Cerita Ita: East Coast Mall                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel East Coast Mall

Clarins dan Popcorn percuma!

Assalamualaikum semua, hari ni aku nak cerita kisah barang percuma... haa.. suka tak? (aku rasa macam nada Eric dalam Deko Bersama Eric pulak.. haha ).. mestilah suka kan? ramai la orang suka barang percuma.. maunya tak suka orang nak bagi free kan ...aku pun suka la...haha.. kadang-kadang nak beli barang pun tengok dulu ada tak dapat apa-apa yang percuma.. ubat gigi la selalu ada promosi macam ni.. tak pun susu anak.. ada jugak kadang-kadang promosi percuma 100 gram.. jadiklah dari takde.. eh jangan kata tak suka ok.. barang percuma pun rezeki jugak tau.. jadi sila bersyukur.. dan jangan lupa senyum..hehe.. Clarins East Coast Mall dan hari ni aku nak cerita yang aku dapat barang percuma kali ni dari Clarins... menarik kan? nak tau lagi menarik meh kita baca apa barangnya sebenarnya tu... aku dapat Double Serum dari Clarins.. ala sampel untuk tester je pun tapi teruja yang amat... haha.. sebabnya aku memang tak pernah guna memana serum pun sebelum ni.. harus la teruja...

menu berbuka dan shopping raya.. edisi khas punya..panjang ni wooo..

salam semua, lama kan tak update... busy sikit la sekarang ni... lagipun bulan puasa ni macam nak kurang bercakap2 kot.. jadi cuma banyakkan membaca dan terus jadi kurang menulis... hari ni aku nak tunjukkan kat korang edisi menu berbuka aku beberapa hari yang lepas yang aku dah terlepas banyak tu... letih la nak taip bebanyak... aku rangkumkan sekali je la ye..... menu ahad lepas kami makan roti jala... pasal buat banyak sikit dan kami berbuka kat rumah mertua aku... akak ipar bawak lauk pauk dia.. aku bawak roti jala cicah kari daging je la... ok la tu kan... gambar tak ambik la pulak....sorry ek... menu hari isnin pulak aku buat kacang phool... saje je nak menerai... orang kata sedap... tapi la kan... tekak aku ni tak bape nak terima kot... cam tak bape nak masuk... sebab kacang tu kan rasa dia tak lemak2 manis... aku rasa cam kosong je... hahaha... memang dasar tak pandai makan kacang2 omputih  ni kot... kalau selalu ada yang kat hotel masa breakfast tu pun aku tak pe...