Cerita Ita: hari cuti                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hari cuti

Wordless Wednesday # 56

assalamualaikum semua, pahang bercuti hari ni... maka hidangan untuk hari cuti ni...tarraaa... p/s nama je cuti..tapi petang ni dah gerak ke cheras untuk taklimat esok..hmmm..

Cuti-cuti Malaysia @ Perak

assalamualaikum semua, dah masuk 8 hari kami dalam program Third Country Training Program (TCTP) 2013 anjuran JICA, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Luar Negeri. alhamdulillah banyak ilmu yang kami pelajari selama 8 hari ini. perjalanan program sebenar akan aku ceritakan bila program selesai berserta gambarnya inshaaAllah.. hari ni kami ada lawatan santai ke kawasan perlancongan di sekitar Lenggong, Kuala Kangsar dan Ipoh. Semoga kami akan dapat pengalaman berharga hari ni.. dah 8 hari berlalu...sebenarnya aku rindu betul dengan shah dan anak-anak...paling lama aku pernah tinggalkan keluarga cuma 4hari 3 malam..dan masih ada 10 hari lagi sebelum tiba 26/11 untuk berjumpa semula...cuma doa dan harapan dikirimkan semoga keluarga tersayang yang ditinggalkan sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan urusan kami sekeluarga..amin.. ok semua..nak bersiap..sarapan dan bertolak jam 9 pagi ni...doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang ok.. p/s last ke ipoh pada tahu...

cuti dah abis...jom naik kerja!

assalamualaikum semua, hari ni last aku bercuti...esok dah naik kerja semula...aduhai...mula la rasa malas pulak... seronok masa di rumah dengan anak-anak... dah seminggu duduk kat rumah jangan husna atau abg ngah dia menangis tak nak gi taska sudah la nanti..huhu.. kesian anak-anak... gambar hari keluarga kami tu nanti aku letak ye...siap entry baik punya...inshaaAllah... p/s terima kasih pada yang mendoakan..love u all so much..semoga Allah balikkan yang baik2 untuk kamu semua juga...amin..