Jun 2023 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2023

Doa Arafah dan Niat Puasa Sunat Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum semua, hari ni merupakan 8 Zulhijjah dalam kalender Islam dan hari ini antara hari yang disunatkan untuk seluruh umat Islam berpuasa. Ianya tertulis di dalam amalan yang disunatkan bagi orang Islam di dalam bulan Zulhijjah.  Kali ni aku nak tuliskan pasal puasa sunat bulan Zulhijjah, doa Arafah, dan juga niat puasa sunat hari Tarwiyah dan niat puasa sunat hari Arafah untuk perkongsian dan pertambahan ilmu.   Amalan Yang Digalakkan di Bulan Zulhijjah "Tiada hari yang PALING DISUKAI oleh Allah untuk dilakukan amalan soleh padanya melainkan 10 HARI TERAWAL ZULHIJJAH." (HR Bukhari, 969) Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita untuk melaksanakan amal soleh pada sepuluh hari awal bulan Zulhijjah (1 hingga 10 Zulhijjah). 1.PUASA SUNAT   Umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat bermula pada 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah (bagi yang tidak menunaikan wukuf di Arafah)   2.PUASA ARAFAH   Bagi umat Islam yang tidak melaksanakan wukuf ...

Terima Ucapan Ulangtahun Perkahwinan Dari Suami

Assalamualaikum semua, hari ni 24 Jun 2023 merupakan hari ulangtahun pernikahan aku dan Shah. Genap 17 tahun kami hidup bersama pada hari ni. Rasa macam terlalu cepat masa berlalu. Gambar terkini semalam Ucapan sempena ulangtahun perkahwinan Macam tak sangka juga bila suami ucapkan ucapan ulangtahun perkahwinan malam tadi. Sebab dia jenis jarang ingat. Orang lelaki kan..haha.. Tapi sebagai isteri aku rasa gembira dan terasa sangat dihargai bila dapat ucapan macam tu.  Hadiah buat isteri Itulah orang kata orang perempuan ni hidupnya sangat mudah. Bila suami bagi ucapan pun hidup dah rasa bahagia sangat dah. Lagi la kalau diberi jambangan bunga atau hadiah. Lagi la rasa berbunga-bunga hatinya. Jadi sebagai suami tu, boleh la cuba ambil hati isteri dengan pelbagai cara sesuai dengan isteri masing-masing. Hari ni biasanya kami akan bawa anak-anak makan kat luar tapi disebabkan kami semalam dah habiskan aktiviti seharian di Melaka. Kira dah sambut awal jadi kami duduk rumah je la ...

Lontong Penambat Hati Suami

Assalamualaikum semua, baru ni aku ada tunjuk gambar lontong sedap kat facebook kan? ada pulak yang mesej tepi tanya macamana resepi lontong aku buat tu nampak sedap. Sebenarnya nak cakap la semua benda dalam gambar ni memang biasanya nampak sedap, lagi-lagi kalau kita tengok waktu kita lapar. Ya tak? Lontong Lontong dan kuah lodeh Lontong ni kalau ikutkan maksud dia sebenarnya adalah nasi yang ditanak atau dikukus dalam daun pisang. Asal makanan ni dari masyarakat Jawa. Dan disebabkan aku pun ada darah kacukan Jawa dari sebelah mak jadinya ini kira antara makanan tradisi dalam keluarga kami. Kalau dalam keluarga kami selalunya kami panggil lontong tu kira macam satu nama untuk juadah la.  Masa sambutan rumah terbuka syawal kami aritu pun mulanya lontong ni aku masukkan dalam senarai juadah yang aku akan masak. Tapi disebabkan kesuntukan masa, perancangan tak menjadi. Jadi aku masaklah pulak selepas majlis tu untuk makan-makan kat rumah pulak. Gandingan Kuah Lodeh  Tapi ya...

Tempe dan Resepi Tempe Goreng Kunyit

Assalamualaikum semua, ada ke kalangan pembaca blog aku ni seorang peminat tempe macam aku juga? Kalau ada korang komenlah nanti ya korang suka makan tempe dalam masakan yang macamana. Kot-kot la resepi tempe goreng kunyit aku ni nanti terlalu biasa je kan..manalah tau. Sebab pada aku tak kisah pun nak dimasak apa tempe ni pun, yang penting khasiat tempe tu sendiri. Tempe Tempe daun Tempe adalah makanan berasaskan kacang soya yang melalui proses penapaian untuk menjadikannya satu makanan yang sedap. Ada yang kata tempe dengan tauhu ni keluarga yang sama. Semuanya gara-gara diperbuat dari kacang soya.Tapi sebenarnya tempe sangat berbeza. Ia lebih keras dan berbau kuat. Tempe antara ramuan penting dalam masakan makanan Orang Jawa. Antara makanan yang menjadikan tempe sebagai ramuan utama ialah Lontong . Banyak juga resepi Jawa lain yang berasaskan tempe sebagai bahan asas. Asal Usul Tempe Tempe berasal dari Suku Jawa di Ponorogo, Pulau Jawa, Indonesia. Tapi disebabkan suku jawa yang...

Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang

Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang Lokasi Pasar Tani Kluang Assamualaikum semua, hari tu kan ada cuti umum sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Agong kan.. kena pulak hari Isnin tu. Kebetulan pulak ada pasar tani di Kluang ni setiap hari Isnin dari pukul  7 pagi sampai pukul 12 tengahari. Biasa kalau hari aku bekerja pun sempat jugak jengah pasar tani ni kalau nak cari sayur-sayur kampung sebab dia buka awal pukul 7 pagi. Tapak Pasar Tani di Kluang ni ada beberapa tapak. Tapi yang paling aku suka pergi ada 2 ni je aku suka ulang-ulang pergi. Mula-mula dulu aku taktau lokasi pasar tani ni. Aku jumpa pun bila buat carian pasar tani near me. Hahaha Lokasi Pasar Tani Kluang Satu yang biasa pergi dan dekat di Tapak Pasar Tani Kampung Melayu. Kat sini dia buka setiap hari Isnin. Lokasi dia betul-betul berhadapan dengan Stesen Bas Kluang. Stesen bas yang mempunyai seribu satu kenangan aku di zaman persekolahan dulu-dulu. Lokasi ni aku suka pasal dekat dengan bandar dan rumah. Nak parking...