Cerita Ita: sambutan hari lahir                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sambutan hari lahir

Selamat Hari Lahir yang ke 11 kakak!

Selamat Hari Lahir yang ke 11 kakak!  Selamat hari lahir kakak  11.12.22 Hari ni hari lahir kakak.  Assalamualaikum semua, kek belum beli lagi kita recycle je gambar kek yang kakak bawak masa sambutan hari jadi perdana kat sekolah baru ni.  Tengok kek ni aku rasa sedih. Sebab siapa yang rapat dengan aku pasti tau betapa aku menyampah dengan orang yang bazirkan makanan dan bermain-main dengan makanan.  Paling aku tak suka bila nak kenakan orang di harijadi guna tepung. Bukan dah tua ni je tak suka tapi dah lama dah tak suka. Sebab 1 beg tepung tu la bagi sambung nyawa kat aku waktu kat UPM dulu sampai jadi macam sekarang. Kawan-kawan yang rapat jugak tentu ingat betapa ita ni rajin buat cenkodok dulu-dulu.  Apa pun kebaikan yang kau buat atau nak sampaikan, bagi aku kalau kau bermain dengan makanan memang aku akan banned terus. Maaf aku takkan hormat orang begini. Banyak rancangan tv pun suka bermain dengan makanan sejak dulu. Tapi maaf aku takkan tengok....

Selamat hari lahir yang ke 8 kakak!

assalamualaikum semua,  nak jugak buat coretan sempena hari istimewa buat kakak husna.. sempena hari lahir kakak yang ke 8 tahun.. dah hujung tahun biasanya kakak husna cukup umur.. hehe.. nasib anak yang dilahirkan di bulan Disember gitulah.. sekali je rasa sambut dengan kawan-kawan sekolah.. tu pun masa duduk kat taska.. nanti nak buat sambutan kat pusat tuisyen dia je la ingatnya.. Selamat hari lahir yang ke 8 kakak! Selamat hari lahir yang 8 kakak!  asal sampai je hari lahir kakak setiap tahun mesti tengah musim tengkujuh.. tahun ni pun sama.. hujan je sepanjang bulan.. tahun lepas kami sambut di Kuala Lumpur dan tahun ni kami sambut hari lahir kakak husna di Johor Bahru pulak.. alhamdulillah ada je la kenangan di setiap negeri yang kami tinggal..  macam biasa.. cuba juga carikan kek untuk anak-anak.. tapi disebabkan baru pindah ke JB ni.. kedai kek pun tak tau lagi mana yang ok.. cuba je main terjah memana kedai kek murah sekitar Bandar Baru Uda tad...

Selamat hari lahir yang ke 7 Kakak!

assalamualaikum semua, nak cerita jugak walau dah terlewat sehari.. nak cerita pasal sambutan hari lahir kakak semalam.. alhamdulillah kakak syafiah atau kakak husna.. (dua-dua nama pun boleh sebut) dah genap 7 tahun semalam.. dah nak hujung tahun baru cukup umur dia.. gitulah setiap tahun..  Selamat Hari Lahir yang ke 7 kakak!  paling aku tak boleh lupa tau pada hari kelahiran kakak 7 tahun lepas.. memang dah agak maklum kalau hujung tahun je area pantai timur memang akan dilanda musim tengkujuh yang agak teruk.. sekarang ni pun baru je aku dengar pengumuman dalam radio mengenai amaran cuaca buruk berterusan di beberapa kawasan di pantai timur termasuklah Kuantan dari hari Selasa hingga Khamis ni..  ativiti potong kek.. ummi dengan baju keja lagi tu.. huhu pada 7 tahun lepas pun macam tu la jugak.. saat aku rasa sakit tu jam 11 malam.. makin kuat sebab aku masih susukan abg ngah waktu tu.. tapi bila shah dah tinggalkan aku duduk kat hospital ...

Sambutan Hari Lahir Kakak Husna pertama kali di sekolah

assalamualaikum semua,  semalam sekolah kakak husna ada buat jamuan akhir tahun.. jadi aku dengan shah rancang la nak bagi dia rasa ada sambutan kat sekolah dengan kawan-kawan.. bukan tak pernah sambut dengan kawan-kawan tapi sebelum ni cuma sambut kat transit je.. itu pun dah agak lama dah.. jadi bersempena tahun ni tahun akhir kakak kat tadika sebelum masuk sekolah rendah nak la bagi dia peluang sambut dengan kawan-kawan sekolah.. hari lahir kakak husna sebenarnya bulan depan.. 11.12.11.. tapi setiap kali nak tunggu tarikh yang betul mesti tak dapat nak sambut dengan kawan-kawan.. jadinya kami nak awalkan la sambutan ni.. Sambutan Hari Lahir Kakak Husna pertama kali di sekolah disebabkan rancangan kami agak mengejut kami cuma beli je kek kat memana kedai yang masih bukak malam kelmarin.. dalam keadaan hujan gerimis malam tu keluar jugak la nak carikan kek untuk kakak.. tapi bila sampai kedai kek tu, rancangan nak beli satu kek tetiba pulak berubah jadi dua kek.. dah ...

Sambutan Hari Lahir Abg Ngah

assalamualaikum semua, semalam secara rasminya kami meraikan hari lahir abg ngah macam yang aku dah janjikan dalam entri sebelum ni .. disebabkan semalam baru ada kesempatan nak belikan kek dan raikan sambutan hari lahir abg ngah.. semua ceria tunggu kek dipotong suka tengok muka dia ceria pun aku dah seronok sangat.. balik sekolah dah terlonjak-lonjak sukanya dia bila nampak aku keluarkan kotak kek.. siap jerit-jerit cakap, "Ini kek saya kan?".. tentunya dengan muka yang sangat ceria.. tak dapat nak gambarkan gembiranya abg ngah waktu tu..  nampak tak siapa yang pegang pisau kek? senang sangat sebenarnya nak bagi anak-anak rasa gembira macam ni.. kalau anak-anak kami ni la.. luangkan masa untuk memasak makanan kegemaran diorang pun diorang dah rasa sangat gembira.. lagilah kalau raikan diorang dalam majlis yang jarang sangat kami buat macam ni.. seronok muka masing-masing.. walau yang diraikan tu abg ngah tapi yang lain pun ikut gembira sangat.. ...

peti sejuk...

assalamualaikum semua, tak kira aku nak jugak menaip hari ni walau kerja aku menimbun... waaa... rindu blog wei... dah terlepas banyak cerita best nak cerita ni...kisah kami bergathering dengan kawan lama...kisah kami gi hari terbuka TLDM..kisah keluarga kami... hish macam-macam lah... yang lagi best terlepas kisah hari lahir 2 anak bujang kecik kami... insyaAllah akan ummi tulis entry khas ye nak... (moga ummi ada masa la nanti) hari ni nak cerita kisah peti sejuk...kisah ni berlaku beberapa hari yang lepas... jom mari baca dialog... kejadian di dalam kereta selepas menjemput ummi balik kerja.. ayah sedang isi minyak.. abg ngah : (menyanyi)...tanya sama pokok apa sebab goyang...nanti jawab pokok angin yang       goncang...tanya sama langit apa sebab hujan nanti jawab langit tanyalah awan...  kami dalam kereta tengah menghayati lagu yang dinyanyikan oleh abg ngah... abg ngah : awan nanti kata aku kandung air sampai PETI SEJUK.... abg long : eh...a...

Majlis Sambutan Hari lahir Kakak yang simple

assalamualaikum semua, hari ni kerja berlambak tapi tetap jugak nak tepek gambar sekitar majlis simple untuk kakak kat taska dia.. kalau ikutkan kesibukan ummi dia memang tak buat apa-apa la untuk hari lahir kakak...ditambah pulak dengan ketiadaan abang dia lagi dua orang tu.. ooo... aku lupa nak cerita.. abg long dan abg ngah dah kami tinggal kat kampung sejak kami balik bulan lepas... sibuk sangat masing-masing nak tinggal tapi... nanti aku cerita lagi ok.. kali ni entry khas untuk kakak husna... macam biasa kakak dah siap mandi dan pakai baju comel-comel nak ke sekolah.. tapi untuk hari jumaat lepas istimewa sikit sebab ada kek mengiringi... meh kita layan gambar... memula tu la tuan punya badan yang diraikan kan? malu-malu nak potong.. hahaha... comel kan? lepas tu gambar dengan adik hadi.. adik tetiba jadi entiti seram.. haha.. gambar dengan kawan-kawan... mata tetap fokus kat kek.. alahai sukanya orang nyanyikan lagu... dan last sekali gam...

Hadiah hari lahir yang sangat bermakna..

assalamualaikum semua, lama tak menulis...banyak sangat perkara yang nak ditulis tapi masih tak berjaya nak ditulis... aritu ada aku tulis post pasal sambutan hari lahir kan? kira cerita ni susulan la dari cerita aritu... berita hadiah hari lahir.... tahun ni hadiahnya sangat best... nak tau apa dia? hehehe... nenas kembar mak bukan nenas ni yang aku dapat sebagai hadiah hari lahir tu tapi ceritanya ada kaitan dengan nenas mak yang kembar ni..nanti la aku cerita kisahnya ok... alhamdulillah akhirnya aku akan berkongsi berita gembira ni buat semua pembaca... dan jugak mengharapkan doa dari semua terutamanya keluarga dan kawan-kawan agar semuanya selamat sehingga hari yang ditunggu itu tiba... ceh macam ucapan sebelum mendirikan rumahtangga je kan bunyinya... haha... inilah beritanya....tarra... ujian pengesan kehamilan... double line :) dan dengan ini jugak aku mengumumkan yang Koleksi CikTa terpaksa menghentikan pengambilan tempahan buat sementara wak...

Sambutan hari lahir dan Gold Coast Morib

assalamualaikum semua, pagi ni ada rasa sikit stress... jadi mari kita tulis satu entri dulu.. sebenarnya aku nak cerita pasal sambutan hari lahir aku yang 35 pada 3 Januari 2014 lepas... dan lama kan baru nak cerita?... jangan risau sebab ada cerita yang lagi lama pun aku akan tulis jugak sebab tak sempat nak update... dijadikan cerita kisah sambutan ni dibuat kat Gold Coast Morib.. sebabnya aku la yang berhajat... dari tahun lepas berangan... nak tempah waktu hari lahir aku tak kena pulak hujung minggu... nak tempah masa hari jadi shah pulak ada pulak program lain... ada je halangan dia... tapi setiap sesuatu tu ada hikmahnya.. mungkin halangan tu jadi sebab taknak kami terlibat dengan benda yang bahaya ke kan? nauzubillahiminzalik... jadi setelah dirancangkan sebulan sebelum tu aku dah sesiap booking dah... nak tempah senang je... korang boleh gi kat website dia... Gold Coast Morib pastu aku bukak la kat web tu check tarikh yang aku nak book tu... pastu korang klik k...

Akhirnya adik Husna potong kek!

assalamualaikum semua, curi masa dengan anak-anak untuk update blog.. sebenarnya nak cerita pasal kisah semalam.. semalam pagi aku berebut tunaikan janji pada diri sendiri nak buatkan kek yang besar sikit lepas kek yang buat sebelum ni... (sila selak post sebelum ni) tak berapa molek dan terlalu comel.. maka dengan gigihnya bangun awal pagi untuk buat kek adik...(dan abg-abg dia) dan akhirnya terjadilah kek berikut ni.... kek coklat kukus harilahir husna  kek coklat kukus harilahir husna  dan aku ada jugak buat kek yang comel-comel saiznya macam kat bawah ni... kek coklat kukus comel  konon yang comel panjang tu untuk makanan orang kat rumah tapi rasa tak sampai hati la pulak takut kat taska tak cukup je nanti.. sudahnya aku suruh je anak-anak bawak semuanya... maaf ye bang.. untuk kat rumah ita buat yang lain pulak ye bang.. dan aku siap pesan pulak kat cikgu dia... karang masa husna nak potong kek..mintak cikgu dia tolong ambikkan gambar ...