Doa buat Mangsa Gempa Bumi di Turkiye Doa buat Mangsa Gempa Bumi di Turkiye Assalamualaikum semua, salam takziah dan doa dikirimkan kepada semua mangsa gempa bumi di Turkiye. Aku baru je baca berita yang Turki atau Turkiye hari ni digegarkan dengan beberapa siri gempa bumi yang sangat kuat. Gambar bangunan sebelum runtuhan Gempa bumi ni bermula pada waktu sebelum subuh di sana dalam pukul 4.17 pagi Isnin (waktu tempatan), 9.17 pagi waktu Malaysia. Gempa dengan kekuatan 7.4 skala richter disusuli lebih 20 gegaran susulan dalam masa 24 jam ini, dengan kedalaman yang sangat cetek iaitu 10km. Lokasi gempa bumi di Turkiye Gempa bumi ini meruntuhkan banyak bangunan dalam sekelip mata. Beberapa gambar dan video dikongsikan di laman sosial menunjukkan betapa kuatnya kesan sesudah gempa bumi berlaku. Gempa bumi terkuat berlaku pada pukul 6.24 petang Waktu Malaysia dengan kekuatan 7.8 skala richter. Bangunan ketika runtuh runtuhan bangunan dalam sekelip mata Ada juga video...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.