Cerita Ita: terengganu                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel terengganu

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Terengganu

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Terengganu assalamualaikum semua,  disebabkan ada permintaan jadinya kita sambung menyampaikan info dari Jakim mengenai Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018 bagi Negeri Terengganu pulak..  ZON 1 : Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018 bagi Negeri Terengganu ZON 2 : Besut dan Setiu Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018 bagi Negeri Terengganu ZON 3 : Hulu Terengganu  Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018 bagi Negeri Terengganu ZON 4 : Kemaman dan Dungun Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018 bagi Negeri Terengganu untuk Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa untuk negeri lain di dalam Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak boleh didapati dari sumber  JAKIM . Ceritaita

Banjir di Malaysia dan perjalanan yang panjang

assalamualaikum semua, sejak kelmarin hujan lebat dah bermula di Kuantan ni.. dan ada kawasan dah pun mula banjir.. aku bergerak ke Putrajaya masa tu.. dari Kuantan hujan tapi elok je sampai Sri Jaya masa tu dah agak cerah dan sepanjang jalan masih elok je hari sampai ke Putrajaya je baru hujan mula menitik petang tu.. air yang naik di jalan berdekatan rumah kami dan semalam aku habis mesyuarat dalam pukul 5 lebih setelah bermesyuarat sepanjang hari.. lepas tu disebabkan aku kena ikut satu lagi kenderaan untuk balik ke Kuantan, kami transit di Kajang untuk bertukar kenderaan.. lama jugak tersangkut kat lampu isyarat depan balai polis Kajang sebab lampu isyarat tu rosak.. lepas je dari bandar Kajang kami sangkut pulak di Cheras sampai ke MRR2.. fuh baru la rasa macamana orang KL hadap kesesakan hari-hari.. lemah lutut tau walau aku cuma duduk kat tempat duduk penumpang je.. tapi lepas je dari area Taman Melati dan Jalan Genting Kelang tu jalan dah ok sikit.. agak la...

Info Zoo Kemaman yang mesti tau !

assalamualaikum semua, disebabkan kemaruk demam Hari Keluarga di Zoo Kemaman masih belum abis lagi... dari Part 1 bersambung ke Part 2 dan sekarang kita cerita pasal Zoo Kemaman pulak ye... aku berhajat nak kongsikan apa yang ada di Zoo Kemaman ni sebenarnya... meh kita cerita serba sedikit info... di hadapan Zoo Kemaman  kalau nak tanya aku macamana nak pergi sebenarnya hari tu kami pun sesat... kuikui... dan dah sampai kat tengah bandar Chukai tu dah panik dah... mana nak hala... sebenarnya senang je tapi tah macamana boleh terlajak ke lain ntah... kalau ikut kenderaan pejabat masa buat kerja di Zoo Kemaman aritu kami ambik simpang betul-betul bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai... kalau korang dari bandar kira sekolah ni belah kiri korang dan korang terus ambik simpang kiri... lepas tu terus je... tapi aku nasihatkan korang guna je la waze atau google maps... macam aku aritu terpaksa guna GPS...hehehe... bila dah sampai tu parking Zoo ni terletak be...

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing, Johor

assalamualaikum semua, dah lama sebenarnya nak kongsikan pasal tempat best ni... tapi asyik la bila kami pegi je takde rezeki kedai ni bukak.. tapi kami memang dah sedia maklum yang keropok lekor dari kedai ni sedap... sedap gila la sampai kami bersungguh-sungguh nak pegi beli... dan selepas diduga beberapa kali dengan bermacam ujian...antaranya.... kami sampai dah lewat sangat...kami tiba mersing dah malam... kami sampai kedai tak bukak walaupun hari siang lagi... huhuhu.... inilah yang dinamakan rezeki kan? mesti korang pelik macamana aku boleh tau keropok kat kedai ni sedap sedangkan aku sendiri tak pernah berjaya beli lagi kan? hehehe... mesti la sebab aura keropok sedap tu memanggil-manggil... hahahah....sila jangan percaya yang tu... sebenarnya aku tau kedai ni dari adik aku la yang selalu beli kat kedai ni... kira regular customer la gitu....siap dia pesan lagi kalau nak beli jangan beli yang harga rm2 satu...beli yang rm1 je sebatang tu... bukan sebab harga dia lebih ...