Cerita Ita: demam denggi                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel demam denggi

Panggilan yang sesuai

assalamualaikum semua, tadi masa tengah bermain whatsapp dengan kawan-kawan yang masih setia dari zaman sekolah sampai la sekarang ni terbukak cerita pulak pasal panggilan yang pernah kami terima... dan aku terus teringat peristiwa yang kiranya aku dah masukkan dalam kotak memori "perkara yang tidak dapat dilupakan" cewaaah... macam la benda dahsyat sangat bunyinya tu kan? sebenarnya peristiwa ni berlaku masa shah kena denggi hari tu... tak baca lagi? oh boleh baca kat sini.. Shah kena denggi ... disebabkan dah jadi rutin menghantar shah ke klinik dan hospital untuk ujian darah maka aku macam biasa hari sabtu tu pergi la menghantar dengan anak-anak lagi berderet...dengan bawak orang sakit... tapi masa tu aku rasa penampilan aku ok lagi la... tak la sememeh sangat pun... baju blouse dengan seluar dan tudung instant dua muka aku masa tu... bila dah lalu pendaftaran bagai dan  macam biasa kena pergi ambik darah dan hantar ke makmal dalam klinik tu jugak untuk pemeriksaan...

Sah Demam Denggi!

assalamualaikum semua, lamanya tak menulis...banyak dugaan kecil terjadi baru-baru ni... konon aritu berazam nak ada satu entri sekurang-kurangnya sehari untuk bulan Disember ni...rupanya azam hanya tinggal azam je...nak jengah blog kawan-kawan pun tak sempat... aku nak cerita kisah yang berlaku 2 minggu lepas ni... dah lapuk tapi tetap nak cerita jugak... kan aku ada cakap kat SINI yang shah kena demam sampai mengigil-gigil kan?  dan hari jumaat 4 Disember 2015 tu kami ke klinik untuk buat ujian darah sekali lagi dan hasilnya... keputusan denggi Allah... terduduk jugak la bila baca keputusan darah POSITIF DENGGI ... lepas tu mula la kelam kabut fikir apa nak bagi shah makan...hahaha...jangan gelak... para isteri memang begini tau waktu-waktu penting gini pun masih ingat makan... maka aku pun gigih la cari apa yang boleh dibuat bagi mengubati denggi ni... memula doktor cadangkan minum air perahan daun betik...cara-cara nak buat tu nanti aku tunjuk kat AIR TANGAN ...