Cerita Ita: makanan                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel makanan

Review Aiskrim Wall's Ovaltine Dark Choc Crunchy

Assalamualaikum semua, baru ni lepas balik kerja macam biasa akan lalu kedai runcit dekat dengan transit anak-anak ni. Jadi seperti biasa jugak ummi dia akan kena paw dengan anak-anak yang nak beli aiskrim kat kedai runcit tu. Aiskrim Wall's Ovaltine Dark Choc Crunchy Dalam kami memilih tu, abg chik terpandang aiskrim Wall's yang terbaru iaitu Wall's Ovaltine Dark Choc Crunchy. Terus la dia capai sebab nak tau aiskrim Wall's Dark Choc ni sedap ke tidak. Adam pulak ambik aiskrim Wall's cone yang biasa dia beli. Sedap ke rasa aiskrim ni? Bila dah masuk kereta, masing-masing berebut la nak bukak dan makan. Tak sempat sampai rumah la kiranya. Cuaca pulak tengah panas waktu tu, lagi la memasing tak sabar. Aku pulak waktu Abg Chik bukak aiskrim dia tu aku belum lagi mula memandu jadi dapatlah rasa sikit dalam kereta tu. Sekali rasa...peh..sedap oii.. Rasa coklat luarnya yang rangup. Lepas tu bila digigit ada rasa ketulan-ketulan kecil ovaltine coklat kat lap...

Lontong Penambat Hati Suami

Assalamualaikum semua, baru ni aku ada tunjuk gambar lontong sedap kat facebook kan? ada pulak yang mesej tepi tanya macamana resepi lontong aku buat tu nampak sedap. Sebenarnya nak cakap la semua benda dalam gambar ni memang biasanya nampak sedap, lagi-lagi kalau kita tengok waktu kita lapar. Ya tak? Lontong Lontong dan kuah lodeh Lontong ni kalau ikutkan maksud dia sebenarnya adalah nasi yang ditanak atau dikukus dalam daun pisang. Asal makanan ni dari masyarakat Jawa. Dan disebabkan aku pun ada darah kacukan Jawa dari sebelah mak jadinya ini kira antara makanan tradisi dalam keluarga kami. Kalau dalam keluarga kami selalunya kami panggil lontong tu kira macam satu nama untuk juadah la.  Masa sambutan rumah terbuka syawal kami aritu pun mulanya lontong ni aku masukkan dalam senarai juadah yang aku akan masak. Tapi disebabkan kesuntukan masa, perancangan tak menjadi. Jadi aku masaklah pulak selepas majlis tu untuk makan-makan kat rumah pulak. Gandingan Kuah Lodeh  Tapi ya...

Pengalaman pertama makan Tongmo.. Sedap ke?

Pengalaman pertama makan Tongmo.. Sedap ke Tongmo?  Assalamualaikum semua, baru ni lepas kami berjalan-jalan kat Pantai Minyak Beku aritu kami teruskan perjalanan menyusuri jalan pantai terus menghala ke Muar.. saja la nak tengok apa yang ada di sepanjang jalan.. antaranya sebab kami dah termakan makanan yang tak berapa best.. jadi kami berhajat la nak cari makanan sedap yang lain.. Pengalaman pertama makan Tongmo.. Sedap ke?   Sambil berjalan tak berapa laju tu kami sambil la baca nama-nama parit yang ada di sepanjang jalan.. uniknya Johor ni kebanyakan kawasan akan guna nama parit.. maka banyaklah parit di Johor ni sebenarnya.. sampai la ke satu parit ni.. Kampung Parit Pecah tak jauh dari Parit Jawa.. lepas tu tetiba shah nampak ada ada satu gerai jual makanan.. terus dia tanya.. "eh bukan tu makanan yang selama ni sayang nak makan ke?" dia nampak bergayut macam gambar kat bawah ni la.. Gerai jualan Tong Mo di Muar Aku pun tanya balik.. "makanan apa bang?" .. te...

Berkelah di Pantai Minyak Beku

Berkelah di Pantai Minyak Beku Assalamualaikum semua, sebelum ni aku ada cerita pasal jalan-jalan di Pantai Minyak Beku di Batu Pahat kan? haa.. kali ni entri sambungan.. sebabnya hari tu macam dah serabut pulak nak tulis pasal berkelah di Pantai Minyak Beku ni bila tengok gambar terlampau banyak dalam satu entri tu.. jadinya aku cuma masukkan cerita sejarah Minyak Beku je la kat sana dan gambar pantainya yang cantik tu je.. Berkelah di Pantai Minyak Beku kat entri lama tu ada jugak aku cerita kisah ada kedai makan dan gerai-gerai menjual makanan kan? aku ada jugak sebut yang ada food truck kat area situ.. elok je ada tapak jualan yang disediakan.. rata-rata peniaga kat situ akan meniaga setiap hari katanya.. ni hasil dari aku bertanya dengan salah seorang peniaga kat situ la ni.. biasalah mulut terlebih ramah sikit.. Food truck di Pantai Minyak Beku kalau hari cuti umum biasanya akan lebih ramai kunjungan orang lebih dari hari biasa.. biasanya waktu ni peniaga pun akan lebih ramai la...

8 Makanan Best Teringin Nak Makan Jika Ada Di KL

8 Makanan Best Teringin Nak Makan Jika Ada Di KL Assalamualaikum semua, sekarang ni tengah musim Perintah Kawalan Pergerakan kan.. tapi masa tu la jugak banyak gambar makanan melintas kat sana sini.. haha.. menguji iman betul kan.. lagi pulak bila makanan tu susah pulak kita nak gi beli waktu PKP ni.. masa tu jugak la teringin makanan yang ada kat tempat tinggal kami sebelum ni di KL nun.. jadi meh la aku tulis la pasal 8 Makanan Best Teringin Nak Makan Jika Ada Di KL.. mana tau PKP ni cepat habis dan aku ada rezeki nak makan.. dan mana tau jugak berguna kat sesiapa yang ada kat KL dan teringin makanan ni jugak..  1.ROTI JOHN TITIWANGSA Roti john kat kedai ni antara yang terbaik dan murah kat KL. Bukan setakat murah dan sedap, besar pulak tu. Antara yang special kat kedai ni adalah roti john tuna. Memang rare sebab selalunya inti untuk roti john adalah ayam dengan daging.  Tapi kalau korang order yang special punya, diorang siap tambah fries lagi. Harga...

Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru Pemegang Kad Jimat Hingga 50%

Assalamualaikum semua, berpegang teguh kepada slogan, It’s All About You , Domino’s Pizza memperkenalkan Kad Ekspres berwajah baharu pada harga yang amat menakjubkan! Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru Pemegang Kad Jimat Hingga 50% Kad Ekspres Fasa 2 yang berwajah baru ini telah dilanjutkan tarikh luputnya yang kini sah sehingga 31 Julai 2020, bukan 31 Disember 2019. Kad ini boleh didapati dengan potongan harga 50% untuk tempoh terhad sahaja, di mana pelanggan boleh membeli Kad Ekspres pada harga RM30 dan bukan RM60. Manakala, pemegang Kad Ekspres sedia ada juga boleh memperbaharui kad mereka pada hanya RM15 , bukan RM30. Dengan Kad Ekspres Domino’s Fasa 2 ini, peminat piza boleh mendapat pelbagai tawaran VIP di Domino’s sepanjang tahun! Manfaat VIP termasuk tawaran beli 1 percuma 1 piza, beli 1 percuma 1 sajian sampingan terpilih, tawaran istimewa sempena hari lahir, dan tawaran bulanan eksklusif khusus untuk pemegang Kad Ekspres. Untuk tawaran masa terhad bula...

Aidiladha, Rendang daging dan juadah raya

Assalamualaikum semua, alhamdulillah hari ni masih lagi kami menyambut hari raya aidiladha.. selamat hari raya aidiladha buat semua ya.. kami raya macam biasa je tahun ni tapi syukur sebab semua adik beradik ada untuk raikan raya korban tahun ni.. ramai masih lagi sibuk uruskan korban masing-masing tahun ni.. di kampung kami ni pun sama.. dengarnya ada 15 ekor lembu akan dikorbankan pada tahun ni.. kat sini majlis korban akan diadakan hari ni.. seronok la anak-anak dapat tengok lembu yang banyak.. ada jugak yang buat secara persendirian.. tapi lebih banyak la yang mengikut anjuran pihak masjid..  kalau raya tiap tahun rumah abah dan mak ni jarang la sunyi.. walaupun tak cukup semua yang ada nak sambut hari raya.. sebabnya masing-masing ada anak-anak kecik yang tengah membesar,  faham je la riuhnya macamana.. semalam je macam-macam aktiviti masing-masing buat.. siap abg ngah sempatlah hancurkan lulut seluar baju melayu dia siap pakej berdarah-darah.. huhu.. adik hadi pun dapat ...

Mee Ikan Sedap

Assalamualaikum semua, lamanya tak menulis.. sebelum cerita pasal mee ikan sedap, kita borak-borak dulu la.. banyak sangat jadual yang masih belum dapat diselaraskan terutama rutin di waktu pagi.. anak-anak masih terbiasa lagi dengan rutin sewaktu di Kuantan dulu.. yang mana tak kisah kalau keluar lambat sikit tapi masih mampu sampai awal ke sekolah.. sekolah tinggal lagi seminggu je.. selepas dari tu dah mula cuti sekolah seminggu.. harapnya anak-anak dah ok waktu tu nanti..  Mee Ikan Sedap cerita pasal mee ikan sedap ni pulak.. mee ikan sedap ni aku jumpa masa kami berjalan ke NSK Selayang hari tu.. niatnya nak tinjau kawasan membeli belah barang keperluan biasa bagi penduduk sekitar sini.. alhamdulillah nampak senang jugak untuk kami cari barang keperluan kat sini,  NSK Selayang dekat je.. Tesco Extra Selayang pun dekat jugak.. pasar basah pun tak berapa jauh dari NSK.. kiranya kalau nak cari keperluan harian tu tak susah la..  Mee Ikan Sedap yang dah ...

Jalan-jalan ke PLKN di hujung minggu

Assalamualaikum semua, kami dalam perjalanan nak jenguk adik shah kat Kem PLKN hari ni.. dia tengah buat latihan Kem PLKN Indera Pahlawan kat Maran, Pahang.. semua anak-anak teruja nak berjalan ni asyik tanya je bila nak sampai.. Kedai 1 Malaysia di Gambang tapi biasalah kalau berjalan dengan keluarga dan takde benda sangat yang nak disegerakan ni banyak sangat tempat persinggahannya.. hahaha.. ni berenti kat kedai 1 Malaysia kat Gambang ni.. tadi dah selamat berenti beli pisang..  pisang emas dibawa belayar, masak berbiji-biji dalam plastik.. eh..  kalau jalan dengan keluarga yang ada anak-anak kecik ni ginilah.. terutama keluarga aku ok.. bekalan makanan dan minuman mesti cukup lengkap.. itu pun kadang dah siap bekal semua dari rumah masih lagi nak berenti jugak beli apa-apa tengah jalan.. sila bertabah la sesapa yang join rombongan kami.. hehehe.. kalau family aku memang dah fahammm sangat dah.. hahaha.. ni padahal nak gi Maran je pun.. buka...

Rezeki makanan sentiasa ada

assalamualaikum semua, nak dijadikan cerita semalam shah ada urusan dengan mak dia di Pekan sekejap.. jadinya dia balik sekejap petang semalam untuk hantarkan mak untuk selesaikan urusan.. bila balik dari rumah mak, mak siap bawakkan bekal kuah asam pedas ikan kerai atau ikan krai.. pernah tengok tak ikan kerai macamana? Lempeng cicah asam pedas ikan kerai ikan kerai atau krai atau nama saintifiknya Hypsibarbus sp. yang merupakan salah satu spesies ikan terkenal yang menghuni sungai-sungai di negeri Pahang.. selain dari ikan jelawat, patin, kelah,baung , belida, lampam dan banyak lagi la... cantik kan ikan kerai ni? ~ sumber google sebelum aku duduk Pahang dulu, aku agak pelik bila orang sebut nama-nama ikan kat area Pahang ni.. ye la.. aku kan anak jati Bangsa Johor.. mana la nak kenal perkara atau benda dari tempat lain kan.. tapi bila aku merantau lepas kerja.. terutama ke Kelantan dan Pahang ni.. alhamdulillah banyak jugak la benda yang aku kenal.....