Cerita Ita: food                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel food

Bendi : Cara Pilih Bendi dan Khasiat Bendi

Assalamualaikum semua, baru ni kami beli sayur bendi. Terus teringat waktu kami bincangkan cara nak pilih dan cara nak bezakan bendi tua dan bendi muda. Ada tips sebenarnya nak pilih bendi ni dulu aku belajar. Belajar dari orang tua-tua sebelum tu dan kemudian barulah tau pasal cara memilih bendi muda dengan mudah selepas tu. Paling kami suka bila bendi muda dimasak goreng pecah telur. Bendi  Sebelum kita nak tau cara pilih bendi marilah kita belajar tentang bendi serba sedikit. Tanaman bendi, juga dikenali sebagai "okra" dalam Bahasa Inggeris, adalah sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah hijau panjang dengan tekstur berbulu. Buah bendi ini biasanya digunakan dalam masakan di seluruh dunia, kerana ia mempunyai rasa unik dan kaya dengan khasiat kesihatan. Ada juga yang memanggil bendi dengan nama kacang lendir. Nama botani bagi bendi ialah ABELMOSCHUS ESCULENTUS (L) MOEANCH. Bendi tumbuh dalam iklim yang panas dan kawasan yang mendapat cahaya matahari yang mencukupi....

Kedai Makan Near Me Mission : Route 888

Assalamualaikum semua, semalam aku ada tulis kat facebook dah pasal Route 888 ni tapi tak sah la kalau tak tulis kat blog jugak kan? Lagilah bila ada slot baru Kedai Makan Near Me Mission dalam blog ni. Harus ceritalah! Makan-makan di Route 888 Secara jujurnya walaupun aku orang Kluang, ada beberapa tempat dalam Kluang ni yang aku tak jengah sangat. Antaranya yang tak habis ronda ialah Kampung Melayu, Kluang. Jalan terletaknya Kedai Makan Route 888 ni pun aku tak pernah masuk tau. gambar depan kedai ambik dari dalam kereta. gegar2 jadinya Asalnya nak ke kedai lain yang warungnya kat belah atas bukit sikit di penghujung jalan ni tapi rupanya kedai tu dah tutup masa kami sampai. Jadi disebabkan perut lapar kena juga cari kedai lain nak mengisi kekosongan perut kami anak beranak. Tapi memang dari awal lalu depan Route 888 tu kamo terteleng-teleng la kepala bila tengok kedai tu. Pertama sebab ramai orang kat situ. Kedua sebab lampu dia silau benar dari jalan 😅 Sangat mengoda jiwa orang ya...

Tempe dan Resepi Tempe Goreng Kunyit

Assalamualaikum semua, ada ke kalangan pembaca blog aku ni seorang peminat tempe macam aku juga? Kalau ada korang komenlah nanti ya korang suka makan tempe dalam masakan yang macamana. Kot-kot la resepi tempe goreng kunyit aku ni nanti terlalu biasa je kan..manalah tau. Sebab pada aku tak kisah pun nak dimasak apa tempe ni pun, yang penting khasiat tempe tu sendiri. Tempe Tempe daun Tempe adalah makanan berasaskan kacang soya yang melalui proses penapaian untuk menjadikannya satu makanan yang sedap. Ada yang kata tempe dengan tauhu ni keluarga yang sama. Semuanya gara-gara diperbuat dari kacang soya.Tapi sebenarnya tempe sangat berbeza. Ia lebih keras dan berbau kuat. Tempe antara ramuan penting dalam masakan makanan Orang Jawa. Antara makanan yang menjadikan tempe sebagai ramuan utama ialah Lontong . Banyak juga resepi Jawa lain yang berasaskan tempe sebagai bahan asas. Asal Usul Tempe Tempe berasal dari Suku Jawa di Ponorogo, Pulau Jawa, Indonesia. Tapi disebabkan suku jawa yang...

Resepi Ayam Masak Lemak Striking

Resepi Ayam Masak Lemak Striking Resepi Ayam Masak Lemak Striking  <script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-3270816591643036"      crossorigin="anonymous"></script> Assalamualaikum semua,  hari ni mood aku baik banyak nak masak. Terasa rajin jugak nak kongsikan resepi ayam masak lemak striking yang jadi kegemaran ni.  Bukan setakat kegemaran kami sekeluarga. Pernah jugak jadi kegemaran aku dan kawan-kawan di zaman sekolah dulu. Kawan-kawan sekolah asrama Maahad Muar, korang ingat tak lauk ayam masak lemak striking kegemaran kita ni?  Ayam masak lemak sedap <script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-3270816591643036"      crossorigin="anonymous"></script> Sejarah Ayam Masak Lemak Striking Nama ayam masak lemak striking tu dulu pun kami la yang bagi nama. Batch SPM 1996 Maahad Muar. Ada rahsia kenapa lauk ni k...

Review : Apa Rasa Coklat Cadbury Bar Pandan Coconut ?

Review : Apa Rasa Coklat Cadbury Bar Pandan Coconut ?  Review : Apa Rasa Coklat Cadbury Bar Pandan? Assalamualaikum semua,  korang dah pernah rasa coklat Cadbury Pandan Coconut  baru tu tak? Aku terpandang coklat Cadbury Pandan Coconut  ni masa kami balik ke Kuantan baru ni. Tengok macam sedap.  Lebih best lagi bila masa tu ada jualan promosi untuk coklat Cadbury Pandan Coconut ni. Aku pun belilah satu bar. Konon nak la rasa apa rasa coklat Cadbury Pandan Coconut  ni kan.. Tapi sampai sudah coklat tu masih belum dibuka pun lagi. Kekeke.  Review : Apa Rasa Coklat Cadbury Bar Pandan? Yang coklat Cadbury Pandan Coconut yang aku tunjuk ni kebetulan ada promosi clearance stock kat KS Supermarket kat Taman Intan masa aku cari telur tadi. Eh kat sini ada sentiasa telur tau. Kalau telur Gred B tu RM12.90 je sepapan.  Laa tercampur cerita telur la pulak.. ok balik semula ke review : apa rasa coklat Cadbury Pandan Coconut  ni. Tadi aku rasa nak beli se...

Resepi Ayam Goreng Mudah Yang Sedap

Resepi Ayam Goreng Mudah Yang Sedap Resepi Ayam Goreng Mudah Yang Sedap Assalamualaikum semua,  hujung minggu lepas abg ngah minta buatkan ayam goreng mudah dan sedap guna resepi ayam goreng mudah yang biasa aku buat sebelum ni. Teringin nak makan kata dia. Aku ni kalau anak dah minta tu tak sampai hati la kalau tak tunaikan permintaan anak-anak. Sebab anak-anak kat rumah ni jarang sangat buat permintaan. Jadi gigihlah ummi pesan dengan ayah suruh cari ayam segar untuk dibuat ayam goreng ala KFC. Sekali pergi beli kat pasaraya yang ada besar gedabak ya. Seekor tu dekat 2 kilo beratnya. Disebabkan malas menyelubungi, jadi aku hanya masak je ayam yang potongan besar tu tanpa potong kecik-kecik. Cepat sikit siap goreng.. hehehe.. Marilah aku kongsikan resepi ayam goreng mudah ni. Resepi aku ni main agak-agak je ya. Kali ni guna sukatan cawan. Sebelum ni aku guna sukatan kotak. Resepi Ayam Goreng Mudah Yang Sedap resepi asal Ayam Goreng Rangup Mudah Bahan-bahan 1 Ekor Ayam (siap dipoto...

Biskut Famous Amos Norasikin

assalamualaikum semua, ingat tak yang aku pernah janji dengan korang sebelum ni dalam entry ni BISKUT ALA FAMOUS AMOS ?  Biskut Famous Amos Norasikin aku dah janji nak kongsikan resepi dia kan? adoi.... kesibukan melanda dan aku hampir je lupa.... ok hari ni aku tebus balik ye.... maaf sesiapa yang menunggu tu... ok sebelum tu aku nak bagi kredit dengan blog yang sangat tak pernah kedekut ilmu dia tentang masakan....aku banyak belajar dari dia tau... aku maksudkan blog Resepi Komersial ni... sangat bagus info yang diberi tiap kali...sampai aku subscribe email tau nak follow blog dia... sifu...mintak izin tampal disini dan saya adjust sikit ye... Biskut Famous Amos Norasikin dari Resepi Komersial by Norasikin Basri Bahan-bahan untuk Biskut Famous Amos Norasikin. 250g Majerin (aku guna butter..itu je yang ada kat rumah) 200g Tepung Gandum Kegunaan Am 300g Gula Pasir 200g Oat Cepat diMasak 1 cmt Soda Bikarbonat 1 cmt Baking Powder 2 cmt Emplex 200g Coklat Cip 2 bj Telur...

Ada Putu Halba di Kuantan

 Ada Putu Halba di Kuantan Ada Putu Halba di Kuantan Assalamualaikum semua,  aku janji nak buat entri blog pasal jelajah rumah peranginan persekutuan tu kan.. nampaknya line agak mengecewakan. Dan aku terpaksa upload entri putu halba di Kuantan ni dulu.  Nantilah aku edit dulu gambar yang berkaitan entri jelajah tu. Besar benar gambarnya. Nak upload bila line slow ni pun payah benar rasanya. Ada Putu Halba di Kuantan Aku nak cerita yang baru ni kami sempat la balik ke Kuantan jugak. Sempat jengah rumah kami sekejap, walaupun cuma Shah dan Abg Chik je sempat masuk. Aku sampai paras pagar je haha. Jadiklah.  Kami bertolak dah agak lewat jadi nak kejarkan orang nak masuk rumah tu lepas tu memang tak sempat la. Jadi Shah mohon kebenaran masuk kejap ganti lampu dan baiki salur paip sinki yang tersumbat. Sekejap je la.  Esoknya tu kami bawak mak mentua pergi cari barang-barang dapur sekejap jugak. Singgah di Jaya Gading nak beli sata terjumpalah orang jual putu halba ...