Cerita Ita: rayuan prasekolah                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel rayuan prasekolah

Prasekolah atau Tadika: Wajib ke?

Assalamualaikum semua, baru je minggu lepas persoalan nak hantar prasekolah atau tabika kemas atau tabika perpaduan ni muncul semula dalam sejarah keluarga kami. Ingatkan masa Abg Chik sekolah dulu dah selesai dah takkan ada masalah lagi. Tapi rupanya masalah nak daftar tadika mana yang sesuai ni akan terus menghantui selagi kau ada anak kecil ya kawan-kawan.. Pendidikan Prasekolah di Malaysia Prasekolah di Malaysia merujuk kepada pendidikan awal yang diberikan kepada kanak-kanak sebelum mereka memulakan tahun pertama sekolah rendah (darjah satu). Ia juga dikenali sebagai tahap pra-sekolah atau pendidikan pra-sekolah. Objektif Prasekolah Objektif utama prasekolah adalah menyediakan pengalaman awal pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun, walaupun usia boleh berbeza-beza mengikut program dan kawasan. Pendidikan prasekolah bertujuan untuk mempersiapkan kanak-kanak secara fizikal, kognitif, sosial, emosi, dan bahasa, serta membantu mereka mengembangkan kem...

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum ...