Cerita Ita: sakit mata                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sakit mata

Akhirnya Berehatlah Ita!

Assalamualaikum semua, baru siang tadi aku cerita pasal Rozita sakit mata kan? Aku sebenarnya dari awal pagi tadi macam tak percaya yang aku kena sakit mata. Sebab macam tiba-tiba je malam semalam macam ada terasa ada benda kat mata sampai aku tak boleh nak bukak mata. Tiba-tiba hari ni eh kena sakit mata? Cari Ubat Sakit Mata Dari pagi aku tahan sampai ke tengahari aku dah tak tahan sangat dah. Rasa mata macam nak terkeluar dah rasanya. Aku pun buat keputusan yang aku kena juga keluar cari ubat untuk mata aku yang sakit ni. Mulanya rasa macam nak beli ubat sakit mata kat farmasi je tapi sudahnya aku teringat pulak benda yang aku baca pagi tadi. Apa pun ubat nak guna kenalah rujuk doktor dulu untuk lebih selamat.  Kurang-kurang kenalah tau keadaan mata kita tu macamana sebelum cari ubat kat mana-mana pun kan. Jadi aku pun teruslah ambik keputusan untuk pergi ke klinik. Antara klinik kat dalam kepala aku nak pergi ialah Klinik Kesihatan Mengkibol sebab aku suka servis kat situ. Dok...

Rozita Sakit Mata Pulak

Assalamualaikum semua, sejak malam tadi aku mula rasa sakit mata dan mata kiri rasa sangat tak selesa. Tengah berkira-kira samaada nak dapatkan rawatan ataupun tidak ni. Tapi mata memang rasa macam ada selaput dan kabur. Sebenarnya malam tadi dah nampak tanda-tanda nak kena sakit mata tu. Tapi aku abaikan dengan harapan esok boleh baik. Tapi nampaknya macam tak je ni. Tanda-tanda Sakit Mata Ni sempatlah aku cari tanda-tanda sakit mata yang ada kat internet. Antara sebab cari tanda-tanda ni ialah sebab nak tau serius ke tidak tanda sakit kat mata aku sendiri ni. Kalau tak serius, boleh la abaikan kan.. hehe.. janganlah marah.. aku bergurau je. Serius ke tidak bukan aku yang boleh tentukan tapi kena berjumpa dengan Doktor bertauliah dulu untuk nilaikan. Jomlah senaraikan tanda-tanda yang menunjukkan korang kena sakit mata: 1. Mata merah : Konjunktivitis adalah satu penyebab utama mata merah. Jika bahagian putih mata atau kelopak mata tampak merah atau bengkak, ini mungkin menunjukkan ada...

Kek Apam Susu

assalamualaikum semua, lama tak menulis..terkejar-kejar rasanya sekarang ni.. tahun ni abg long dah naik tahun 2.. abg ngah dan husna masing-masing dah 5 dan 4 tahun dan dah sama-sama masuk ke PASTI mulai tahun ni..tinggal adik hadi masih di pengasuh lama.. alhamdulillah setakat ni mereka semua serasi.. baru perasan rupanya entri pertama di tahun 2015 adalah entri wordless Wednesday.. hehe..maaf la ye..banyak yang nak ditulis tapi tak tertulis-tulis jugak.. ok kali ni kita share resepi kek yang jadi kegemaran anak-anak..sedap jugak kek ni kalau cicah dengan air kopi atau teh..ala-ala bahulu pun ada..macam resepi kek minyak jugak cuma takde baking powder dan minyak je dalam adunan.. Resepi Kek Apam Susu Bahan-bahannya: 1) 4 biji telur. 2) 1 sudu teh esen vanilla 3) 1 sudu besar ovalate 4) 1 cawan gula pasir 5) 4 sudu besar susu pekat 6) 2 cawan tepung gandum 7) Pewarna ikut suka Cara-caranya: - No 1 hingga 5 di blend hingga halus dan kembang. - Selepas itu masukkan t...