Cerita Ita: ustaz                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ustaz

3 perkara yang selalu syaitan bisikkan untuk kita sibuk.

assalamualaikum semua, aku asyik la terlupa nak kongsikan ilmu yang aku dapat dari dengar Radio Nasional FM masa balik kampung baru ni.. masa tu aku sibuk nak siapkan pau untuk dijadikan makanan anak-anak serta adik-adik yang ada kat rumah mak..  Tazkirah jumaat sambil buat pau sambil dengar slot ceramah seorang ustaz di radio.. maaf ustaz.. saya selalu lupa nama orang.. dan sekarang ni saya terlupa pulak nama ustaz yang sampaikan ilmu berguna macam ni.. tapi saya masih tak boleh lupakan suara ustaz yang tegas menyampaikan isi ceramah tu.. insyaAllah akan ingat jugak apa isinya tanpa menulis ketika itu.. ustaz mengingatkan tentang hasutan dan bisikan syaitan.. katanya syaitan tak pernah berhenti dari memperdaya manusia.. ada saja jalan yang dicarinya.. antara usaha syaitan ini yang nyatanya ialah dia nak kita lupa pada perintah Allah s.w.t  dengan melalaikan kita dengan bermacam godaan.. dan kata ustaz lagi ada 3 perkara yang selalu disibukkan kita dal...

Entry blog yang sangat menyentuh hati...

assalamualaikum semua, baru tadi... terlintas di email... satu entry blog yang memang lama dah aku ikut...dari blogger yang memang amat kukagumi.. entry yang sangat menyentuh perasaan.... sedutan dari entry  "Buat baik selama-lamanya" “Dulu ustaz kata jika kita buat baik pasti dibalas baik, tetapi dalam realitinya kenapa tidak? “ Saya diam. “Saya dah lama buat baik tetapi sampai sekarang tidak dibalas baik.” Saya masih diam. Ibu  separuh umur itu saya lihat keletihan. Bukan letih badan tetapi perasaan… Raut wajahnya suram. Sinar matanya kelam. “Sampai bila saya nak buat baik?” asaknya lagi. “Sampai bila-bila,” jawab saya pendek. “Berapa lama?” tusuknya dengan soalan yang seakan sama. “Selama-lamanya, “ jawab saya dengan nada yang sama. “Saya kecewa. Budi tidak dibalas, kebaikan tidak dikenang.” “Oleh siapa?” tanya saya. baca seterusnya di SINI .. terima kasih ya ustaz.... p/s jauh sekali dengan pepatah melayu "Buat baik berpada-pada,...