Cerita Ita: bayi                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bayi

Menyesal baru kenal Tasneem Naturel Balm!

assalamualaikum semua, ni aku nak ceritakan kejadian minggu lepas.. bila bungkusan berisi Tasneem Naturel Balm sampai ke tangan.. dijadikan cerita sebab banyak keja kat tempat kerja hari tu aku buat keputusan nak bukak kat rumah.. walaupun memang tak sabar sebenarnya nak bukak waktu tu.. aku pulak kalau jumpa balm apapun macam jadi habit mesti nak cium bau dia.. haa.. siapa sama macam aku? haha.. tak mengaku pulak dia.. Tasneem Naturel Balm eh sambung cerita.. bila dah sampai rumah apa lagi berebut la cari gunting nak tengok apa isi kat dalam kan.. di sini la bermulanya sebuah cerita.. hahaha.. macam biasalah drama kat rumah ni.. sambil dikerumuni oleh 4 orang pembantu cilik yang sama nak berebut pegang gunting.. pegang bungkusan.. huwaa.. macam apa dah aku tengok..  "Haa.. ini adik punya kan... kan ummi?", Adik Hadi bersuara.  "Ala.. ada banyak kan ni?  Akak nak satu la adik", Kakak Husna pulak berbunyi. "Habis tu abang punya mana?", A...

Jadual Imunisasi bagi Bayi di Malaysia

assalamualaikum semua, mesti pelik kan tetiba je aku melalut nak cerita pasal jadual imunisasi atau yang biasa kita panggil jadual vaksin untuk semua bayi yang lahir di Malaysia... sebenarnya sebab baru je lepas hantar adik hadi untuk vaksin terakhir untuk umur 24 bulan semalam... hehehe kalau diikutkan semua bayi di Malaysia perlu menjalani vaksinasi untuk memberi perlindungan yang diperlukan oleh bayi sepanjang hayatnya dari penyakit cegahan vaksin... namun ada juga pihak yang tak mau mengambil suntikan vaksin sebagai pencegahan kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan... dalam hal ni aku tak mau ulas panjang kerana semua orang berhak buat keputusan terbaik untuk anak mereka...  macam hadi semalam.. haha  ~ sumber google untuk aku sendiri, anak-anak aku memang aku hantar untuk mengikuti program imunisasi atau vaksinasi ni sejak lahir lagi... aku percaya dengan dengan kita berusaha memberi vaksin semoga Allah jauhkan penyakit yang tidak diingini... dan s...

50 Nama anak @ bayi popular di Malaysia tahun 2015

assalamualaikum semua, teringat dulu ada jugak pernah aku tulis entry yang sama macam ni..tapi TAHUN 2013 .. dan selepas 2 tahun dan menghampiri akhir tahun 2015 mari kita tengok nama anak @ bayi mana yang paling popular pada tahun ni...mungkin entry ni dapat membantu ibubapa yang sedang mencari nama sesuai bagi anak mereka yang sedang dilahirkan... Ini 25 nama popular bagi bayi lelaki Mohamed +0 Ahmad +2 Amar +0 Adam -2 Ethan last seen: 2010 Umar +4 Aqil -1 Danish +8 Izz new Aidan last seen: 2013 Aish +4 Jayden last seen: 2012 Abdul new Hud new Daniel -2 Noah new Lucas +5 Mikhail -11 Amsyar -11 Yusuf -9 Firash -9 Emir +3 Iman last seen: 2013 Dani new Amir new Ini pulak 25 nama popular bagi bayi perempuan Nor +0 Hannah +4 Aishah +0 Siti last seen: 2013 Zara -3 Puteri +6 Nurul +9 Sophia -3 Sara last seen: 2013 Dhia +0 Alya last seen: 2013 Nayla new Arianna +5 Keisha last seen: 2013 Ainul new Ayra new Alicia -13 ...

Piala Malaysia : Pahang vs JDT : Pahang Juara

semalam kecoh sana sini pasal bola.. dan aku tengok gak masa masa tambahan dan penalti tu.. pahang menang dengan penalti 5-3..tahniah pahang.. dan paling best pahang dapat cuti peristiwa untuk isnin ni..tapi aku pening sebab abg long ada peperiksaan esok..jadi ke tangguh la kan? anggap gitu je la... sibuk-sibuk orang cerita bola..ada kisah lain lagi...che ta atau rozita che wan selamat lahirkan anak yang sangat-sangat comel ok..tak pernah jumpa budak baru lahir comel gitu..kalau aku ngandung kompom nak tengok hari-hari gambo anak dia bg kenan..hahaha... tapi tengok si hadi comel ni pun dah cukup tenang dan bersyukur rasa hati..alhamdulillah.. p/s saya org johor tp secara jujurnya saya menyokong phg mlm ni..bukan kerana semangat kenegerian saya telah hilang..saya masih tetap dengan sambal kicap dan mee siput saya..cuma tak bape gemor dgn keegoan setengah org yg makin tinggi.. Majulah sukan untuk negara..

Madu untuk bayi?

assalamualaikum semua, hari ni aku terbaca email yang menarik... post terkini dari Dr. Zubaidi... seorang pengamal perubatan yang aku start ikut penulisannya mulai tahun lepas... itu pun setelah terbaca satu artikelnya mengenai masalah sembelit bagi anak kecil.. penulisannya amat menarik dan dapat memberi presepsi yang perubatan itu sangat mudah... hari ni ada satu artikel yang sangat menarik... Madu untuk bayi? sebenarnya aku sendiri pernah rasa was-was nak bagi anak-anak minum madu... bukan tak percaya pada makanan Nabi S.A.W. cuma tak percaya cara pembuatannya di zaman sekarang ni... selalunya aku akan bagi bila dah dicampurkan dengan air... dan dalam artikel doktor zubaidi ni ada menyebut tentang perkara ni... nak baca lanjut boleh klik kat sini.. Madu Untuk Bayi? p/s hari ni dan esok ada kursus.... mata mengantuk.. anak-anak masih tak sihat... mungkin boleh cuba dengan madu juga...

Akhirnya pembantu rumah tu kena penjara 20 tahun..setimpal ke?

assalamualaikum semua, sejak dari minggu lepas cerita pasal pembantu rumah yang lambung bayi berumur 4 bulan tu hangat di mana-mana... sampai hati aku pun hangat je tengok video tu.... tak terbayang anak yang masih kecil dan comel tu dibanting-banting macam tu je dengan pembantu rumah.... selalu kita dengar pembantu rumah nak majikan melayan mereka dengan baik tapi nampaknya kali ni Allah dah tunjuk... diorang yang tak layan anak majikan seperti manusia... huh! aku memang tak caya langsung dengan pembantu rumah... kat taska yang ramai-ramai pun masih ada kes dera...inikan pulak dia duduk sesorang dengan anak kita je kan? korang baca je la petikan BERNAMA kat bawah ni... Pembantu Rumah Dera Bayi Dipenjara Sejumlah 20 Tahun KUANTAN, 19 Feb (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jum...

oooo...ini rupanya kisahnya....

assalamualaikum semua, semalam pagi masa perjalan ke tempat kerja kami ada dengar bunyi helikopter nak mendarat kat area padang MPK dekat dengan kuil... padang MPK berapa ye tu? aku pun tak ingat... banyak sangat padang MPK.. hihi... yang ni padang yang berhadapan dengan bangunan Telekom Kuantan tu... jadi sambil lalu tu aku ada ambil gambar.... nampak la jugak ambulan tengah menunggu kat bawah tu... aku jangkakan ada orang yang dalam helikopter tu yang nak dibawah ke hospital.... dalam hati terdetik jugak kenapa helikopter Maritim ye? ke ada kes di laut? helikopter maritim   nampak tak ambulan dah ready tu?   hari ni baca berita baru tau kisah sebenarnya... ada bayi berumur 1 bulan yang menghidapi sakit jantung dibawa dengan bantuan pasukan Maritim dari Pulau Tioman ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan... alhamdulillah urusan memindahkan bayi tu berjalan lancar... nak baca cerita lanjut boleh gi kat bawah ni... KUANTAN: The Malaysian Maritime Enforcemen...

The First Year bottle bagi masalah tersedak susu dan keliru puting

salam semua, lagi entry pasal botol susu ni... sebenarnya entry aku nak tulis selepas terbaca lagi satu berita bayi tersedak susu hujung bulan lepas... tapi tak sempat je nak karang entry... jadi aku luangkan masa kejap waktu rehat ni untuk menulis... dulu aku pernah tulis kat SINI pasal botol ni jugak tapi tak tulis pasal detail dia la... tetiba bulan lepas aku terpromosi kat kawan opis yang tengah mengandung pasal botol ni... terus cerita dengan dia macamana botol ni berfungsi.. sekali aku pun ambik gambar la jugak.... meh kita layan gambar pulak ye... botol dia aku beli dalam pek yang starter punya tu... lebih jimat dari beli botol satu-satu.. tapi ikut la sebenarnya tak perlu pun.. adik husna dah 8 bulan satu botol je pun guna sekarang ni... ingat lepas raya ni aku tukar botol baru la...macam dah uzur je aku tengok botol dia yang dia guna sekarang ni... eh ok kita cerita balik pasal botol The First Year ni.... botol ni ada 2 lapis puting macam gambar di bawah ni....

ada je lagi yg tak cukup....

salam semua, hari ni aku letih je rasa... mata macam nak tertutup je dah ni... semalam kami balik dari kenduri dah pukul 11.30 malam sampai kat rumah... kemas2 rumah sikit, masuk baju dalam mesin lagi.. semua benda kena buat dah dekat pukul 1 pagi baru boleh tidur.... hari ni hari last berulang untuk kenduri... alhamdulillah lepas ni balik kerja boleh rehat kat rumah je...aku kalau tengah badan sihat tak la berkira sangat tapi ni tengah sarat2 ni... betul2 tak larat je rasa.... kat rumah kenduri pulak kalau tak tolong2 tak patut la pulak kan... lagi pulak perut aku yang tak menampakkan yang aku dah sarat bersalin ni... ini la masalah kalau mengandung perut kecik... semua keutamaan untuk orang mengandung jarang dapat... aku masih boleh pakai baju kurung biasa dan perut pun cuma nampak macam orang mengandung 6 bulan je... bila aku cakap due bulan depan semua orang buat muka tak percaya... hmmm... nak buat macamana kan? nasib badan la... tadi pagi aku dah siap selongkar baju2 lama a...

diorang ni gila ke apa?

salam semua, maaf la kalau entry pepagi ni macam tak best je tajuk dia.... aku marah yang amat sebenarnya.... itu pun lepas baca berita macam ni di pagi Jumaat yang amat mulia ni.... korang tengok sendiri la apa yang aku maksudkan.... 73 bayi dibuang dalam tempoh lapan bulan... gila ke? 8 bulan tu sama baya dengan anak aku kat dalam perut ni haaa..... dah 73 bayi dibuang... ingat anak berudu ke... main buang2 je camtu.... hish... rasa darah ni panas mendidih baca berita ni.... jom tenangkan hati baca yassin di pagi jumaat ni....

sedih la..

salam semua, baru je ingat nak rehat2 kejap sambil lelap2 mata ke.... tapi singgah kat blog lulu tadi baca cerita sedih pasal orang buang anak lagi.... alahai... diorang ni dah tak rasa apa dah kot... adik ipar aku dah kawin dari tahun 2008 lagi masih tak de rezeki nak menimang anak... kalau dia baca berita camni mesti dia sedih.... baru ni pun dia ada cakap sesuatu kat aku dgn shah.... kata dia " kak, kalau kak tau ada sesiapa nak bagi budak baru lahir kat orang kak cakap kat ya boleh?" alahai dik.... camne akak nak tolong dik.... aku cuma jawab insyallah... tapi aku nak tanya kat sapa? ni la salah satu sebab aku tak mau bagitau pasal kandungan kali ni kat family... di sebalik kegembiraan kita pasti ada duka pada orang lain... maaf kalau entry aku semalam ada menyinggung kawan2 juga secara tak sedar... jadi kalau antara korang2 yang tau ada orang yang nak bagi bayi baru lahir untuk dibagi terus bagitau kat aku k... kalau tak mau bagitau kat sini pun tak pe leh ema...