Assalamualaikum semua, anda mungkin antara 94 peratus golongan dewasa Malaysia yang mengalami penyakit gusi berdasarkan data National Oral Health Survey of Adults 2010 [1] . Systema Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth Punca utama penyakit gusi adalah plak, satu lapisan lembut dan melekit yang mengandungi berbilion-bilion bakteria. Apabila plak terkumpul di antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi, toksin dari bakteria akan merosakkan tisu gusi. Kajian oleh Lion Corporation baru-baru ini ke atas 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda dan gejala penyakit gusi yang ketara dan kebiasaanya adalah gusi berdarah atau bengkak, namun hanya 1% menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit gusi (Projek Katsu 2017). Kesihatan oral terbukti mempunyai kaitan rapat dengan kesihatan sistem badan. Kajian menunjukkan korelasi di antara penyakit gusi dengan masalah kesihatan lain termasuk penyakit jantung...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.