Cerita Ita: kek                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kek

Akhirnya Kami Bakar Kek Marble!

Akhirnya Kami Bakar Kek Marble Kek Marble Assalamualaikum semua, hari ni plan nak mengemas rumah. Jadi minggu ni kami tak ke mana-mana pun. Betul-betul duduk rumah je minggu ni. Tapi tadi ntah macamana akhirnya kami bakar kek marble pulak. Sebabnya bila mengemas tu ternampak tepung naik sendiri yang dah menghampiri tarikh luput. Jadi jangan membazir kita gunakanlah dengan baik. Apa lagi buat kek marble la. Memula berangan nak buat kek span pandan tapi bila tengok bahan tak berapa cukup, ovelate takde pulak. Jadi kita buat je la apa yang ada dan mencukupi. Maka akhirnya kami bakar kek marble. Eh marilah tengok resepi. Dulu pernah letak kat blog jugak cerita pasal resepi kek marble Mak Jemah. Jemah tu sempena nama mak aku ya. Tak tipu. Jemah binti Awang. Dan resepi kek ni pun memang dari mak. Resepi Kek Mable Mak Jemah BAHAN-BAHAN 5 biji telur 1 cawan gula kastor 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung naik sndiri 1 sudu teh esen vanilla 300 gram marjerin (kali ni aku guna butter) 1 sudu t...

Resepi Burnt Cheese Cake Sedap

Resepi Burnt Cheese Cake Sedap Assalamualaikum semua, kami baru je selesai adakan majlis besar kat rumah mak abah aku kat kampung aritu.. lama dah takde kenduri besar terasa betul penatnya macam lepas membanting tulang kat ladang agaknya.. berbuah betis ni rasanya.. tapi nantilah kita cerita pasal kenduri.. kita nak cerita pasal resepi dulu ni..pasal resepi Burnt Cheese Cake..  Resepi Burnt Cheese Cake  Aritu masa sibuk viral aku tak terbuat jugak.. tapi sebab dah ada gajet baru.. eh lupa nak tulis pasal gajet baru.. nanti ya kita cerita.. sibuk benar rasanya sejak akhir-akhir ni.. tambah pulak makin berusia ni, makin cepat rasa penat.. mehlah kita cerita pasal resepi Kek keju terbakar ni.. haha..  Pada aku resepinya senang dan sangat ringkas.. tapi bahan dia tu je la.. agak mahal harganya.. macam aku ni pun aku beli yang dalam kuantiti besar.. yang 2 kilo terus.. jadi dapat la buat banyak kali.. maklumlah mak anak ramai macam ni la.. meh la kita tunjuk resepinya..  ...

Projek kek coklat ketika PKP

Projek kek coklat ketika PKP Assalamualaikum semua, hari ni dah hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan atau dipanggil PKP fasa kedua.. sepatutnya kalau ikutkan esok dah berakhir kan.. tapi disebabkan kadar kes jangkitan Covid-19 di Malaysia ni masih belum nampak trend penurunan kes jadi kerajaan dah umumkan pada 10 April 2020 yang PKP ni akan bersambung ke fasa ketiga bermula esok hingga ke 28 April 2020.. dan disebabkan akan ada sambutan hari lahir antara anak-anak dalam masa terdekat ni dan agak susah nak cari kek pada masa-masa ni jadi kita buatlah projek kek coklat ketika PKP.. Projek kek coklat ketika PKP kek ni dah biasa aku buat pun sebenarnya.. dapat resepi ni dulu lagi masa aku join group forum niaga dulu.. entah ada tak ntah group tu lagi.. tapi ada la satu group chatting dalam tu diorang sibuk kongsikan resepi.. dan ada satu resepi ni memang aku salin dan simpan sampai sekarang ni ada dalam buku resepi aku yang dah rupa kain buruk dah pun tu.. haha.. punyalah lunyai d...

Resepi Kek Marble Tanpa Telur

Resepi Kek Marble Tanpa Telur assalamualaikum semua, baru ni aku ada cuba buat kek.. setelah sekian lama dah oven aku kat rumah tu tak berasap.. akhirnya aku cubalah buat sebiji kek.. eh tipu pasal adunan tu banyak aku buat dalam 2 loyang jadi adalah 2 loyang kek marble tanpa telur aku.. macamana boleh terfikir nak cuba resepi kek marble tanpa telur ni?  Resepi Kek Marble Tanpa Telur cerita dia macam ni.. aku teringin sangat nak bakar kek... tapi biasalah kalau kita buat kek paling-paling kurang pun nak guna 2 biji telur.. kalau kek marble yang sedap tu pun kena guna 5 biji telur.. jadinya aku ni tengoklah berapa biji je telur yang ada stok kat rumah masa tu.. alangkah kecewanya hati bila aku tengok cuma ada 2 biji je telur.. ni karang kalau shah nak guna untuk buat pau gebu dia lagi la takde telur kang.. dahlah masa tu dah kira tahap malas nak keluar rumah cari barang dah kira level tertinggi dah.. jadinya aku ambik keputusan jomlah kita bakar kek marble tanpa tel...

Tetiba teringin Kek Marble Mak Jemah

Tetiba teringin Kek Marble Mak Jemah assalamualaikum semua, semalam entah kenapa aku tetiba teringin kek marble mak jemah.. aku pernah tulis pasal resepi kek marble mak jemah dulu kat blog ni.. lepas tu teringin sangat nak makan dari sebelum raya lagi tau.. tapi disebabkan aku pulun nak buat kuih raya terpaksa la aku korbankan dulu hajat nak buat kek marble mak jemah yang sedap ni.. tapi semalam aku tak tahan lagi la.. kena buat jugak.. dapatlah bawak sebekas ke opis pagi ni.. alhamdulillah rezeki kawan-kawan jugak.. Tetiba teringin Kek Marble Mak Jemah mesti ada yang nak tau kenapa namanya kek marble mak jemah kan? sebenarnya mak jemah tu nama mak aku.. dan disebabkan resepi ni aku dapat dari mak jadinya aku abadikanlah nama mak kat resepi tu.. resepi yang insyaAllah dijamin sedap, lembut dan cair kat dalam mulut tau.. kira ni macam kek legend mak aku la sejak dulu.. aku memang suka sangat kek marble mak buat ni tak sama dengan yang lain pada aku.. aku tak tipu punya.....

Sambutan Hari Lahir Kakak Husna pertama kali di sekolah

assalamualaikum semua,  semalam sekolah kakak husna ada buat jamuan akhir tahun.. jadi aku dengan shah rancang la nak bagi dia rasa ada sambutan kat sekolah dengan kawan-kawan.. bukan tak pernah sambut dengan kawan-kawan tapi sebelum ni cuma sambut kat transit je.. itu pun dah agak lama dah.. jadi bersempena tahun ni tahun akhir kakak kat tadika sebelum masuk sekolah rendah nak la bagi dia peluang sambut dengan kawan-kawan sekolah.. hari lahir kakak husna sebenarnya bulan depan.. 11.12.11.. tapi setiap kali nak tunggu tarikh yang betul mesti tak dapat nak sambut dengan kawan-kawan.. jadinya kami nak awalkan la sambutan ni.. Sambutan Hari Lahir Kakak Husna pertama kali di sekolah disebabkan rancangan kami agak mengejut kami cuma beli je kek kat memana kedai yang masih bukak malam kelmarin.. dalam keadaan hujan gerimis malam tu keluar jugak la nak carikan kek untuk kakak.. tapi bila sampai kedai kek tu, rancangan nak beli satu kek tetiba pulak berubah jadi dua kek.. dah ...

Sambutan Hari Lahir Abg Ngah

assalamualaikum semua, semalam secara rasminya kami meraikan hari lahir abg ngah macam yang aku dah janjikan dalam entri sebelum ni .. disebabkan semalam baru ada kesempatan nak belikan kek dan raikan sambutan hari lahir abg ngah.. semua ceria tunggu kek dipotong suka tengok muka dia ceria pun aku dah seronok sangat.. balik sekolah dah terlonjak-lonjak sukanya dia bila nampak aku keluarkan kotak kek.. siap jerit-jerit cakap, "Ini kek saya kan?".. tentunya dengan muka yang sangat ceria.. tak dapat nak gambarkan gembiranya abg ngah waktu tu..  nampak tak siapa yang pegang pisau kek? senang sangat sebenarnya nak bagi anak-anak rasa gembira macam ni.. kalau anak-anak kami ni la.. luangkan masa untuk memasak makanan kegemaran diorang pun diorang dah rasa sangat gembira.. lagilah kalau raikan diorang dalam majlis yang jarang sangat kami buat macam ni.. seronok muka masing-masing.. walau yang diraikan tu abg ngah tapi yang lain pun ikut gembira sangat.. ...

Majlis Sambutan Hari lahir Kakak yang simple

assalamualaikum semua, hari ni kerja berlambak tapi tetap jugak nak tepek gambar sekitar majlis simple untuk kakak kat taska dia.. kalau ikutkan kesibukan ummi dia memang tak buat apa-apa la untuk hari lahir kakak...ditambah pulak dengan ketiadaan abang dia lagi dua orang tu.. ooo... aku lupa nak cerita.. abg long dan abg ngah dah kami tinggal kat kampung sejak kami balik bulan lepas... sibuk sangat masing-masing nak tinggal tapi... nanti aku cerita lagi ok.. kali ni entry khas untuk kakak husna... macam biasa kakak dah siap mandi dan pakai baju comel-comel nak ke sekolah.. tapi untuk hari jumaat lepas istimewa sikit sebab ada kek mengiringi... meh kita layan gambar... memula tu la tuan punya badan yang diraikan kan? malu-malu nak potong.. hahaha... comel kan? lepas tu gambar dengan adik hadi.. adik tetiba jadi entiti seram.. haha.. gambar dengan kawan-kawan... mata tetap fokus kat kek.. alahai sukanya orang nyanyikan lagu... dan last sekali gam...

Selamat Hari Lahir ke 3 buat Puteriku

assalamualaikum semua, pada hari yang sama 3 tahun dulu aku melahirkan seorang cahayamata yang sangat tak disangka-sangka kehadirannya... Tanggal 11.12.11 menjadi sejarah.. ceewah... DI SINI ada ceritanya.. kemudian dari tu disusuli dengan kisah-kisah di hospital yang sangat mengerikan seperti KISAH HOSPITAL 1 , KISAH HOSPITAL 2 , KISAH HOSPITAL 3 , KISAH HOSPITAL 4 , KISAH HOSPITAL 5 , DAN KISAH HOSPITAL 6 .... aku berdoa semoga janganlah kejadian macam tu berulang lagi dalam keluarga kami..aku tak cukup kuat... hari ini Nur Syafiah Husna atau yang kami pernah panggil adik nur dan adik husna dan sekarang dah bergelar Kakak Husna dah genap 3 tahun..alhamdulillah... semoga satu-satunya puteri permata hati ummi dan ayah ni akan terus sihat dan membesar menjadi anak yang solehah...amin.. gambar kredit to cikgu taska.. tq kak da.. hasil kreativiti kakak :) cek mek dengan gelang serabut kat tangan.. p/s ummi lupa nak buat kek kakak..malam ni ye nak..esok ...

Selamat Hari Lahir Yang Ke 7 Sayang

assalamualaikum semua, banyak sangat cerita yang nak dikongsikan dalam blog ni tapi kesibukan buat masa ni tak mengizinkan jari ni terus berada di atas keyboard untuk menaip...maka banyak sangat entry yang tertunda.. sejak dari awal tahun lagi... cerita abg long di sekolah...cerita kami buat short trip ke Muzium Pekan...cerita kami menyertai dua Hari Keluarga yang sangat meriah... cerita check up...cerita kami menang hadiah kretif di Petrosmart Kuantan....semuanya terpaksa menunggu masa untuk diceritakan kemudian... dan hari ni setelah agak lama tak menulis...aku nak coretkan sedikit ucapan buat anak pertama kami yang selamanya akan jadi pertama...dan tetap akan jadi antara kesayangan ummi dan ayah buat selamanya... Hari ni 17 April 2014, genap usia abg long 7 tahun... pesan ummi untuk abg long cuma sedikit je nak... carilah ilmu sebanyak mungkin tak kira untuk dunia atau akhirat kerana hanya dengan ilmu manusia dapat mengatur diri menjadi lebih sempurna... jagalah adab d...

Baru siap 2...

assalamualaikum semua, plan nak berjalan ke pesta gempak astro bawak anak-anak berjalan terpaksa dibatalkan..ingat saja nak bawak diorang tengok maskot upin ipin... tapi disebabkan hari dah hujan di kuantan ni maka..program dibatalkan.. dan kek baru jadi 2... lagi dua atau satu malam kang la...lepas balik dari makan-makan kat rumah akak shah nanti..inshaAllah... sekarang ni tunggu asar sambil tunggu kek dalam oven... p/s macam terasa nak buat biskut chip nut macam raya aritu la...yang stok raya dah licin.. update...punya la lama tunggu publish sampai aku dah buat satu lagi blueberry cheese..dah dlm oven pun..nak tunggu maghrib je ni..

kek...ooo...kek...

assalamualaikum semua, pagi ni aku bangun dengan penuh bersemangat...cadangnya nak buat kek 3@4 biji untuk keperluan majlis dan jemputan majlis sepanjang 2 hari ni... aku cadang nak buat kek marble...dan satu kek special untuk birthday someone very special to me esok... hmmm...tgh berkira-kira lagi nak buat kek apa ni...rasanya macam nak belek buat indulgence tapi gelatin takde pulak...pastu terasa nak buat red velvet tapi jus lemon pulak takde untuk buat buttermilk... pastu nak buat choc creamcheese tapi macam tak rajin lak nak melapis sebab 2 orang budak kecik kat rumah ni tengah demam selsema... malam tadi pun shah teruk berjaga pasal anak-anak bergilir muntah...aku jaga dah hujung-hujung je masa husna muntah kali kedua... ini pun husna tengah sedap bergolek atas riba lepas aku susukan dari pukul 10.30 tadi... jadi ke tidak ntah kek aku ni ntah.... berangan ke langit...jadinya..hmmm entahlah... tapi kejayaan kena berangan dulu baru boleh capai kan? ecece...ita pandai la kau... ...

Wordless Wednesday # 36

assalamualaikum semua, p/s tak sempat lagi nak karang cerita raya kami...layan gambar je la ye....

sambutan hari lahir abg long dan abg ngah

assalamualaikum semua, hari ni hati aku amat tenang... tak tau kenapa tapi takde lagi rasa berdebar dan sesak nafas tu... cuma ada batuk-batuk kecil je... alhamdulillah... dan masih tenang walaupun masuk je opis hari ni dah dihidangkan dengan 21 kes... Allahuakhbar... semoga Allah kuatkan hatiku melalui hari-hari mendatang ni...amin.. tapi aku tetap nak cerita jugak sambutan hari lahir yang aku buat simple je untuk anak-anak... hari lahir abg long jatuh pada 17 April yang lepas...dah genap 6 tahun pun anak bujang tu... dan abg ngah pulak semalam 21 Mei... jadi aku gabungkan je sekali... senang dan tentu kalau buat asing-asing ada yang bertanya pulak kang... nasib baik adik husna lahir bulan Disember..kalau tak harus aku sekalikan jugak agaknya... hehe... itu pun dah ada yang bertanya... nape muka adik una takde kat gambar ni?...alahai anak... aku buat kek pada 7 Mei lepas... cadang nak sambut di taman mana-mana di Kuantan ni dan konon nak buat stail outdoor celebration la ni....