Pau Kacang Pau Viral Putrajaya assalamualaikum semua, petang semalam aku tetiba je dah parking kereta kat depan gerai yang jual pau viral putrajaya kat depan Kuarters Guru Tanjung Lumpur.. eh betul ke tetiba? hahaha.. ye la sebab sebelum tu elok je aku memandu kat lorong sebelah dan tetiba pulak dah elok parking kat seberang jalan.. tak ke pelik tu? banner pau kacang viral boleh nampak dari jauh tau.. mengoda kan? semuanya gara-gara pau kacang yang viral ni la.. aku dah tau dari sorang jiran kat taman kami ni ada sorang kawan dia jual pau viral putrajaya tu.. lama jugak dah dia cakap tu tapi aku asyik la terlaju bila lalu kawasan tu.. dan semalam ni ntah kenapa boleh teringat pulak nak singgah.. bila dah singgah tu terbeli la 3 biji pau viral.. aku ambik pau kacang pasal belum pernah cuba yang ni.. lepas tu ambik jugak pau ayam panggang dan pau cendawan .. pau kacang je yang tak pernah cuba setakat ni.. tu yang jadi teringin sangat tu.. pau cendawan ~ aku...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.