Cerita Ita: pau gebu                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pau gebu

Menarik rezeki?

assalamualaikum semua,  hari ni aku cuti.. adalah masa ambik anak-anak dari sekolah.. ada hal sikit kena uruskan.. shah pun dapat la meniaga air kelapa laut sekejap hari ni.. kalau tak shah cuma boleh meniaga di hari Sabtu dan Ahad je.. sebab masa tu je aku ada kat rumah.. oh lupa nak cerita pasal shah dah meniaga air kat sini.. tetiba nak cerita pulak lepas tengok rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 tadi pasal menarik rezeki.. ada juga dikongsikan doa tadi.. Doa mohon rezeki tidak putus..  menarik rezeki?  shah meniaga air buat masa ni macam sambilan je la.. sambil uruskan anak-anak dan meniaga pau gebu.. alhamdulillah adalah sumber rezeki lain kami jugak kat sini.. syukurlah.. kena belajar tanamkan rasa syukur setiap hari.. syukur sebab kami masih ada pekerjaan.. syukur sebab ada keluarga yang sanggup menerima seadanya susah senang kami selama ni.. syukur kami masih boleh bagi makanan,  tempat tinggal dan pendidikan buat anak-anak walaupun tidak semewah or...

Selamat Hari Lahir yang ke 4 Adik Hadi!

assalamualaikum semua,  hari ni hari teristimewa buat permata hati kami Ahmad Hadi Haris.. sebab hari ni merupakan hari ulang tahun kelahiran adik hadi yang keempat tahun.. selamat hari lahir yang ke 4 adik hadi!  setiap tahun peristiwa melahirkan anak-anak terimbau setiap kali meraikan hari lahir anak-anak.. aku rasa setiap ibu pasti merasakan perasaan yang sama jugak kan.. kalau hari lahir aku pun mak pasti ingat nak ucapkan sesuatu.. mesti sebab mak terkenang kenangan melahirkan aku pada 39 tahun 8 bulan yang lepas..  adik hadi dah cukup besar sekarang ni untuk faham apa yang kami cakapkan dengan dia.. cuma pelatnya masih banyak kena betulkan.. masih tak fasih lagi bertutur.. ada antara perkataan yang langsung kadang orang lain yang dengar tak faham.. tapi yang penting dialah salah seorang permata yang menceriakan hidup kami..  untuk sambutan hari lahir adik hadi kali ni takde pun yang istimewa sangat.. nantilah dah hujung minggu ke kita bawak jalan-jalan sambil m...

Diuji cirit birit dan muntah-muntah

assalamualaikum semua,  aku baru balik dari kampung malam tadi.. ingatkan dapat masuk kerja pulak hari ni tapi tanpa diduga diuji pulak dengan sakit.. Diuji cirit birit dan muntah-munta.. aku mula rasa angin sepanjang malam dan tak boleh tidur.. mula jam 4.30 pagi pulak aku mula berulang-ulang ke tandas.. sampai ntah dah berapa kali dah sampai aku dah tak daya nak berjalan lagi dah..  Gctea dikala diuji cirit birit dan muntah-muntah  perut memulas-mulas dan pedih.. Allah.. tuhan je la yang tau sakitnya.. buang air kecil dengan besar dan sama laju sampai sama je dah gayanya.. siap dengan pakej muntah yang dah tak tau nak keluarkan apa lagi isi dalam perut.. rasa lembik la.. sampai terduduk dalam bilik air tadi.. letih..  aku memang tak pedulikan apa-apa lagi dah sejak pagi tadi.. dengar anak-anak sibuk kat rumah sebab masih cuti sekolah pun cuma mampu dengar je la dari dalam bilik..  merasa lunch on bed hari ni shah je yang uruskan semuan...

Nasi goreng benyek pulak buat bekal

assalamualaikum semua, aku masih lagi teruskan budaya berbekal ke pejabat selagi sempat.. masak atau bekal je la apa yang dapat.. alhamdulillah ada hari berjaya dan harinya tidak.. bergantung la kepada kesihatan badan jugak.. dan hari ni aku berjaya bawak nasi goreng benyek buat bekal.. hahaha.. Nasi goreng benyek pulak buat bekal ada cerita di sebalik nasi goreng benyek ni sebenarnya.. eh lupa nak bagi tau orang johor panggil benyek tu untuk merujuk kepada sesuatu benda yang lembik.. macam buah yang dah terlalu masak atau kuih yang terlalu lembik.. biasanya akan digunakan menggantikan perkataan lembik tu la dengan guna perkataan benyek.. cotoh ayat macam ni : "Buah pelam tu dah benyek" "Kuih tu benyek no sampai loya pulak kita nak telan" ok habis belajar bahasa, maka kita sambung kisah nasi goreng benyek tu tadi ya.. alkisah kami ni kan dah mula buat pau gebu untuk jualan semula tahun ni.. alhamdulillah rezeki yang tak pernah terjangkakan ni ...

Pau Ayam Viral di Kuantan !

assalamualaikum semua,  aku ni kalau orang cerita je pasal pau.. pantang dengar, macam kena karen je..haha maklumlah kerjaya sampingan aku kan penjual pau.. semalam pun baru je buat pau gebu kat rumah mak ni.. dan kali ni dengar pulak orang cerita pasal pau ayam.. macam best je dengar.. aritu dengar pasal pau cendawan pun tak dapat lagi nak merasa.. ni pau ayam pulak dah! Pau ayam dan pau cendawan viral di Kuantan dipendekkan cerita ni sebenarnya flash back untuk orang Kuantan yang teringin nak makan pau cendawan atau pau ayam yang tengah viral kat sana sini tu .. aku sebenarnya bukan letakkan apa-apa matlamat pun nak cari pau ayam ni sebenarnya.. ada dengar orang kata ada jual kat cawangan dia kat Pantai Teluk Cempedak.. lepas tu aku tengok memang beratur la nak beli tu.. dan bila aku tanya pun kat fb diorang.. dia jawab sapa cepat dia dapat.. tu yang lemah betul dengar.. dan lepas tu aku pun jadi lupa dah pasal pau ayam tu walau pernah teringin.. tapi disebabkan ...

Wordless Wednesday # 100 : Setitik Peluh Sebiji Pau

assalamualaikum semua, nampak tak wordless wednesday entri dah jejak ke 100? alhamdulillah... dan sempena angka istimewa... kita share gambar istimewa pagi ni.... p/s alhamdulillah dah bertambah 2 jenis inti sekarang... pau kelapa, pau kacang merah dan pau kaya... doakan kami :)

Penjual Kuih Pau Gebu dan Susu Segar Kuantan

assalamualaikum semua, lamanya tak tulis entry...terus beku bila tengok keyboard... tak tau nak mula dari mana.... alhamdulillah...pertamanya syukur pada Allah yang melimpahkan sedikit dari rezekiNya yang ada di muka bumi ni buat kami sekeluarga....semoga usaha kami kali ni berkekalan hendaknya...amin... bermula dari hari Isnin yang lepas kami secara rasminya menjadi penjual kuih pau gebu di Kuantan ni... resepinya sangat senang ... boleh ikut resepi dari SINI ... insyaAllah dapat hasil yang sama... kami bermula dengan kuih pau inti kacang merah... alhamdulillah... nampaknya hari pertama tidak mengecewakan walaupun ada yang tak abis dijual...syukur... hari kedua jugak begitu... tapi setiap yang bermula pasti ada gagal kan... tak bererti kena berhenti terus... dan hari ketiga kami mencuba lagi...alhamdulillah.. HABIS... syukur Ya Allah... rasa nak mengalir airmata pun ada... dan hari keempat orang dah tunggu tepi shah bila dia letak bekas kuih pau.... tiada yang lebih mengembir...