Resepi Apam Kampung Sukatan Cawan Assalamualaikum semua, petang semalam balik kerja aku sempatlah mengodak tepung buat apam kampung.. bukan untuk minum petang tapi minum malam.. hehe.. Resepi Apam Kampung Sukatan Cawan Selama ni aku guna timbangan gram kan? memang biasanya kat rumah ni mudah guna penimbang sebab penimbang biasanya ada je kat dapur sebab shah selalu guna untuk buat pau dia tu.. tapi disebabkan ada permintaan mintak aku buat dalam resepi apam mudah guna sukatan cawan jadi aku cubalah ubah ikut kehendak yang meminta tu.. maaflah jika ada kekurangan ya.. Resepi apam kampung sukatan cawan ni aku olah dari resepi apam kukus mudah yang aku pernah tulis jugak dulu.. tapi yang dulu tu aku letak marjerin sikit bagi lebih lembut dan gebu.. ikut sukalah nak guna yang mana ya.. dua-dua resepi setakat ni menjadi dan sedap dimakan jugak.. Resepi Apam Kampung Sukatan Cawan by Cerita Ita Bahan-bahan 4 cawan tepung gandum 2 sudu teh yis segera (aku guna jenama mauripan) 10 s...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.