Cerita Ita: bedak ular                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bedak ular

Bedak Ular dan bedak sejuk untuk demam campak dan ruam

assalamualaikum semua, sekarang ni musim demam campak ye? kawan-kawan sana sini asyik cerita pasal demam campak.. ada kawan sekolah dulu siap anak kecik belum setahun lagi dah kena.. kesian pulak nengoknya...kalau tanya aku...memang aku serik dengar perkataan demam campak, chicken pox dan sewaktu dengannya... Demam Campak sebabnya aku baru je ada 4 orang anak tapi dan berjumpa dengan pengalaman menakutkan tengok kesan chicken pox ni pada anak... kalau nak tengok boleh gi baca kat entri ni Panduan untuk Chicken Pox ... aku pun tak sanggup nak tengok gambar abg ngah masa tu... rasa nak menitis airmata je tau.. sedih tengoknya.. kalau kita yang dewasa pun rasa luka sikit atau kena bisul sikit je bisanya Allah je yang tau... ni pulak budak kecik... masa tu abg ngah baru umur tak sampai 2 tahun pun... kesian betul... alhamdulillah sekarang ni elok membesar budaknya... hehehe.. abg ngah sekarang :) kalau masa abg ngah dulu aku gunakan calamine lotion yang doktor dari klinik...

panduan untuk chicken pox

salam semua, nak kongsikan sesuatu hari ni... disebabkan aku baru mengalami pengalaman anak kena chicken pox yang agak serius... aku rasa terpanggil nak kongsikan dengan kawan-kawan beberapa perkara...antaranya apa yang patut dibuat bila kena chicken pox ... beberapa panduan tradisional yang boleh diguna pakai semasa demam ini diselit bersama.. demam ni disebabkan oleh pembawaan virus. kalau tak salah aku dalam melayu kita panggil jugak demam campak atau cacar air... chicken pox ni biasanya akan tunjuk simptom seperti demam campak biasa iaitu demam panas pada peringkat awal dan bintik-bintik merah kecil seluruh badan dalam masa 2-3 hari dan akan menimbulkan ketidakselesaan pada pesakit.. kalau secara tradisinya digalakkan meminum air kelapa muda bagi mempercepatkan proses. kesan chicken pox di belakang badan selepas itu bintik-bintik merah ni akan bertukar atau bercantum dengan satu sama lain menjadi bulatan-bulatan kecil dan membentuk kesan seperti terbakar ...