Cerita Ita: 2014                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2014

Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh

assalamualaikum semua, blog ni lama dah sunyi.. sama cuba menyelami rasa sedih mangsa-mangsa banjir di seluruh negara... 2014 memang merupakan tahun yang sangat menguji bagi semua rakyat Malaysia.. tapi sentiasalah berdoa semoga kita semua tetap tabah hadapi semua dan Allah permudahkan urusan kita..amin.. pagi ni keluar je dari bilik air abg long bertanya pasal naik sekolah bila... dah lama sebenarnya soalan yang sama keluar dari mulut abg long..rasanya sebab dia dah puas cuti agaknya..dan dah mula rindu kawan-kawan. dan elok je aku jawab pagi tadi..."sekolah abg long mula 5hb bulan depan..sekarang ni dah 29hb dah pun...cuma tinggal dalam seminggu je lagi.." ceria muka dia bila dengar jawapan aku tadi... tapi bukak je Berita Harian Online hari ni...dapat berita sesi persekolahan ditangguhkan seminggu disebabkan banjir yang melanda seluruh negara sekarang...alhamdulillah..terima kasih atas keperihatinan kementerian pendidikan atas isu banjir ni.. walaupun semingg...

Winter without snow

assalamualaikum semua, seperti ramalan kajicuaca..musim sejuk macam tahun lepas akan bermula lagi di Malaysia ni.. kalau ikutkan dah bermula sejak pertengahan disember tahun lepas yang juga menyaksikan bencana alam terbesar yang melanda negeri kelantan dan pahang.. dan kalau di pahang ni daerah pekan masih tak banyak perubahannya..ada jalan pekan yang runtuh menyebabkan terputusnya hubungan pekan dengan kuantan melalui jalan darat. di kuantan saat ni masih hujan renyai-renyai dan kadangkala lebat sejak semalam..langit masih gelap.. suhu sekarang ni di luar tu 24°C ....sejukkk...macam duduk dalam aircond.. alhamdulillah.. Allah bagi aircond free je.. adakah kita tengah mengalami winter di Malaysia? di bawah ni gambar laluan pekan kuantan yang masih tak boleh dilalui pada 5/1/2015...sumber fb Warga Kuantan.. huwaaa.. macamana n ak balik kampung ni... p/s semoga mangsa banjir di mana berada pun yang tak mempunyai rumah ada tempat berlindung dari hujan dan panas..

dah rupa Zombie Kampung Pisang ok...

assalamualaikum semua, hari ni aku gi keja dah rupa zombie kampung pisang tau.... nape aku kata gitu? malam tadi dengan bersemangatnya aku mengemas kain baju... basuh semua yang ada... sebab esok kami akan tinggalkan rumah untuk jangkamasa yang agak lama... dari hari Rabu sampai Ahad ni ke Pulau Pinang..dan Ahad hingga Selasa di Johor Bahru... inshaaAllah.. itu perjalanan yang telah dirancangkan semoga perjalanan kami selamat hendaknya.... tapi menjelang perjalanan kami esok... kami diuji dengan sedikit kesusahan... Shah luka kena parang pagi Ahad lepas! panik tau tengok darah tak berhenti... lepas tu adik ipar dia hantar ke klinik untuk jahit luka tu...kena 7 jahitan... (dan cukup buat aku menung siapa yang nak drive ke Penang esok pagi? huwaaaaa..... ) ini pun dah tetiba tukar rutin aku lak kena drive ke sana sini...bertabahlah ita..... ini haaa lukanya... mujur kat kaki kiri.. dan bengkaknya dah mula surut sikit...semoga abang cepat sihat ye bang...lumpuh rasa separuh ...

Majlis Orientasi Abg Long

assalamualaikum semua, entry terakhir menjelang 2014... tentunya entri kenangan mengusik jiwa.... tapi bukan kenangan lama pun... kenangan baru je lepas semalam... kenangan yang tak mungkin dapat dilupa... kenangan tu ialah Kenangan Hantar Abg Long untuk Majlis Orientasi dia di Sekolah Kebangsaan Kempadang (SEKEM)... selepas ni rutin abg long dah bertukar... dari pagi ke Taska untuk transit sampai jam 11 pagi lebih dan selepas tu terus ke Sekolah Kebangsaan Kempadang dari jam 12 tengahari sampai jam 6 petang... dan untuk hari Isnin hingga Rabu, abg long akan ada kelas mengaji waktu malam dari jam 8 malam hingga 10 malam... semoga dipermudahkan urusan anak ummi sehari-hari...amin... meh kita layan gambar sepanjang hari semalam.... abg long yang semangat nak ke sekolah.. kelas abg long nanti...tapi nama guru kelas tu macam dah ditukar... mat hensem yang menumpang glamer tie abg... abg ngah... dugaan masa daftar... line kelas lain dah menguran...

Musim beli buku

Assalamualaikum semua, minggu ni sibuk kat sana sini cerita pasal beli buku sekolah anak-anak... aku pun tak kurang jugak... al maklum abg long nak naik darjah 1 tahun depan... macam tak caya pun ada... kejap je anak dah besar... disebabkan tak sempat nak cerita panjang-panjang maka aku ringkaskan aje la ye.... pagi tadi berebut aku pegi sekolah sebab nak datang awal dan abiskan tugasan cepat... akhirnya alhamdulillah... cepat je semuanya selesai... meh kita tengok gambar ye... beratur dulu tengok buku yang menimbun dah siap susun.. senang kan? tinggal ambik je.. sekolah abg long kelas abg long nanti dalam kelas dalam kelas lagi p/s hari isnin ni ada ujian untuk pelajar tahun 1... tapi mak yang debor lebih ni... huhu...

balik dulu lah! gi daftar tahun satu sesi 2014..

assalamualaikum semua, konon tak sempat nak update blog kan? hahaha..ambik kau....berturut-turut entry... aku balik dulu la pasal la ni takde elektrik lagi kat opis tu haaa...berasap kau... balik gi singgah daftar sekolah abg long jap... untuk tahun satu sesi 2014.. memana yang ada anak lahir tahun 2007 dan 2008 dah boleh daftar mula 1 Mac 2013 sampai 31 Mac 2013 ni.. bawa surat beranak anak, bil air@api, ic penjaga sekali... daftar waktu pejabat je tau... harapnya petang ada la elektrik...banyak benda nak buat ni untuk esok..adoiiiaiii.. p/s serangan kat sabah masa lagi berlangsung...Ya Allah permudahkanlah urusan mereka...amin..