Cerita Ita: Petrosmart Kuantan                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Petrosmart Kuantan

5 Sebab Wajib Pergi ke Karnival Matematik di Petrosains

hari ni aku nak kongsikan program yang dianjurkan oleh Petrosains... Karnival matematik ni memang sangat menarik untuk dikongsikan..khasnya buat mereka yang berada di kawasan berdekatan supaya tak terlepas peluang.. sebenarnya petrosains atau petrosmart di kuantan ni merupakan tempat yang dah selalu kami pegi sampaikan sukarelawan yang ada kat situ pun ada yang dah kenal muka kami... huhu... al maklumlah pertosmart dengan rumah kami cuma sepelaung je... tak sampai 5 minit perjalanan kalau jalan kaki dah sampai... tapi tak kuasa la aku nak pegi berjalan kaki dengan anak berduyun kan.. hehehe... ada aku ceritakan pasal Petrosmart ni kat dalam entri lain... boleh rujuk sini dan kalau nak lebih mudah korang taip je petrosmart dalam kotak carian kat tepi bahagian atas tu haa... lagi banyak yang keluar nanti.. Petrosains atau lebih dikenali dengan Petrosmart Kuantan ni sebenarnya berada di dalam bangunan Yayasan Pahang.. jadi sesiapa yang berminat nak kunjungi Petrsmart ni bolehlah...

Selamat Hari Lahir Yang Ke 7 Sayang

assalamualaikum semua, banyak sangat cerita yang nak dikongsikan dalam blog ni tapi kesibukan buat masa ni tak mengizinkan jari ni terus berada di atas keyboard untuk menaip...maka banyak sangat entry yang tertunda.. sejak dari awal tahun lagi... cerita abg long di sekolah...cerita kami buat short trip ke Muzium Pekan...cerita kami menyertai dua Hari Keluarga yang sangat meriah... cerita check up...cerita kami menang hadiah kretif di Petrosmart Kuantan....semuanya terpaksa menunggu masa untuk diceritakan kemudian... dan hari ni setelah agak lama tak menulis...aku nak coretkan sedikit ucapan buat anak pertama kami yang selamanya akan jadi pertama...dan tetap akan jadi antara kesayangan ummi dan ayah buat selamanya... Hari ni 17 April 2014, genap usia abg long 7 tahun... pesan ummi untuk abg long cuma sedikit je nak... carilah ilmu sebanyak mungkin tak kira untuk dunia atau akhirat kerana hanya dengan ilmu manusia dapat mengatur diri menjadi lebih sempurna... jagalah adab d...

Bdaman? Argggghhh...menyampah betul la!

assalamualaikum semua, hari ni hari cuti... yeah masa bersama keluarga akhirnya tiba.... tapi kenapa aku kat depan laptop pulak ni...? hahaha... ini pun komitmen untuk keluarga apa...menambahkan pendapatan walaupun nuffnang seakan merajuk dengan blog Cerita Ita ni... ciput benor la iklan yang dapat sekarang ni... nak naik ke angka 20 sen pun payah... aduhai... tapi takpe aku bernuffnang sekadar sambilan.. (ye ke....?) yang penting nak tulis cerita kat blog pasal family untuk kenang-kenangan.... mana tau satu masa nanti abg long dah pandai berblog dan nak ber"blogwalking" ke blog ummi dia ke ni kan... mana tau... dialog budak sekolah akan datang : budak 1 : eh mak ko ada blog eh? budak 2 : mestilah... tak moden la kalau takde blog... budak 1 : wah... meh la bagi link blog... mana tau mak aku follower dia ke selama ni... ;) itu andaian aku je la kan....mana tau jadik betul-betul kang.... tapi aku bukan nak cerita pasal blog ni la....nak cerita pasal tajuk kat...

Drypers Playland

assalamualaikum semua, baru tau dari page Drypers yang rupanya diorang ni ada buat program bergerak di kebanyakan tempat.... hahaha... ketinggalan zaman betul.... dan hujung minggu ni ada program di Kuantan ni haa... macam bestnya programnya tu.... best tak best pun kalau melibatkan anak-anak tentu akan jadi seronok... boleh isi masa hujung minggu diorang.... selain aktiviti biasa ke Petrosmart kat bangunan Yayasan Pahang tu.... ok kalau sesiapa yang nak join jugak ini jadualnya.... di Terengganu juga ada selain di Kuantan ni tau.... meh bawak anak sama-sama....errr...ada jual drypers murah tak ye? ke ada hadiah menarik? maklumat lanjut kat SINI .. p/s dah petang baru la nampak matahari.... tapi mendung macam berarak je kat tepi2 tu haa.... harap jangan diajak ke ekspo lagi petang ni sudah la...