April 2020 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2020

Projek kek coklat ketika PKP

Projek kek coklat ketika PKP Assalamualaikum semua, hari ni dah hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan atau dipanggil PKP fasa kedua.. sepatutnya kalau ikutkan esok dah berakhir kan.. tapi disebabkan kadar kes jangkitan Covid-19 di Malaysia ni masih belum nampak trend penurunan kes jadi kerajaan dah umumkan pada 10 April 2020 yang PKP ni akan bersambung ke fasa ketiga bermula esok hingga ke 28 April 2020.. dan disebabkan akan ada sambutan hari lahir antara anak-anak dalam masa terdekat ni dan agak susah nak cari kek pada masa-masa ni jadi kita buatlah projek kek coklat ketika PKP.. Projek kek coklat ketika PKP kek ni dah biasa aku buat pun sebenarnya.. dapat resepi ni dulu lagi masa aku join group forum niaga dulu.. entah ada tak ntah group tu lagi.. tapi ada la satu group chatting dalam tu diorang sibuk kongsikan resepi.. dan ada satu resepi ni memang aku salin dan simpan sampai sekarang ni ada dalam buku resepi aku yang dah rupa kain buruk dah pun tu.. haha.. punyalah lunyai d...

8 Makanan Best Teringin Nak Makan Jika Ada Di KL

8 Makanan Best Teringin Nak Makan Jika Ada Di KL Assalamualaikum semua, sekarang ni tengah musim Perintah Kawalan Pergerakan kan.. tapi masa tu la jugak banyak gambar makanan melintas kat sana sini.. haha.. menguji iman betul kan.. lagi pulak bila makanan tu susah pulak kita nak gi beli waktu PKP ni.. masa tu jugak la teringin makanan yang ada kat tempat tinggal kami sebelum ni di KL nun.. jadi meh la aku tulis la pasal 8 Makanan Best Teringin Nak Makan Jika Ada Di KL.. mana tau PKP ni cepat habis dan aku ada rezeki nak makan.. dan mana tau jugak berguna kat sesiapa yang ada kat KL dan teringin makanan ni jugak..  1.ROTI JOHN TITIWANGSA Roti john kat kedai ni antara yang terbaik dan murah kat KL. Bukan setakat murah dan sedap, besar pulak tu. Antara yang special kat kedai ni adalah roti john tuna. Memang rare sebab selalunya inti untuk roti john adalah ayam dengan daging.  Tapi kalau korang order yang special punya, diorang siap tambah fries lagi. Harga...