan kilat sambar-menyambar lagi tu.. seram la jugak.. Hujan Air Batu di Kuala Lumpur  hari Rabu minggu lepas mulanya aku dah rancang la nak jalan pasar malam.. nak cari apam balik kononnya.. teringin pulak tekak ni nak makan.. selalunya tak kisah pun.. entah kenapa pulak teringin sangat nak makan.. dan sebabkan ada pasar malam selalunya petang Rabu kat area rumah aku tu konon nak la pergi jenguk ada jual ke tidak kat situ..  mana sangka pulak hari yang elok panas dari awal tu tetiba je pulak hujan turun dengan lebatnya lepas pukul 6 petang tu.. mulanya ingat rumah kami dah bocor pasal rasa air masuk ikut tingkat belah ...

Sambutan Aidilfitri di Muzium Diraja 21-22 Jun 2019

assalamualaikum semua,  hari ni aku nak cerita pasal kisah kami beraya ke rumah terbuka malam tadi.. disebabkan semalam petang hujan dan memasing lapar maka kami buat keputusan untuk pergi ke majlis sambutan aidilfitri di muzium diraja.. mulanya pagi tadi la ternampak iklan yang terpapar di sepanjang jalan.. Sambutan Aidilfitri di Muzium Diraja 21-22 Jun 2019 aku la yang rajin baca semua tu.. asal ada iklan mesti nak baca.. haha.. dekat iklan tu ada tulis majlis dijalankan selama 2 hari.. dari 21hb hingga 22hb Jun 2019..majlis diadakan di Muzium Diraja dan disediakan shuttle percuma di Muzium Negara.. buat kami yang tak biasa hadiri majlis macam ni teringin jugaklah isi masa sambil bawak anak-anak rasai pengalaman tu..  jadi balik kerja semalam aku ajak shah pergi.. memula eksen.. taknak terus hala ke Muzium Negara je dan naik shuttle yang disediakan kat situ.. teruslah tuju Muzium Diraja yang selama ni kami tak pernah pergi.. nak parking mana pun tak tau.. su...

Citarasa Nostagia Ramadan Buffet di Summit Hotel Subang USJ

Assalamualaikum semua, ramai yang dah cerita pasal buffet Ramadan.. sana sini la meriah.. tahun ni kami berpeluang jugak merasa Ramadan buffet di hotel.. aku anggap rezeki family anak ramai ni jugak la.. sebabnya kalau orang dengar je anak berderet yang nak dibawak sekali tu mau gerun semua nak sediakan meja.. hahaha.. Citarasa Nostagia Ramadan Buffet di Summit Hotel Subang USJ Citarasa Nostagia Ramadan Buffet di Summit Hotel Subang USJ Dan tahun ni rezeki kami di Summit Hotel Subang USJ pulak.. hidangan “Citarasa Nostalgia” Ramadan Buffet di Summit Hotel Subang USJ menggamit selera kami tau.. sebabnya terdapat banyak hidangan yang menggamit nostalgia.. tentunya sebab dihidangkan dengan makanan tradisi  bermacam juadah.. ada lebih dari 200 jenis hidangan la untuk semua pengunjung.. kira memang berbaloi kalau datang ni.. Antara makanan yang dihidangkan ialah Satay Raja Alang.. tak sah la kan kalau takde satay.. Briyani Kasih Bonda, sup Gear ...