Cerita Ita: doa untuk anak                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel doa untuk anak

Penagih dadah "dilahir" setiap jam di Malaysia

assalamualaikum semua,  dah 2 hari aku berada di luar kawasan dari kuantan... rindu dengan semua yang berada di sana... terlebih rindu dengan anak-anak... dan suami jugak... hehe...  tadi terbaca suratkhabar menunggu di ruangan lobi hotel... ada berita yang agak mengejutkan dan menakutkan aku terbaca... merisaukan pun ada... cerita pasal penagih dadah... hmmm... sedih nak ulas tapi ini la hakikat... penagih dadah bertambah seorang dalam sejam... Ye sejam tau bukan sehari... jika begitu bayangkan dalam setahun... 2 tahun? berapa ramai penagih dadah yang ada berbanding dengan penghafal al-quran yang kita ada ?  Penagih dadah dilahir setiap sejam ~ sumber Utusan Malaysia ~ Dan statistik ini jugak menunjukkan melayu adalah bangsa tertinggi melahirkan penagih dadah dalam Malaysia ni.... ujian bagi kami ibu bapa di zaman ini... sangat menakutkan untuk hadapi zaman anak-anak akan membesar dan akhirnya hidup sendiri suatu masa nanti... adakah kami cukup kuat...

Selamat Hari Lahir ke 3 buat Puteriku

assalamualaikum semua, pada hari yang sama 3 tahun dulu aku melahirkan seorang cahayamata yang sangat tak disangka-sangka kehadirannya... Tanggal 11.12.11 menjadi sejarah.. ceewah... DI SINI ada ceritanya.. kemudian dari tu disusuli dengan kisah-kisah di hospital yang sangat mengerikan seperti KISAH HOSPITAL 1 , KISAH HOSPITAL 2 , KISAH HOSPITAL 3 , KISAH HOSPITAL 4 , KISAH HOSPITAL 5 , DAN KISAH HOSPITAL 6 .... aku berdoa semoga janganlah kejadian macam tu berulang lagi dalam keluarga kami..aku tak cukup kuat... hari ini Nur Syafiah Husna atau yang kami pernah panggil adik nur dan adik husna dan sekarang dah bergelar Kakak Husna dah genap 3 tahun..alhamdulillah... semoga satu-satunya puteri permata hati ummi dan ayah ni akan terus sihat dan membesar menjadi anak yang solehah...amin.. gambar kredit to cikgu taska.. tq kak da.. hasil kreativiti kakak :) cek mek dengan gelang serabut kat tangan.. p/s ummi lupa nak buat kek kakak..malam ni ye nak..esok ...

Exam bermula!

assalamualaikum semua, hari ni abg long hadapi exam hari pertama...keliru dia baca jadual exam untuk hari selasa tapi aku suruh dia baca untuk hari isnin..alahai anak...bape kali nak kena ulang..kan cuti semalam? semalam aku tanya dia.. aku : abg long .. rasanya boleh tak jawab soalan esok ni ? abg long : entahlah ummi .. saya tak tau .. aku : kalau soalan susah macamana ? abg long : entahlah ummi .. saya tak tau la ... aku : ....( manjang tak taunya ) pastu pagi tadi ada lagi.. abg long : ummi .. hari ni ada bahasa inggeris la .. aku : ye la petang .. abg long : saya tak pandai la bahasa inggeris aku : abis tu rasanya boleh jawab tak ni ? abg long : entahlah saya tak tau ... saya cuba je la .. aku : cuba je la .. patut aku sambung ayat tu..tapi aku tak sambung sebab sibuk bercakap dengan abg ngah pulak tadi..alahai anak..harapnya jangan la lunturkan semangat dia hari ni... ummi sentiasa doakan yang terbaik un...

Wordless Wednesday # 68

assalamualaikum semua, p/s adik dah ada nama...dah siap daftar pun..semoga permulaan yg baik utk hidup adik..amin..

10 kanak-kanak yang patut kita lihat

assalamualaikum semua, anda tengah mencari-cari semangat bekerja seperti saya? meh baca entry ni sampai habis ye... 10 kanak-kanak yang patut kita lihat 1. Kanak-kanak yang bekerja di kilang bata selama 12 jam sehari....   Zhang Qianqian a young girl in Guizou City who works 12 hours a day in a brick factory 2. Kanak-kanak yang bekerja di ladang kapas, perlu mengumpulkan 80kg kapas sehari...   Rustam working in the cotton field We sleep and eat directly on the floor. They give us some bread and sugar in the morning and a meagre soup in the evening. We have to work endless hours until we harvest 80 kilograms of cotton every day! 3. Kanak-kanak yang terpaksa mengais sampah sarap untuk membantu keluarga...   Most of the families in Payatas choose not to send their kids to school due to lack of finances. Instead, they let their kids help them scavenging to add to their family income. An individual only gets 50 to 100 pesos a day about $...

Perkembangan anak-anak

assalamualaikum semua, pagi ni lepas hantar abg long ke sekolah kami pusing ke klinik desa kg. kempadang.. sebabnya pagi ni kena hantar adik husna untuk imunisasi terakhir dia dan abg ngah juga untuk timbang berat dia... kami sampai kat klinik jam 8.15 pagi...mujur orang tak ramai...cuma ada orang check up untuk ibu mengandung je..untuk bayi cuma ada sorang tak termasuk kami.. memula aku hantar abg ngah untuk timbang tapi memang dengan susah payahnya baru aku dapat pujuk dia naik penimbang... lepas timbang abg ngah bawak dia semula kat area bayi dan kanak-kanak..masa ni shah dah siap tolong timbangkan adik husna dan tengah ukur tinggi dia pulak... selesai semuanya...prosedur last sekali baru la cucuk adik...alhamdulillah adik tenang je dan tak menangis..lega... tapi siap la..masuk je kereta..pusing kat ummi terus... "te....tek..."... hahaha..sabor je la.. sampai je pintu pagar taska adik husna dah lelap dah.. tapi yang buat real drama tadi bukannya adik tapi abg nga...

Selamat Hari Lahir Sayang...

assalamualaikum semua, hari ni simptom tangan menggigil dan debar makin kuat terasa... sebabnya ada sebeban keputusan kes yang perlu diselesaikan dan dijawab pada penghantar kes di atas meja aku ni... ditambah pulak dengan terpaksa mengganti rakan setugas yang terpaksa bercuti mengejut.... alhamdulillah...aku tak marah dengan rakan tu sebab dia pun tak sengaja nak ambik cuti tapi tekanan yang aku rasa makin bertambah-tambah rasanya bila terpaksa kena jadi pegawai bertugas pulak... minda dah tertekan awal-awal pagi bila terima sms... aduhai... semalam memang aku tidur tak bape lena... abg ngah sakit perut dan jam 5.30 pagi dah bangun nak buang air besar... pecah rekod hari ni aku mandikan abg ngah jam 6 pagi... selalunya dialah orang paling lambat dalam rumah untuk mandi pagi...macam-macam helah nak ajak dan pujuk dia mandi pagi... teringat peristiwa 3 tahun yang lepas.... abg long di rumah sewa lama kami..    masa tu kami masih menyewa rumah di Kampung Kemp...

Doa untuk anak yang nakal

salam sejahtera semua, DOA Untuk Anak Nakal dan Hyper by  LayarMinda  on Tuesday, 23 November 2010 at 23:57 · Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak. 1. Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kekepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur. 2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah. 3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5. Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali - "YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU  LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI"   dan hembuskan ...

doa untuk anak

salam semua, selamat petang jumaat.... dah nak abis seminggu keja dah... minggu ni minggu main kejar-kejar dengan masa... wah... macam cepat sangat masa bergerak kan? aku nak kongsi satu benda dengan korang ni... benda ni aku ceduk masa aku gi kursus tafsir surah an-nisa' minggu lepas... ustazah tu tanya apa yang selalu kita doakan untuk anak2 kita? semua orang diam.... ada jugak yang sebut doa supaya anak jadi soleh dan solehah.... ustazah tu kata selalu orang doakan macam tu dan ditambah lagi kita doa dapat keputusan periksa baik dan kerja yang baik.... dia tambah... kenapa tak kita doakan supaya anak2 kita terdiri dari keturunan alim ulamak? bukankah alim ulamak itu pewaris Nabi? pastu dia tambah lagi.... kita selalu doakan jodoh yang baik untuk anak2 bila dia dah besar dan dah ada pakwe pun agaknya... kenapa kita tak doakan jodoh yang baik untuk anak2 kita sejak dia belum akil baligh lagi..... aku pun terpikir.... ye la... kenapa aku tak pernah terpikir macam ...