Cerita Ita: panduan                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel panduan

Petua dan panduan untuk anak yang mudah selsema dan batuk

Petua dan panduan untuk anak yang mudah selsema dan batuk Assalamualaikum semua, dah hujug tahun dah pun sekarang ni kan.. cuaca mula la dah tak menentu.. tengok pada ramalan cuaca tadi pagi pun macam sepanjang minggu ni akan alami hujan lebat berserta ribut di kawasan tempat kami tinggal ni.. dan pagi tadi pun memang dah hujan lebat dah pun sampai waktu lepas subuh tadi.. sejuk la sikit..  Kalau anak-anak tak sihat.. mak bapak tentu susah hati kan? Tapi aku rasa dengan cuaca macam sekarang ni tentunya ada je anak-anak yang mudah kena jangkitan penyakit kan.. bukan kata anak-anak je pun.. dengan mak-maknya atau ahli keluarga lain sekali akan terjangkit sama.. mula la drama batuk.. demam sana sini bermula.. ujian betul kalau kena tu.. Alhamdulillah buat masa ni, anak-anak kat rumah ni belum nampak lagi tanda-tanda tak sihat lagi.. syukurlah jugak.. Cuma aku risaukan abg ngah je la.. dia tu biasanya mudah je kena banding orang lain.. yang selalu kami kena jaga ialah ja...

Cara ajar anak belajar berpuasa

assalamualaikum semua, semalam aku ada cerita pasal bagi ganjaran pada anak yang baru belajar berpuasa kan? hari ni aku nak kongsikan cara ajar anak belajar berpuasa yang aku gunakan beberapa tahun ni.. nampaknya cara ni agak berkesan untuk anak-anak aku yang bertiga awal ni.. setakat ni berjaya la untuk 3 orang tu.. untuk adik hadi belum tau lagi la.. Cara Ajar anak belajar berpuasa aku akui la nak latih anak belajar berpuasa ni memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi pada ibu bapa.. betul la kata orang, kita yang membentuk anak dari acuannya.. macam jugak berpuasa ni.. walaupun tak diwajibkan untuk anak-anak kecil berpuasa tapi latihan tu mesti la kita mulakan dari awal lagi.. supaya bila sampai umur diwajibkan tu semuanya jadi biasa dan dah tak perlu paksaan dan tekanan.. dalam agama Islam, setiap umat diwajibkan mengerjakan kesemua rukun islam dan memegang kepada rukun iman bagi meneruskan kehidupan.. Rukun Islam ni selalu ditanya dalam temuduga perkahwinan...

Kisah pengalaman mengkhatankan anak-anak

Kisah pengalaman mengkhatankan anak-anak  assalamualaikum semua, belum sempat lagi aku nak ceritakan kisah anak-anak bersunat atau berkhatan rupanya.. belum ada kesempatan masa.. maklumlah duduk di rumah ni  bukan boleh bukak laptop sangat.. pegang telefon pun berebut dengan anak-anak.. hari ni la ada masa sikit nak ceritakan.. cerita kisah pengalaman mengkhatankan anak-anak..  kisah pengalaman mengkhatankan anak-anak  alhamdulillah hari rabu baru ni kami selamat khatankan 2 orang anak kami.. abg long dan abg ngah.. abg long tahun ni dah darjah 4 di sekolah dan abg ngah pulak baru darjah 1.. jadi pengalaman berbeza bila sunatkan anak dari peringkat umur yang berbeza.. memang nampak sangat ketara..  kami pada awalnya berkira-kira jugak nak sunatkan abg long seorang dulu tapi bila fikirkan kesan pada abg ngah nanti agak banyak nak difikirkan terutama bila nak pujuk abg ngah bersunat sorang-sorang nanti tentu lebih mencabar.. jadinya kami putuskan b...

Panduan untuk galakkan anak makan sayur

assalamualaikum semua, hari ni nak kongsikan tips dan panduan yang dapat dari tengok Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 pagi tadi.. ada topik menarik tau.. topiknya pasal sayur dan sayuran.. banyak info yang aku baru tau.. best topik ni.. sesuai sangat dengan orang yang suka makan sayur macam aku.. temubual dengan pakar pemakanan di MHI 5 tips atau panduan ajar anak-anak makan sayur ada 3 tips yang diajar.. dan 2 lagi tips aku tambah 1. semuanya bermula dari ibubapa maknanya nak anak makan sayur mak bapak pun kena jadi contoh yang baik jugak untuk anak-anak.. kalau nak anak makan sayur ibu bapa pun kena jadi pemakan sayur jugak.. jangan pulak nak suruh anak makan sayur tapi mak bapak pun taknak makan.. hehe.. yang ni memang tak jalan la jawabnya.. 2. libatkan anak-anak dalam pemilihan dan proses pembelian sayur kalau yang ni kena buat masa bawak anak-anak waktu belanja barang-barang dapur tu.. lebih baik lagi kenalkan sayuran yang ada kat situ walaupun kita ...

Bedak Ular dan bedak sejuk untuk demam campak dan ruam

assalamualaikum semua, sekarang ni musim demam campak ye? kawan-kawan sana sini asyik cerita pasal demam campak.. ada kawan sekolah dulu siap anak kecik belum setahun lagi dah kena.. kesian pulak nengoknya...kalau tanya aku...memang aku serik dengar perkataan demam campak, chicken pox dan sewaktu dengannya... Demam Campak sebabnya aku baru je ada 4 orang anak tapi dan berjumpa dengan pengalaman menakutkan tengok kesan chicken pox ni pada anak... kalau nak tengok boleh gi baca kat entri ni Panduan untuk Chicken Pox ... aku pun tak sanggup nak tengok gambar abg ngah masa tu... rasa nak menitis airmata je tau.. sedih tengoknya.. kalau kita yang dewasa pun rasa luka sikit atau kena bisul sikit je bisanya Allah je yang tau... ni pulak budak kecik... masa tu abg ngah baru umur tak sampai 2 tahun pun... kesian betul... alhamdulillah sekarang ni elok membesar budaknya... hehehe.. abg ngah sekarang :) kalau masa abg ngah dulu aku gunakan calamine lotion yang doktor dari klinik...

Wordless Wednesday # 89 : Panduan menghadapi jerebu

assalamualaikum semua, jom ikut panduan ketika musim jerebu ni... panduan menghadapi jerebu nak kongsi tips yang pensyarah saya share di fb... makan satu labu bawang putih sehari dan juga habbatusaudah... p/s hari ni cuti-cuti malaysia tapi kena duduk rumah...Selamat Hari Malaysia!