assalamualaikum semua, dah habis dah bulan raya aldilfitri tapi aku baru ada masa nak ceritakan pasal sambutan hari raya.. apa nak buat.. tak terkejar masa yang ada.. walau Allah bagi semua manusia sama rata 24 jam.. tapi pembahagiannya selalu tersasar dari landasan yang betul.. kadang-kala timbul rasa cemburu dengan orang yang dapat membahagikan masa antara dunia dan akhirat dengan baik.. bila agaknya aku dapat kecapi macam tu.. eh melalut dah kita.. meh la kita cerita kisah pasal sambutan hari raya SK Kempadang bersama komuniti ya.. Sambutan hari raya SK Kempadang bersama komuniti seingat aku ini kali kedua aku sertai sambutan hari raya di sekolah anak ni.. memang meriah setiap kali.. dan pelbagai makanan disediakan dari sumbangan semua orang yang diusahakan oleh guru-gurunya.. kagum dengan semangat guru yang rajin bagi memastikan majlis berjalan lancar.. ada bermacam jenis juada yang dihidangkan hari tu.. sampai rambang mata kami jadinya.. penyudahnya nak-anak banyak ...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.