Cerita Ita: pokok                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pokok

Pokok Ara, pokok nostalgia kutu?

Assalamualaikum semua, siapa kenal ni pokok apa? kalau dulu aku ingat sangat pokok ara ni sebab bila sebut je pokok ara tentu jadi ingat pokok ara,  pokok nostalgia kutu? mesti korang rasa pelik kan? ini sebab cerita zaman bebudak la dulu ni..  Pokok Ara,  pokok nostalgia kutu?  Masa aku kecik dulu ada satu pokok ni kat hutan belakang rumah.. tinggi melanggit tapi daun sikit je kat belah atas dia.. masa tu zaman berkawan dengan bebudak lain.. melasak tak ingat dunia sampai kekadang terjangkit kutu entah dari mana kat kepala masing-masing..  Pulak tu mak selalu cakap siapa yang banyak kutu, kutu akan terbangkan dia ke pokok tu.. jadi kami akan duduk diam je tiap kali mak carikan kutu.. ala.. agaknya mak aku reka je cerita tu.. maklumlah bebudak ni bukan suka kena duduk dediam macam tu kan.. anak-anak aku sekarang ni pun rasa menyampah..  Tapi aku tak ingat tahun bila ntah, bila tengok belakang rumah, pokok tu tetiba dah takde.. rasa kehi...

Khasiat Buah Mulberry

assalamualaikum semua, masih berada di Melaka ni... susahnya nak tulis blog.. line teruk betul.. kejap ada kejap takde.. tengah-tengah taip kang tetiba internet hilang.. tak best betul.. dan ni masa tengah ada internet marilah kita taip laju-laju.. hari ni nak kongsikan kebaikan buah yang kebanyakan dari kita tak sedar pun kewujudannya.. buah mulberry..  Pokok Buah Mulberry INFO BERGUNA BERKAITAN MULBERRY KHASIAT POKOK MULBERRY yang mungkin ramai tak tahu. Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat sutra, jika tidak makan daun ini ulat sutra tidak menghasilkan sutra yang baik. Disebabkan itu, banyak petani yang mula menanam tanaman ini. Mulberry adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut. Mulberry memiliki sebutan nama yang berbeda di tiap negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenal dengan sebutan Mu...

Pokok Dukung Anak dan khasiatnya

assalamualaikum semua, terlebih rajin hari ni nak ceritakan khasiat satu pokok yang biasanya kehadirannya tak disedari oleh orang pun... Pokok yang aku maksudkan adalah pokok dukung anak.. ada jugak orang panggil pokok kelek anak...kalau ejaan lama jadi pokok dokong anak... eh ye ke? hahaha... memandai je ita... tapi ejaan tu tak menjadi hal la.. yang penting kena ceritakan apa khasiat pokok ni dulu... yang ni memang patut kongsi.. tapi sebelum kita nak kongsikan khasiatnya dah tentu kita kena kenal dulu pokoknya kan? jadinya aku adalah buat sedikit kajian dari google dan blog Khasiat herba yang banyak membantu... aku rumuskan je la hasil carian ok... pokok dukung anak - gambar google Pokok Dukung Anak Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri Famili: Eurphorbiaceae Nama Biasa: Dukung Anak Nama lain: Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india) Lokasi dijumpai: Di tepi longkang dan di kawasan pertanian asalnya dulu orang banyak ceritakan kegunaan daunnya...

Bercucuk tanam sebagai hobi

assalamualaikum semua, sihat hari ni? aku tak berapa nak ok... suara dah ala-ala ella ketika popular satu masa dulu... serak-serak tapi tak basah... tekak rasa tak best je... sebenarnya sebab baru je baik demam selsema... ni pulak tetiba je jerawat tumbuh kat dahi...aduhai... senoneng dibuatnya.. belum lagi seksa bila nak sujud...dugaaan...alhamdulillah...kena syukur.. yang penting Allah bagi lagi peluang hidup di dunia ni... sekarang ni dah mula musim hujan je kat sana sini kan? kat kuantan ni pun sama... kalau tak hujan pun langit mendung je semacam... hari ni nak kongsi dengan korang pasal hobi baru kami kat rumah ni... bukan baru sangat la jugak... dah dekat 4 bulan la kami buat...itu pun lepas aku ikut kelas edible garden yang dianjurkan jabatan sebelum tu...punyalah menarik sampai teruja nak buat edible garden sendiri tau... ok meh kita kongsi apa yang kami dah buat kat taman kami setakat ni ye..... memula aku semai tanaman dalam alas telur je macam ni.... semaia...