Cerita Ita: SAPS ibubapa                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SAPS ibubapa

Keputusan peperiksaan melalui SAPS Ibu bapa

Keputusan peperiksaan melalui SAPS Ibu bapa assalamualaikum semua, aku pernah cerita pasal nak tengok keputusan peperiksaan melalui SAPS Ibu Bapa ni dulu.. tapi dulu dia punya link tu macam lain sikit.. dan tak la terperinci macam sekarang ni.. eh dah hujung tahun ni la yang aku perasan lain sikit.. dah ada penambahbaikan.. alhamdulillah semakin bagus.. ini SAPS ibubapa yang lama SAPS ibubapa yang baru kalau yang baru ada anak sekolah mesti agak tertanya-tanya apa dia SAPS tu sebenarnya.. meh kita tengok dulu maksud SAPS.. SAPS bermaksud Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.. sistem ni diwujudkan untuk memudahkan ibu bapa untuk mengetahui prestasi anak-anak hanya melalui online sahaja.. mudah sangat-sangat.. kalau dulu kita cuma akan tau prestasi anak-anak melalui perjumpaan ibu bapa dan guru pada hari terbuka sekolah.. sekarang ni cuma hanya di hujung jari je semua dah boleh tengok.. ini yang lama dulu.. kalau korang tengok boleh nampak perbezaan dia kan.....

Cara memeriksa keputusan sekolah rendah dan menengah melalui SAPS

untuk entri terbaru dan cara gunakan SAPS terbaru rujuk SINI assalamualaikum semua, disebabkan abg long dah masuk sekolah maka mesti akan ada entry cerita pasal sekolah dan yang sewaktu dengannya... dan beberapa minggu yang lepas dah sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun di semua sekolah-sekolah di malaysia... dan yang paling mendebarkan bagi ibu bapa ialah bila nak tengok pencapaian anak-anak...lagi la bagi yang baru pertama kalinya macam kami ni... hari esok ada Hari Terbuka sekolah abg long... aku macam gigil-gigil je rasa nak pegi...kejap lagi nak siap sedia soalan yang bakal aku tanya pada guru kelas abg long...hish.. rasa macam nak pegi interview mintak kerja je la.. debar je hati.. huhu.. ini belum anak nak kawen lagi ni.. apa la ita... untuk keputusan peperiksaan abg long aku dah tak rasa risau sangat sebab dah boleh check online sekarang ni... sebenarnya dah lama pun tapi disebabkan selama ni takde anak yang sekolah maka aku memang tak ambik tau sangat la.. deng...