Cerita Ita: Islamic                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Islamic

Doa Selepas Solat Fardhu Ringkas

Assalamualaikum semua, sebelum ni aku ada kongsikan doa selepas solat yang bagus diamalkan tapi kali ni aku nak kongsikan pulak doa selepas solat ringkas yang biasa jadi amalan aku setiap kali baca doa lepas solat fardhu. Terutama jika dalam keadaan nak cepat. Doa Selepas Solat Ringkas Zikir Ringkas Selepas Solat Fardhu Biasanya bila baca doa selepas solat akan dimulai dengan zikir yang ringkas seperti bacaan bismillah, istighfar dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Antara bacaan zikir yang dibacakan sebelum doa lepas solat ringkas ialah seperti berikut: Doa Selepas Solat Fardhu Ringkas Di samping doa-doa ringkas ini boleh juga jika nak dimasukkan doa-doa lain di antara doa lepas solat yang dibaca ini. Sebenarnya tak kisah doa macamana pun yang nak dibaca yang penting ianya adalah permintaan tulus dari seorang hamba kepada Tuhannya. Sebab itu lebih baik jika doa yang dibaca difahami dari segi maksudnya. Supaya kita akan rasa menghayati doa dan menyebutnya dengan bersungguh-sung...

Nak sedekah macam Khairulaming? Lebih mudah dengan Sujood

Sedekah lebih mudah dengan aplikasi Sujood Amalan Akhir Ramadan Assalamualaikum semua, kita dah masuk ke 21 Ramadan 1444 dah hari ni.. kejap je masa rasa berlalu. Dah masuk 10 Ramadan yang terakhir pun dah. Terasa macam baru je tunggu kedatangan Ramadan, tau-tau dah nak habis. Bila dah di penghujung Ramadan ni kan kita patutlah tumpukan amalan yang patut dibuat sebelum bulan Ramadan berakhir. Antara amalan yang boleh diamalkan macam cadangan seperti dalam gambar cadangan amalan 10 Ramadan terakhir macam kat bawah ni. Kisah Khairulaming dan sedekah Seronok nampak muka-muka pekerja dia Baru-baru ni aku terbaca pasal kisah seorang influencer bernama Khairulaming yang beri cuti pada semua pekerja di kilang sambal nyet dia dan bawa semuanya untuk berbelanja baju raya dan bagi duit raya sekali. Teruja dengar cerita ni. Terasa macam teringin nak jadi macam dia dan mudah je bersedekah dengan semua orang macam tu. 13 ribu botol terjual dalam masa 2 minit je Tapi yang paling menariknya...

Tular Gambar Kemungkinan Raya Awal 2023?

Viral Kemungkinan Raya Awal 2023? Viral Gambar Pengumuman Akhir Ramadan 1444H  Assalamualaikum semua,  sejak kelmarin ada gambar seperti di atas ni yang tular di sana sini. Sampaikan jadi panik buat sesetengah orang pulak jadinya. Jadi aku rasa macam jadi satu tanggungjawab juga aku bantu sebarkan apa penjelasan JAKIM isu gambar notis tarikh akhir ramadan yang tular tu.  Pengumuman rasmi dari JAKIM JAKIM dah keluarkan kenyataan seperti di bawah ni.. semoga penerangan JAKIM ni dapat buatkan semua orang bertenang.. Kita tunggu je la apa pun kemungkinan. Tunggu dengan bersedia yang sepatutnya. : KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN  ISU TULAR TANGKAP LAYAR  “PEMBERITAHUAN AKHIR RAMADAN 1444H 20 APRIL 2023” Bil. 4/2023 1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil maklum tentang penularan satu tangkap layar yang memaparkan “Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023” yang dipercayai disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di se...

Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Johor 2023

Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Johor 2023 waktu-berbuka-puasa-dan-imsak-negeri-Johor Assalamualaikum semua, Syaaban cuma tinggal sehari je lagi. Hari esok adalah tarikh untuk melihat anak bulan bagi menentukan awal Ramadan pada tahun ini.  Semua umat Islam bakal bertemu bulan Ramadan yang sangat dirindui. Bulan Ramadan ini merupakan bulan yang diberi keberkatan oleh Allah SWT dan penuh dengan kelebihan serta fadilatnya. Persiapan menjelang Ramadan Persoalannya, apakah tindakan dan persiapan kita menghadapi Ramadan yang akan menjelma? Tentunya kita perlu melakukan persiapan untuk menghadapi Ramadan yang diibaratkan seperti menunggu kedatangan tetamu sangat dinantikan.  Setiap kali menjelang bulan mulia ini, umat Islam pasti mahu menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya, supaya kita boleh memasuki bulan Ramadan dengan lebih tenang, yang membawa kita lebih dekat kepada Pencipta kita, InsyaAllah. Antara persiapan yang perlu dibuat ialah menggantikan semua puasa yang ter...

Kos Pergi Haji Naik Lagi!

Kos Pergi Haji Naik Lagi!  Kos Pergi Haji Naik Lagi!  Assalamualaikum semua,  Lembaga Tabung Haji baru je mengumumkan pada hari ni Isnin, 20 Mac 2023 yang Lembaga Tabung Haji (TH) akan tetap meneruskan Bantuan Kewangan Haji bersasar dan berkala untuk bakal jemaah haji Muassasah pada tahun ini (1444H/2023) meskipun terdapat peningkatan kos menunaikan haji. Kos Pergi Haji bagi seorang jemaah Muassasah dianggarkan meningkat kepada RM30,850 pada tahun ini berbanding RM28,632 pada tahun lepas. Kos Pergi Haji 2023 Naik Lagi!  Pada musim haji tahun ini, kadar Bayaran Haji untuk jemaah haji Muassasah dalam kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM11,980 seorang, meningkat sebanyak RM1,000 berbanding tahun lepas. Walaupun ada peningkatan RM1,000 namun Kerajaan Malaysia akan menanggung kenaikan tersebut dan Bakal Haji kumpulan B40 hanya perlu membayar RM10,980 seorang, sama dengan kadar tahun lalu. Bagi seorang jemaah haji Muassasah yang pertama k...

Amalan Nisfu Syaaban

Amalan Nisfu Syaaban Amalan Nisfu Syaaban  Assalamualaikum semua,  bermula maghrib tadi umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan malam Nisfu Syaaban. Umat Islam digalakkan membuat sebanyak mana amalan ketika Nisfu Syaaban.  Nisfu Syaaban merupakan Hari ke 15 dalam bulan Syaaban dalam kalender Islam. Bulan Syaaban merupakan bulan persediaan bagi umat Islam untuk menghadapi bulan Ramadan.  Kelebihan Malam Nisfu Syaaban  Mari kita pelajari apa amalan bagi menghidupkan Nisfu Syaaban yang dikongsikan oleh Ustazah Asma' binti Harun: 5 AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA NISFU SYAABAN  مَنْ أَحْيَا لَيْلَتَي العِيْدَيْنِ وَلَيْلَةَ النِّصْفِ من شَعْبَانَ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ القُلُوبُ Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan dua malam Hari Raya (Aidilfitri dan Aidil Adha) dan malam Nisfu Syaaban, tidak akan mati hatinya pada hari hati-hati mati.”  (HR Thabrani, hadis sahih) 5 AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA NISFU SYAABAN 1. PUASA Daripad...

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul  Assalamualaikum semua, salam Maulidur Rasul diucapkan kepada semua umat Islam di dunia. Banyakkan berselawat kepada junjungan kesayangan kita Nabi Muhammad S.A.W. Salam Maulidur Rasul  Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:   فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”  [Riwayat Muslim ( 384)] Tahun ni cuti umum Maulidur Rasul jatuh pada Hari Ahad, 9 Oktober 2022. Semoga kita semua sentiasa mengingati dan menyayangi Nabi kesayangan dan mendapat manfaat darinya. amin.  Ceritaita

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum semua, hari ni dah merupakan hari Tasyrik yang terakhir. Tapi masih belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Raya kali ni agak berbeza. Dari minggu sebelum raya kami diuji dengan masalah kesihatan. Satu keluarga kena, bermula dengan Abg Long yang kena demam waktu aku hadiri Kursus Perolehan di Johor Bahru.. sampailah aku sendiri kena cirit birit dan diikuti Shah demam, anak-anak pun sama bergilir-gilir demam. Dugaan sungguh. Aku pulak bila dan baik sakit perut kena pulak batuk tak berhenti. Kemudian demam jugak akhirnya. Yang bertahan cuma Husna je. Itu pun dia kena selsema jugak. Sampai sekarang ni batuk masih belum baik. Menakutkan pun ada. Beberapa kali juga kau buat ujian Covid guna test kit. Alhamdulillah bukan jangkitan Covid. Abg Ngah pun siap kena ambik sampel darah sebab kena demam berulang. Syukur jugak bukan disebabkan jangkitan virus atau kuman yang merbahaya. Waktu kami kena sakit ni, di sana sini penuh je orang sakit. Sam...

Kos Haji Akan Meningkat lebih RM25 Ribu

Kos Haji meningkat lebih RM25 Ribu Seorang Assalamualaikum semua,  dikhabarkan berita yang tak berapa gembira seiring dengan suramnya hari di petang hari ni.  Sedih pulak bila baca berita yang kos haji meningkat melebihi RM25,000 pada tahun ni.  Kos Haji 2022 meningkat melebihi RM25 Ribu seorang - Gambar kredit Bernama.  Katanya kos meningkat disebabkan peningkatan cukai tambah nilai yang dinaikkan dari 12% kepada 15%. Itu tak termasuk lagi peningkatan kos-kos operasi yang lain. Kos ini juga sebenarnya menampung lebih kurang 70% daripada bayaran keseluruhan yang patut dibayar oleh jemaah haji.  Peningkatan ni bukanlah sesuatu yang gembira. Terutamanya buat orang Islam yang belum pernah berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah tu walaupun untuk menunaikan umrah. Aku adalah antaranya. Entah bila la berpeluang nak tunaikan Rukun Islam yang satu ni. Berita sedih betul buat kami. Bayaran menunaikan haji di Mekah pada tahun 2019 - sumber laman web Tabung Haji....

Kalau ummi mati...

assalamualaikum semua, ni cerita malam kelmarin... perbualan masa sebelum tidur atau lebih tepat lagi masa nak tidurkan anak-anak... macam biasa akan ada sesi bercerita... kadang-kadang cerita merapu ummi reka untuk bagi anak-anak moral kehidupan.. yang penting ceritanya kena ada watak baik dan jahat... dan watak jahat akhirnya mendapat balasan setimpal atau watak baik tu mendapat balasan yang baik juga... kadang-kadang aku selitkan juga cerita-cerita Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. cerita yang tentu menjadi panduan buat anak-anak... dan selalunya cerita haiwan menjadi kesukaan anak-anak... dan selalunya jugak aku akan suruh anak-anak pilih haiwan yang perlu menjadi watak utama... pilih la dua... kucing dengan ayam ke... gajah dengan tikus ke... ular dengan gajah ke... haaa... cerita ular dengan gajah ni abg ngah pun pandai reka cerita dia sendiri tau... tapi yang bestnya ular tu makan batu pasal mula-mula dia ada niat nak makan gajah... hahaha... pelik pengakhirannya... ...

Antara sebab anak nakal...

assalamualaikum semua, sihat semua? aku dalam mood kelam kabut lepas naik cuti raya... ditambah pulak dengan pelbagai program yang dijadualkan dibuat selepas raya ni... Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk hadapi semuanya...amin.. tadi baru je lepas menghadiri jamuan raya satu bahagian kat opis ni... yang bahagian kami punya pulak inshaAllah dijadualkan pada Jumaat ni.. semoga dipermudahkan Allah hendakNya....amin... semalam ada terbaca tentang penawaran dari blog DenaiHati.com untuk menulis entri menarik berdasarkan entri yang ditulis beliau pada bulan Julai hingga Ogos 2013... ada satu entri yang memang menarik perhatian aku sejak dulu lagi... mengenai ROKOK ... dan entri yang ditulis oleh denaihati ialah Sebab Doa tidak diterima dan zuriat nakal apa yang menarik dalam entri ini adalah video himpunan petikan ceramah ustaz-ustaz dalam membicarakan hukum merokok dalam Islam... aku dah terpandang video yang diupload oleh Denaihati pada 31 Julai 2013 di facebook beliau.....