Cerita Ita: MAHA 2016                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MAHA 2016

Kunjungan kami ke Road To Maha

assalamualaikum semua, aritu aku dah ceritakan pasal Road to Maha sebelum ni kan... ada sejarah dan kunjungan pertama sebelum ni... dan kali ni aku nak cerita pulak hasil kunjungan rasmi dengan anak-anak dan shah... haruslah akan ada lagi banyak gambar dan cerita nak cerita dengan korang kan....meh layan... kami buat keputusan nak ke Road to Maha ni secara tiba-tiba sebenarnya... tiba-tiba sebab shah tiba-tiba je kata yang dia tak kerja hari Ahad baru ni... makanya otak aku ligat la cari idea mana boleh pergi dengan anak-anak... hahaha... nasib la ye bang.... dan cadangan aku adalah pameran Road to Maha Zon Timur yang sedang berlangsung masa tu... banyak benda menarik nak tunjuk dan nak bagi anak cuba... jadi dengan semangatnya selepas kami hantar abg long ke kelas teakwando pagi tu kami bergegas ke Pasar Besar Kuantan... tujuan adalah nak cari lauk untuk keperluan seminggu dua ni... beli kat pasar lebih murah... semuanya la... udang, ikan, ketam... dan kadang-kadan...

Sejarah MAHA, Road To MAHA Pahang dan Peraduan Selfie

assalamualaikum semua, kali ni aku nak kongsikan pasal sejarah MAHA dan pertandingan yang berlangsung sempena MAHA 2016 tahun ni... ada yang perasan tak pasal pertandingan ni? ianya adalah pertandingan 'selfie' yang dianjurkan sempena program MAHA yang akan dianjurkan setiap dua tahun seperti sebelum ni... MAHA 2016 Sejarah MAHA apa dia program MAHA ni sebenarnya?   MAHA atau nama penuhnya adalah Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show... MAHA bermula pada tahun 1922 lagi yang berasal dari nama persatuan Malayan Agri-Horticulture Association (MAHA) yang ditubuhkan pada bulan Oktober tahun yang sama... Tujuan utama penubuhan MAHA ini adalah untuk memberi tumpuan kepada sektor pertanian dalam menjana ekonomi negara dan menganjurkan pameran-pameran pertanian... MAHA pertama yang diadakan adalah pada 30 Jun hingga 2 Julai 1923 bertempat di Padang Kelab Lumba Kuda Selangor... Pertunjukan MAHA ke-18 telah dilancarkan pada 2 Ogos 1947 di "Coro...