Cerita Ita: kerja                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kerja

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...

Latihan terbaik yang pernah aku ikut!

assalamualaikum semua,  aku ni baru je balik dari bengkel latihan ni.. Leadership Training kat Melaka Bandar Bersejarah.. alhamdulillah banyak betul belajar sepanjang berada kat training ni.. memang sangat bertuah rasanya terpilih dalam kursus ni..  Latihan terbaik yang pernah aku ikut!  bukan macam latihan yang biasa-biasa yang kita cuma duduk dan dengar dari persembahan power point macam biasa.. tapi ianya lebih kepada kelas yang sangat aktif.. kami diberikan bermacam tugasan yang memerlukan bukan hanya kemahiran berfikir tetapi jugak memerlukan kerjasama dari semua ahli pasukan.. bukan tu je.. kami jugak diminta menulis sendiri point penting yang kami perolehi dari latihan yang dijalankan mengikut sesi dengan bantuan fasilitator.. Tuan Hj. Tajudin sangat bagus dan mahir dengan kerjanya.. dia sememangnya dilahirkan menjadi jurulatih yang sangat bagus!  aku percaya takde seorang pun peserta yang rasa menyesal walau terpaksa bekerja pada hari Sabtu selep...

Kuala Lumpur kami datang!

assalamualaikum semua, lama dah tak bersiaran.. bukan tak sayang dah dengan blog ni.. tapi banyak sangat perkara kena uruskan sejak dari balik cuti raya hari tu.. aku belum sempat pun cerita pasal aku dapat surat kenaikan pangkat dan ditukar ke Kuala Lumpur ni.. semuanya berlaku dengan begitu pantas sampaikan aku tak sempat nak update apa-apa pun di blog kesayangan ni.. tapi aku berazam jugak nak coretkan sesuatu supaya ianya jadi kenangan kami satu hari nanti.. Kuala Lumpur kami datang! sejak malam Jumaat 13 Julai 2018 secara rasminya kami dah bermastautin di Kuala Lumpur pulak.. tak pernah kami jangkakan pun akan terjadi.. semua berlaku macam adik hadi selalu sebut.. 'tiba-tiba je'.. dan hari Jumaat petang tu sampailah barang kami bersama lori yang dihantar oleh kawan-kawan.. kami tak habis lagi pun mengemas ni.. kemas mana yang perlu sama macam kami bawak apa yang perlu je hari tu.. banyak yang kami kena tinggalkan sebab rumah yang disewa ni tak muat nak tampu...

Tugasan Pemeriksaan Perlupusan Aset Alih Kerajaan

assalamualaikum semua, aku belum cerita pasal aku pergi  buat kerja luar ke Bentong dan Kuala Lipis hari tu ye? aku dah tulis entri mendaki Bukit Pelindung dengan anak-anak tu barulah aku perasan sebab ada tertulis perbualan dengan seorang kawan dalam kereta masa perjalanan.. aku pergi untuk tugasan pemeriksaan perlupusan aset  alih kerajaan sebab aku antara salah seorang ahli lembaga yang dilantik jabatan untuk sesi 2017/2018.. Tugasan Pemeriksaan Perlupusan Aset Alih Kerajaan ~ rasanya ni lembaga ke ahli lembaga?  :p tapi bukan itu pun aku nak cerita sangat.. ni lebih kepada apa yang aku dapat masa perjalanan ni.. banyaknya lebih kepada makanan je la.. dan adalah tambahan nasihat hidup berkeluarga bagi yang berpasangan.. kalau cerita kisah kerja mungkin ada orang bosan nak baca.. terutama pasal pemeriksaan perlupusan aset ni.. tapi boleh la aku ceritakan serba sedikit mengenai proses perlupusan aset kerajaan ni berpandukan garis panduan tatacara pengurusan ...

Pengalaman memberi ceramah

assalamualaikum semua, hari ni terasa nak tulis pulak pasal kerja.. entah kenapa pulak.. mungkin disebabkan kerja yang berlambak tak abis-abis kat depan mata ni kot.. kerja aku bukalah takat jadi doktor haiwan yang buat postmortem dan diagnosis penyakit je setiap hari.. sebagai pegawai kerajaan kami pun terbelenggu dengan tugas-tugas pentadbiran jugak.. jadi dari kita stress marilah kita tulis blog.. biar blog je yang stress.. haha Pengalaman memberi ceramah sebenarnya nak cerita.. minggu lepas ada kursus dalaman mengenai ISO 17025 kat makmal kami ni haa.. tapi cuma kursus kecil-kecilan la.. aku yang cadang nak buat pastu aku yang buat semua sudahnya sebab terlupa nak lantik AJK bagai.. nasiblah.. ni semua gara-gara jadual yang agak padat bulan September ni.. dari awal bulan aku ke KL sampai tengah bulan ke Ipoh pulak.. dan akhirnya baru balik ke makmal.. dan kena buat kursus.. jadi kelam kabut pun ada.. dan lebih best lagi aku la kena jadi penceramah pasal tak sempat ...

Rutin best bermula!

assalamualaikum semua, apa kabar semua? aku alhamdulillah..sihat walaupun masih rasa letih.. semalam aku dah start naik keja lepas lebih 2 minggu tinggalkan opis.. dan hari ni dah bercuti semula...kalau ikut hati nak sambung tidur je lepas solat tapi ada rutin yang perlu dibuat ni..ada tempahan biskut nak disiapkan sebelum aku kena gi meeting minggu depan... nampak kan? betapa makin hujung tahun makin banyak pulak outstation..di kala orang lain tengah sibuk bercuti dengan anak-anak...aku terpaksa ke hulu ke hilir lagi meninggalkan keluarga...*pasrah*... shah pun baru je nak senyum dah hilang semula senyuman kat muka dia...maaf ye bang... kalau diberi pilihan tentulah ita ingin sangat jadi surirumah sepenuh masa je kat rumah bukan part time macam sekarang ni..tapi apa kan daya..kita perlu berusaha nak berikan yang terbaik untuk anak-anak kita... sangat menganggu jiwa dan perasaan jika ada surirumah yang menulis status tentang kerja mereka di rumah...ketahuilah kalian bahawa aku t...

Masih di sini

assalamualaikum semua, aku sekarang ni ada kat Radius International Hotel di Jalan Bukit Bintang ..kursus dari 10/11 hingga 26/11... dan sekarang masih berada di dalam bilik seminar ni..tapi serius aku dah ngantuk gila dah ni.. sebabnya semalam tak lena tidur sebab hotel ni berada di lingkungan fub dan club..*pengsan* ok la..sambung dengar kuliah ni..wish me luck ok! p/s peserta dari negara lain ni tanya kat area dekat2 kami ni mana senang nak cari patung upin ipin dan t shirt dan keychain malaysia ye? betul punya blur bila org tanya ni..

Mana lebih elok?

assalamualaikum semua, banyak betul kontroversi sekarang ni tau... lagi lagi melibatkan artis.... sibuk dengan cerita filem Gangster 2 kena ciplak ... sedap noo ke cite tu sampai kena ciplak? aku ni Gangster 1 pun tak tengok...jadi memang blur bila orang cakap ada yang ciplak filem kedua anak Datuk Yusof Haslam ni... dengarkan je la... dengan tetiba ada pulak artis yang dituduh tunjuk anu dia kat bini orang .... adoiiii... korang ni betul takde keja kan? sakit jiwa tau... nak membesarkan anak-anak dalam keadaan pancaroba camni... dengan tetiba pulak KRU keluar filem baru apa nama dia tu? Vikingdom? huh... blur aku... terus blur... pulak tu tetiba je wujud Vikingdom menyebabkan kontroversi agama .... wah.. lagi terkejut kau... takpe la aku tengok tv je la kat rumah ye.... jadi bagi mengelakkan adanya kontroversi yang berlanjutan di Cerita Ita ni... maka aku nak mintak pendapat korang la dulu... sebelum kontroversi melanda karang kan?.... walaupun aku bukan artis... hehehe......

Pengisian Hari Jumaat

assalamualaikum semua, pagi ni ada program ceramah di tempat kerja kami ni... Majlis Ilmu Penghayatan Ramadhan.. penceramahnya Ustaz Dr. Sihaebuddin bin Muhaiemin... secara jujurnya aku tak kenal ustaz ni sebelum ni walaupun beliau merupakan penceramah tetap di Radio Selangor FM.. tapi pengisian yang sangat bagus...diminta untuk berkongsikan tentang penghayatan ramadhan tapi dia bukan saja kongsikan mengenai bulan ramadhan tapi ada juga tentang solat dan bulan syaaban..alhamdulillah.. sesuatu yang dikongsikan yang mungkin dah ada yang tau atau mengejutkan... melalui bancian solat yang dibuat di Malaysia... 60% dari umat Islam Malaysia menunaikan solat 20% dari umat Islam yang tidak solat 15% dari umat Islam kadang-kadang solat 5% yang menunaikan solat berjemaah... semoga ini boleh dijadikan renungan untuk kita semua..inshaaAllah... ada dugaan blackout pulak kejap tadi...tabik dengan ustaz yang tetap meneruskan ceramah.. p/s duduk dengar ceramah tapi hati dah risau...officem...

Mesyuarat bermula!

assalamualaikum semua, selamat pagi dari port dickson...chewah.... kami ambik masa lebih 5 jam nak sampai PD ni dari Kuantan ikut jalan Muadzam Shah...pengsan... sampai-sampai je kena hadap meeting sampai pukul 11 malam...waduh...letihnya badan...aku tidur lena semalam...sedar-sedar je nak bangun gi toilet jam 3 pagi je...alhamdulillah..hilang penat satu badan bila tidur tilam empuk dari natural latex from Malaysia...ceh...hehehe...bukan aku yang cakap tapi hotel yang tulis tau...tak caya? nanti aku ambik gambar ye... ok...jom start meeting... p/s pusing2 hotel nampak pool cantik terus teringat anak3...waaaaaa.....

Serba salah...

assalamualaikum semua, minggu ni memang minggu yang sangat membebankan rasanya.... dah banyak istighfar dah ni... bersabar lebih lagi.... setelah seminggu takde kat opis minggu lepas..minggu ni dihujani dengan keputusan yang perlu dijawab... sebeban atas meja... belum lagi minggu ni kena jadi pegawai bertugas dan terima kes yang amat banyak.... aduhai... macam tak tertanggung je rasanya... kena pulak dengan stress anak-anak yang sakit... abg ngah dan adik kena kudis api... sejak dari khamis lepas lagi... sekarang dah beransur baik.. cuma parutnya yang macam tak boleh hilang... ada sesiapa ada petua nak hilangkan parut kudis api ni? semalam pulak tiba-tiba bos bagitau kena join trip ke Bangkok hujung bulan ni... aduhai... lemah sendi lutut rasanya... aku dah mohon cuti seminggu dari 27/5 hingga 31/5 untuk jayakan hari keluarga kami yang kami dah plan sejak tahun lepas lagi... aku dah mohon dari awal bulan lepas lagi... beria-ia aku... dengan dah bayar duit deposit untuk homest...

Off to Kuala Lumpur

assalamualaikum semua, lama tak dapat update blog ni kan? sebabnya aku sekarang ni takde di Kuantan..aku tengah kursus di tengah bandar KL ni.. tapi hati selamanya di kuantan..rindu dengan shah dan anak-anak..semoga Allah permudahkan urusan kami anak beranak..in Shaa Allah.. dan esok petang aku akan bertolak balik selepas 4 hari 3 malam kat sini..lega.. pertama kali tinggalkan adik husna lama-lama macam ni..alhamdulillah dia tak banyak ragam shah kata..itu pun bersungguh-sungguh aku kumpul susu untuk tinggalkan stok sampai hari khamis ni..dugaan betul..dah la dengan puting yang sakit..jadi nak pam pakai mesin tak boleh..kena marmet guna tangan..sampai aku dah tau nak marmet cara yang betul.. alhamdulillah Allah bagi kemudahan dan urusan yang lancar buat kami.. banyak ilmu dapat sepanjang berada kat kl ni.. dan esok pagi aku akan ke UPM untuk sesi praktikal pulak.. meh layan gambar tempat aku duduk jom..dah balik esok kita cerita panjang ye..line kat sini macam biskut walaupun ...

Wordless Wednesday # 17

assalamualaikum semua, p/s minggu yg sangat sibuk..layan gambar je la ye...

kalau tak belajar pandai-pandai gi kerja kat ladang ayam tu!

assalamualaikum semua, pagi ni aku rasa agak emosi dengan entry dari ACIK ... acik cakap pasal orang hina orang yang kerja kilang.... sedih akak baca dik.... nak tau nape? sebab aku orang susah... cerita pasal aku orang susah tu belum sampai pun part ni lagi tapi aku nak cerita sikit-sikit la... mak aku kerja kilang pasal nak tolong abah besarkan kami adik beradik... aku sendiri pun kerja kilang sementara tunggu keputusan SPM untuk kumpul duit ke Universiti dulu... juga kerja kilang bila cuti semester untuk tampung perbelanjaan semester seterusnya... jadi sila jangan hina kerja kilang ni... pasal aku terasa sangat sedih ok... hasil usaha kami sekarang ni bermula dari kilang! tapi itu la... nak cakap banyak pasal orang yang hina kerja orang lain ni aku malas la.... dia tentu ada ego dia sendiri menyebabkan dia jadi macam tu.... jadi sila sucikan hati anda sebelum menulis status atau komen anda di mana-mana ok... peringatan untuk diri sendiri jugak! teringat satu kisah masa a...

kursus bermula!

assalamualaikum semua, maaf tak dapat nak tulis entry semalam...ingat nak update pasal lawatan ke muzium coklat semalam tapi tak sempat... mungkin malam sikit ke baru aku boleh cerita... semalam ada 2 tempat menarik yang kami pergi tapi malam kang aku cerita ye... sekarang ni tengah berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat...lepas ni kang ada sambungan lagi....untuk setakat setengah hari ni aku cuma boleh rumuskan tak sia-sia shah cuti teman aku...sebab banyak yang dapat aku belajar setakat setengah hari ni... p/s mood tengah susah hati bila, call, sms, whatsapp shah tak dapat sejak dia hantar aku tadi...bang...tolong la call balik... tolong doakan jangan ada apa2 ye...

My Job

Salam sejahtera semua, i really love it.. p/s mesti korang tak nampak aku senyum kan?

Apa??? tarikh kursus ditunda???? adoiaiii...

salam sejahtera semua, baru terima call dari organiser kursus yang patutnya berlangsung minggu depan dan diberitahu kursus terpaksa ditangguhkan kerana penceramah tak dapat hadir minggu depan..... aku ada cerita kat entry ni homestay dan hotel di area bandar salak tinggi . bila tau je tarikh kena tukar...aku pun laju-laju terus call shah mintak dia tunda cuti dia... itu yang penting.... harapnya dapat la... pastu aku call pulak homestay, tanya boleh tukar tarikh ke tidak.... waaaaa..... kalut wooo aku jadinya.... panik sekejap.... mujur tak pengsan.... hikhikhik.... apa la ita panik semacam...masalah kecik je pun.... dan akhirnya...rezeki kami ada... tarikh homestay boleh anjak.....alhamdulillah..... cuma cuti shah je belum confirm lagi.... p/s sempat lagi tu fikir....ala tak dapat la nak gi MAHA 2012...sekali lagi miss.....hmmmmm.. ke nekad je bawak anak jejalan hujung minggu ni ke KL.....eh... bang.... ooo..bang....

Audit la pulak..

Salam sejahtera semua, hari ni aku bersiaran dari Jerantut ni...kena siapkan audit aset alih kat sini.... sangat letih ok...baru siap tak sampai 10% pun lagi ni...dah nama pun aset alih...memang beralih-alih la semuanya... banyak betul nak tulis report ni...waaa...mau berkajang-kajang... ni aku stop jap pam susu...dah berpinar mata tengok no siri dari pukul 9.30 pagi tadi... kami bertolak dari rumah pukul 7 pagi tadi...berhenti jap kat gambang kat Restoran Arab's Corner...makan nasi ulam...dulu aku pernah singgah sini tapi masa tu nama dia Warung Kita...bila aku tanya kat casher dia memang sah restoran masih sama cuma signboard je yang tukar pasal ada orang sponsor... komen aku pasal nasi ulam dia...sedaplah jugak pasal aku lapar tapi rasanya masa aku singgah dulu lagi sedap pasal ada rasa berangin sikit macam rasa bunga kantan...tapi kali ni takde rasa camtu...tapi harga dia murah...nasi ulam sekali dengan bergedil kentang cuma rm3 je... nak gi tapi taktau lokasi dia kat ma...

Tempat menarik dan tempat makan best di sekitar Nilai, Sepang dan Salak Tinggi

salam sejahtera semua, tengok tajuk best kan? asal cerita tempat menarik je.... atau tempat makan best je mesti ingat nak bercuti kan? yaaaa... keluargaku akan bercuti si samping nak temankan aku berkursus...waaa... aku kena kursus... diorang lepak-lepak je kan... sangat jeles ok bang... dan kami dah selesaikan masalah penginapan macam dalam entry homestay dan hotel area bandar salak tinggi ini... jadi penginapan dah selesai dan masanya nak cari tempat menarik yang boleh bawak anak-anak dan tempat makan yang best kami boleh pergi... korang yang ada idea boleh sumbangkan ok... ambik perhatian ini cuma tempat menarik dan tempat makan yang best di sekitar nilai, sepang dan salak tinggi je ye... jauh-jauh takut tak sempat nak pegi la... maklumlah aku ada kursus seharian... cuma ada lapang petang bawak ke malam je la.... p/s berangan nak bawak anak-anak jalan naik komuter... tak pun makan ice cream kat ice room kan? ;)