Julai 2019 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

Selalu ke kena simpul biawak?

assalamualaikum semua, korang selalu tak kena simpul biawak waktu mengandung? kalau aku dulu memang biasa kena.. kali ni agak jarang kena.. sebab kali ni aku banyak jaga apa yang aku makan.. lepas tu aku ambik susu jugak untuk tambahkan keperluan kalsium.. tapi ada la jugak kena simpul biawak tu.. bukan takde langsung..  Selalu ke kena simpul biawak? eh lupa nak bagitau yang aku panggil simpul biawak ni sebenarnya kejang kaki di sekitar betis yang selalu ibu mengandung kena.. ada yang panggil simpul biawak dan ada yang panggil simpul mengkarung jugak.. tak pastilah macamana boleh dapat nama dia tu.. tapi  seram jugak kalau membayangkan ada biawak atau mengkarung kat kaki kan.. hahaha..  kalau kena memang merana la.. dua tiga hari jugaklah nak hilangkan kesan sakitnya tu.. kali ni aku nak kongsikan petua nak elakkan kena simpul biawak ni yang aku amalkan.. yang ni yang diajar oleh bidan waktu aku nak bersalin dulu.. bidan tu ajar supaya aku gerakkan ibu...

FAIR FIT PRODUK CIK EPAL DAN JOFLIAM BERADA DI KARNIVAL 5S LIBRARY UPM SERDANG !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Berita baik untuk warga Serdang, Bangi, Kajang dan kawasan berhampiran. Korang boleh dapatkan produk FairFit di KARNIVAL 5S Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM Serdang . Nak try rasa, nak dapatkan konsultansi percuma, nak pegang barang face to face jom singgah booth  FAIR FIT PRODUK CIK EPAL DAN JOFLIAM BERADA DI KARNIVAL 5S LIBRARY UPM SERDANG ! FAIR FIT PRODUK CIK EPAL DAN JOFLIAM BERADA DI KARNIVAL 5S LIBRARY UPM SERDANG ! FAIR FIT PRODUK CIK EPAL DAN JOFLIAM BERADA DI KARNIVAL 5S LIBRARY UPM SERDANG !  Kami akan berada di sana pada hari Khamis (25 Julai 2019) dari jam 9 pagi sehingga 4.30 petang.  Selain Fair Fit, produk lain pun ada juga seperti Biobax, Yasin Murah dan macam-macam lagi ! Siap ada HADIAH MISTERI lagi tau !  Nak tahu apakah itu? Ha...tu kena singgah booth  FAIR FIT PRODUK CIK EPAL DAN JOFLIAM BERADA DI KARNIVAL 5S LIBRARY UPM SERDANG ! KELEBIHAN FAIR FIT SELA...

Berat badan aku tak naik-naik!

assalamualaikum semua,  kejap je dah jumpa hari Jumaat balik.. rasa singkat sangat masa.. baru masuk minggu tetiba dah sampai hujung minggu balik.. dalam tak sedar yang dalam perut ni dah berumur 31 minggu dah pun.. rasa macam baru je tau dia wujud.. tau-tau dah 31 minggu.. tak lama dah nak tunggu orang baru dalam keluarga kami.. dalam hati berbunga nak tunggu orang baru tu terasa jugak cuak.. bukan sebab apa pun.. sebab berat badan aku tak naik-naik! Berat badan aku tak naik-naik! ni yang agak pelik sebenarnya, selalu tanpa diundang akan naik dan tak reti nak turun-turun.. kali ni dia tak mau naik la pulak.. tapi rasanya memang fenomena biasa bila aku mengandung mesti berat badan makin menurun dari sebelum mengandung.. dah berapa orang anak sebelum ni pun.. aku perati je.. memang macam tu dari anak sulung dulu.. sebab tu lepas bersalin tu memang boleh kurus la.. tapi sekejap benar selalunya.. haha.. bila dah menyusukan anak nafsu makan macam apa je.. mendadak dia naik.....

Bila tetiba teringin talam berlauk

Bila tetiba teringin talam berlauk assalamualaikum semua, inilah jadinya kalau semua bila tetiba teringin talam berlauk kan.. lepas tu pulak bendanya susah nak cari.. kalau dulu waktu di Kuantan kalau teringin talam berlauk ni boleh la order je dengan Kak Nenny.. tapi waktu tu takde la pulak teringin macam sekarang ni.. saja la memang ujian namanya.. Bila tetiba teringin talam berlauk kalau yang kak Nenny buat tu sedapnya lahai.. lembut dan lemak berkrim.. maklumlah yang air tangan pemenang Jaguh Kampung Musim Ke 5 rasanya dulu.. waktu kak Nenny menang dulu tak kenal pun dia lagi.. sekarang ni baru kenal orangnya.. terasa jugak ruginya sebab baru kenal.. sebab semua air tangan dia sedap belaka.. nak-nak laksa pahang dia.. hmm.. terasa-rasa kat tekak ni haa.. eh cerita pasal kak nenny pulak.. padahal nak cerita pasal kuih talam.. haha.. maaf kak.. Bila tetiba teringin talam berlauk disebabkan talian hajat untuk order tu nun jauh di mata maka terpaksalah aku cuba b...

Fenomena Gerhana Bulan Separa 17 Julai 2019

assalamualaikum semua, lama dah tak dengar pasal gerhana bulan kan? biasanya kami terlepas jugak nak tengok gerhana bulan ni sebenarnya.. sebab ianya selalu berlaku pada waktu awal pagi atau lewat malam.. masa tu biasanya dah tidur je pun.. itu belum lagi bila cuaca tak berapa mengizinkan untuk tengok.. tapi tahun ni diberi lagi peluang untuk tengok gerhana bulan.. walaupun bukan gerhana bulan penuh tapi masih ok lagi la kalau nak tengok.. aku terbaca tadi pasal fenomena gerhana bulan separa 17 Julai 2019 ni kat laman web rasmi Jabatan Mufti Selangor.. tu yang tau tu.. Fenomena Gerhana Bulan Separa 17 Julai 2019 - photo kredit laman web rasmi Jabatan Mufti Selangor mulanya cari info pasal fenomena matahari istiwa ni.. lepas tu ada pulak terbaca pasal fenomena gerhana bulan separa ni lepas tu.. yang menariknya kat laman web rasmi ni ada dikongsikan sekali cara untuk menunaikan solat gerhana.. info yang sangat bagus la ni kan.. sebab bukan semua pun orang ingat cara nak tunai...

Peluang menentukan arah kiblat pada 16 Julai 2019

assalamualaikum semua, hari ni semua umat Islam di Malaysia ada peluang menentukan arah kiblat pada 16 Julai 2019.. sebabnya hari ni akan ada peristiwa istiwa' iaitu peristiwa di mana matahari berada tepat di atas kaabah.. peristiwa macam ni julung-julung kalinya berlaku.. dan hari ni kita berpeluang sekali lagi untuk tetapkan arah kiblat di rumah ataupun di pejabat..  Peluang menentukan arah kiblat pada 16 Julai 2019 - kredit gambar Mufti Wilayah Persekutuan waktu yang disarankan adalah tepat pada pukul 5.28 petang waktu Malaysia.. tapi untuk ini korang perlu dulu menetapkan jam yang korang guna tu mengikut waktu tepat berpandukan SIRIM Malaysia dulu ya.. ada caranya.. korang boleh hubungi talian 1051 atau boleh juga layari laman web untuk masa ni di WAKTU SIRIM .. dengan tu baru korang boleh tetapkan arah kiblat mengikut masa yang ditetapkan..  lepas tu macamana pulak caranya nak tentukan arah kiblat yang betul ni? Cara menentukan arah kiblat : 1. C...

Mengidam makan buah belimbing besi dan apam balik

assalamualaikum semua, dah hujung-hujung ni makin selalu pulak teringin nak makan macam-macam.. awal-awal dulu takde la pulak gitu.. eh ada la jugak sekali tu aku teringin sangat nak makan buah sukun goreng.. dapat la ihsan dari jiran setaman ni bagi buah sukun masa bulan puasa aritu.. hilang la lepas tu rasa nak makan pelik-pelik.. Mengidam makan buah belimbing besi dan apam balik tapi boleh pulak tetiba minggu lepas tertengok rancangan Majalah 3, diorang cerita pasal buah belimbing Bintang Mas.. ada la ditunjuk buah belimbing tu dekat ladang.. dan kajian yang dijalankan di MARDI.. bila dah tertengok tu terus la tercerita dengan anak-anak zaman kecik-kecik ummi dulu selalu panjat pokok belimbing besi tepi rumah atuk abah.. tapi sekarang atuk abah dah tebang dah pokok belimbing besi tu.. cuma tinggal kenangan je la..  tapi dulu buah belimbing yang abah tanam tu masam sikit rasanya.. yang suka makan dulu pun mak je la.. mak sampai sekarang ni suka makan buah belimbi...

Jualan murah di SOGO

assalamualaikum semua, ni pun smaa kisah minggu lepas tapi disebabkan masih laku lagi nak diceritakan aku cerita la jugak.. hari Jumaat lepas aku ambik kesempatan masa rehat yang panjang untuk tinjau jualan murah di SOGO.. haha.. tak pernah aku buat pun sebenarnya.. eh ok tipu.. dulu-dulu adalah masa zaman belajar dulu.. tapi itupun tak selalu la.. kalau ada jualan murah beg atau kasut ke aku rajinlah jugak naik bas atau komuter dari Serdang nun.. tapi sejak dah lama meninggalkan KL ni jengah SOGO tu pun boleh kira dengan jari.. Jualan murah di SOGO bila dah berpindah ke KL ni pun SOGO bukalah destinasi membeli belah untuk kami jugak.. ada la sekali tu bawak anak-anak jalan-jalan je.. abis tu balik.. takde beli apa pun masa tu sebab bukan tengah sale yang best pun.. tapi kali ni aku terperasan jugaklah iklan jualan murah di SOGO ni minggu lepas.. itu pun lepas abis check up klinik dan kena tegur dengan jururawat pasal dah masuk 28 minggu tapi masih belum sediakan apa-apa k...

Hujan Air Batu di Kuala Lumpur

assalamualaikum semua, ni cerita minggu lepas sebenarnya.. baru sempat nak ceritakan pada korang.. line tak berapa ok hujung minggu kat rumah aritu.. jadinya hajat nak cerita lebih awal terpaksalah ditangguhkan.. sekarang ni asal petang je hujan kat area rumah kami ni.. kadang-kadang membawa ke ribut.. ributnya pulak siap dengan pakej angin kuat dan kilat sambar-menyambar lagi tu.. seram la jugak.. Hujan Air Batu di Kuala Lumpur  hari Rabu minggu lepas mulanya aku dah rancang la nak jalan pasar malam.. nak cari apam balik kononnya.. teringin pulak tekak ni nak makan.. selalunya tak kisah pun.. entah kenapa pulak teringin sangat nak makan.. dan sebabkan ada pasar malam selalunya petang Rabu kat area rumah aku tu konon nak la pergi jenguk ada jual ke tidak kat situ..  mana sangka pulak hari yang elok panas dari awal tu tetiba je pulak hujan turun dengan lebatnya lepas pukul 6 petang tu.. mulanya ingat rumah kami dah bocor pasal rasa air masuk ikut tingkat belah ...

Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru Pemegang Kad Jimat Hingga 50%

Assalamualaikum semua, berpegang teguh kepada slogan, It’s All About You , Domino’s Pizza memperkenalkan Kad Ekspres berwajah baharu pada harga yang amat menakjubkan! Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru Pemegang Kad Jimat Hingga 50% Kad Ekspres Fasa 2 yang berwajah baru ini telah dilanjutkan tarikh luputnya yang kini sah sehingga 31 Julai 2020, bukan 31 Disember 2019. Kad ini boleh didapati dengan potongan harga 50% untuk tempoh terhad sahaja, di mana pelanggan boleh membeli Kad Ekspres pada harga RM30 dan bukan RM60. Manakala, pemegang Kad Ekspres sedia ada juga boleh memperbaharui kad mereka pada hanya RM15 , bukan RM30. Dengan Kad Ekspres Domino’s Fasa 2 ini, peminat piza boleh mendapat pelbagai tawaran VIP di Domino’s sepanjang tahun! Manfaat VIP termasuk tawaran beli 1 percuma 1 piza, beli 1 percuma 1 sajian sampingan terpilih, tawaran istimewa sempena hari lahir, dan tawaran bulanan eksklusif khusus untuk pemegang Kad Ekspres. Untuk tawaran masa terhad bula...