Cerita Ita: makan sedap                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel makan sedap

Warong Cabin Gudang Garam Segamat

Singgah Makan di Warung Cabin Gudang Garam Segamat Assalamualaikum semua, semalam kami gerak balik dari Kuantan menghala ke Kluang. Sempat singgah ke rumah lama kami sewa dulu di Kampung Kempadang, kemudian ke rumah kakak kami di Taman Tas sebelum ke Kampung RPSB Banjir untuk singgah rumah lama dan rumah baru mak. Rumah pertama kami sewa dulu di Kampung Kempadang. Rumah kayu ni.  Rumah kedua kami sewa rumah berkembar ni. Azab tiap hari basuh taik kambing.  Lama kami tak jenguk rumah baru mak, dah masuk 8 bulan mak pergi. Belum ada kekuatan lagi nak cerita pasal kehilangan ni. Berat hati dan mata bila menulis. Tunggulah dulu masa yang sesuai. Lokasi Warong Cabin Gudang Garam Segamat Waktu dalam perjalanan balik tu memang belum berhenti mana-mana untuk makan. Kebetulan pulak kami berhenti di Segamat untuk solat Maghrib dan Isyak terus la aku ligat cari tempat makan. Masa tengok kat google tu jaraknya lebih kurang dalam 9 ke 10 minit perjalanan dari Stesen Minyak Petronas yang ka...

Makan Red Hot Meal sempena #red2017 di Kenny Rogers ROASTER

assalamualaikum semua, pagi ni aku dalam bas, dalam perjalanan nak ke Kuala Lumpur untuk satu majlis yang sangat bermakna.. nanti aku kongsikan pasal majlis tu ye.. kali ni aku nak cerita pasal kami sertai promosi #red2017 sempena Beli 1 Percuma 1 Red Hot Meal kat Kenny Rogers Roasters di seluruh Malaysia.. anak-anak dah tak sabar nak makan red hot meal bukan selalu pun kami dapat makan macam ni, sekali sekala je kalau ada promosi macam ni dan ada rezeki lebih untuk anak-anak.. alhamdulillah anak-anak pun faham dan tak banyak minta yang bukan-bukan.. dengan anak 4 dan hidup di kawasan ibu negeri yang walaupun bukan bandar besar tapi memiliki kos hidup yang agak tinggi serta banyak kenaikan lain terasa jugak untuk kami anak-beranak.. tapi insyaAllah kami cuba sedaya upaya kami membesarkan anak dengan sempurna.. ok meh kita cerita pasal makan pulak.. Red Day ni berlangsung selama 3 hari aritu tau.. dari 11 Januari hingga 13 Januari 2017.. dan kami berpeluang pergi di...