Cerita Ita: pengalaman                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pengalaman

Tak Lama Dah..

assalamualaikum semua, dah lama tak menulis di blog pasal diri sendiri.. asyik cerita perkembangan anak-anak dan keluarga je sejak akhir ni.. line telefon pulak tak berapa memberi kerjasama yang baik setiap kali nak menulis.. belum lagi telefon nan satu ni selalu jadi rebutan anak-anak je bila di rumah.. jadinya banyak yang tak tertulis sudahnya.. banyak yang nak diceritakan.. terutama pasal kandungan yang semakin membesar ni.. tak lama dah.. Tak Lama Dah.. tak nafikan aku rasa sangat berdebar kali ni.. lain dari 4 kandungan sebelum ni.. mungkin sebab faktor umur aku yang semakin berusia.. atau kata lainnya mengandung di usia tua.. hehe.. dah 40 tahun dah pun.. dulu-dulu waktu memula kahwin sebenarnya dah tetapkan yang aku cuma akan mengandung buat kali terakhir pada usia 35 tahun.. tak mau dah kononnya mengandung lebih dari usia tu.. tapi mana tau kan.. perancangan Allah tu Maha Indah.. Dialah sebaik-baik perancang dan pengaturcara..  antara sebab aku tak mau meng...

Sambutan Aidilfitri di Muzium Diraja 21-22 Jun 2019

assalamualaikum semua,  hari ni aku nak cerita pasal kisah kami beraya ke rumah terbuka malam tadi.. disebabkan semalam petang hujan dan memasing lapar maka kami buat keputusan untuk pergi ke majlis sambutan aidilfitri di muzium diraja.. mulanya pagi tadi la ternampak iklan yang terpapar di sepanjang jalan.. Sambutan Aidilfitri di Muzium Diraja 21-22 Jun 2019 aku la yang rajin baca semua tu.. asal ada iklan mesti nak baca.. haha.. dekat iklan tu ada tulis majlis dijalankan selama 2 hari.. dari 21hb hingga 22hb Jun 2019..majlis diadakan di Muzium Diraja dan disediakan shuttle percuma di Muzium Negara.. buat kami yang tak biasa hadiri majlis macam ni teringin jugaklah isi masa sambil bawak anak-anak rasai pengalaman tu..  jadi balik kerja semalam aku ajak shah pergi.. memula eksen.. taknak terus hala ke Muzium Negara je dan naik shuttle yang disediakan kat situ.. teruslah tuju Muzium Diraja yang selama ni kami tak pernah pergi.. nak parking mana pun tak tau.. su...

Menggamit Kenangan EDP 79 NHI Korea : Hari Ketiga

assalamualaikum semua, mari kita sambung kisah EDP Korea untuk hari yang ketiga.. kalau ikutkan keseluruhan program EDP ni adalah selama 15 hari termasuk hari pergi dan balik.. dan hari ketiga yang aku maksudkan ialah merupakan hari kedua kami di Korea setelah hari pertama kami sampai tu kami selamat melawat Pulau Nami yang indah .. dan hari ketiga ni merupakan hari pertama program bermula secara rasminya di National Human Resource Institute (NHI) di Korea ni..  Hari Pertama kursus EDP bermula walaupun kalau ikutkan program ni dah lama berlalu.. dah masuk 2 bulan dah pun tapi aku masih terkenang-kenang.. ye la bukan selalu pun dapat rezeki ke negara orang.. dapat ditaja pulak tu.. syukur yang teramat sampai ke hari ni dan perasaan masih tak percaya pun masih ada.. NHI Korea meh kita cerita serba sedikit pasal NHI ni, apa dia NHI ni sebenarnya dan apa yang diorang buat kat sini? haa.. sebenarnya NHI ni asalnya diberi nama COTI iaitu Central Official Train...

Menggamit Kenangan EDP 79 NHI Korea : Hari Pertama

Menggamit Kenangan EDP 79 NHI Korea : Hari Pertama assalamualaikum semua, hari ni aku nak mula menulis pengalaman kami ketika mengikuti kursus Executive Development Program atau panggilan pendeknya ialah EDP.. kalau dulu dipanggil COTI dan baru je diubah menjadi EDP dalam 2 tahun kebelakangan ni rasanya..  bergambar dengan peserta lain EDP79 kalau diikutkan jadual kami akan bermula pada 17 Julai 2017 atau 17.07.17 cantik kan tarikh tu? hehe.. sempat lagi.. tapi kami dijadualkan untuk bergerak lebih awal dari tarikh bermulanya kursus.. dan jadual penerbangan adalah pada 15.07.17 iaitu 2 hari lebih awal dari jadual sebenar.. berkenalan buat kali pertama pada pertemuan pertama pada 7/6/17 dan pertemuan kedua pada  di Bangunan JPA, Putrajaya menampakkan kesemua peserta adalah mereka yang benar-benar terpilih dan mempunyai kerjasama yang baik.. tengok je la gambar kami kat atas tu.. yang tu gambar pada pertemuan kedua, yang bawah ni pada pertemuan pertama.. berg...

Pengalaman berpuasa kali pertama

Pengalaman berpuasa kali pertama assalamualaikum semua, dah masuk 2 ramadhan dah hari ni.. alhamdulillah, syukur masih diberikan oleh Allah untuk sama-sama merasai kemanisan bulan Ramadhan bersama insan yang tersayang.. niat berpuasa di bulan Ramadhan sangat bersyukur rasanya lebih-lebih lagi bila terbaca berita pasal ada keluarga yang terlibat kemalangan sebelum berbuka puasa semalam dan pasangan suami isteri tu meninggalkan anak-anak yatim piatu.. semoga ahli keluarga ini terus kuat menghadapi ujian..  cerita pasal ujian ni aku nak ceritakan pasal abg ngah yang baru pertama kali belajar berpuasa tahun ni.. pengalaman berpuasa ni sangat baru buat abg ngah.. sebelum ni tahun lepas aku kejut jugak untuk bangun sahur dan berpuasa tapi setiap kali kejut akan berakhir dengan tangisan.. hehehe.. jadi aku putuskan dia tak bersedia lagi.. tahun ni awal-awal aku dah bagi tau dia dah..  cerita di facebook aku tapi bila aku kejut bangun semalam memang agak...

Lagi Barang Percuma dari Drypers!

assalamualaikum semua, semalam ada satu bungkusan sampai... aku pelik jugak.. dah lama tak membeli online ni... terfikir barang apa pulak yang aku dapat kali ni... dalam rasa pelik tu aku cuba belek kat sampul dia tu... alamat dia tak berapa jelas... bukan tak jelas tulisannya cuma tak jelas siapa penghantarnya... seram jugak nak terima ntah dari sapa-sapa kan? jadi aku cuba ingatkan balik... ooo... aku ada la request untuk tukar point dalam minggu lepas... tapi takkanlah cepat sangat sampai kan? tak sabar rasa nak bukak.. tapi sebelum bukak tu aku rasa-rasa dulu apa barangnya.... macam keras je kat dalam tu... rasa macam kayu... hahaha... terus aku dapat agak apa barang yang ada dalam tu... akhirnya barang yang ditunggu dah tiba.... nak tau apa barang yang aku dapat? eh bukan aku la sebenarnya... untuk bebudak ni sebenarnya... ni haa.. barang dia... bukan apa sangat pun... tapi ok la untuk anak main-main... mainan free kan...hehehe... terima kasih la Drypers... ...

Durian dan anak-anak

assalamualaikum semua, waktu balik kampung minggu lepas merupakan masa yang agak tepat bagi kami... nak tau pasal apa? sebenarnya sebelum tu adik aku dah sibuk-sibuk hantar gambar durian abah kat dalam facebook... terliurnya bila tengok... maklumlah durian yang segar baru gugur... jauh beza dengan durian yang kami beli sebelum ni... dan kami sebenarnya dah berkira-kira bila la boleh balik nak merasa durian yang abah tanam tu.... bukan la durian mahal pun sebenarnya tapi cukuplah aku kata rasanya tu boleh buat kami teringat-ingat... durian tepi kolam abah bila ada pokok durian di rumah kita ni feel dia lain sikit dari ko pergi beli durian dan makan tu... walau durian yang mahal beribu pun... pada aku la...keseronokannya tu lain... kepuasan menikmatinya pun lain...  mengintai dari celah dahan yang ni pun tak berapa clear buah abah tahun ni tak la banyak sangat... dan tak jugak sikit sangat... cukuplah untuk menampung keluarga abah yang semuanya kaki...