Cerita Ita: runtuh                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel runtuh

Gambar Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh

assalamualaikum semua, pagi ni dikejutkan satu berita yang agak mengemparkan negara... berlaku pada jam 7.05 malam semalam.. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan runtuh... yang menyedihkan kerana ada korban nyawa yang terlibat... dikhabarkan 4 orang awam berkemungkinan maut kerana tertimbus di bawah runtuhan... setakat pagi ni belum ada lagi kenyataan rasmi mengenai mangsa... mujur ianya runtuh  sebelum digunakan... kalau tidak tentu akan lebih lagi korban nyawa...alhamdulilah.... semoga Allah permudahkan proses menyelamatkan mangsa...amin... Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh BAYAN LEPAS - Jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi. Menurut jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada ‘ramp’ di bawah kerja-kerja pembinaan pakej 3A yang sedang giat dijalankan. Beliau berkat...