Cerita Ita: jpa                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jpa

Menggamit Kenangan EDP 79 NHI Korea : Hari Ketiga

assalamualaikum semua, mari kita sambung kisah EDP Korea untuk hari yang ketiga.. kalau ikutkan keseluruhan program EDP ni adalah selama 15 hari termasuk hari pergi dan balik.. dan hari ketiga yang aku maksudkan ialah merupakan hari kedua kami di Korea setelah hari pertama kami sampai tu kami selamat melawat Pulau Nami yang indah .. dan hari ketiga ni merupakan hari pertama program bermula secara rasminya di National Human Resource Institute (NHI) di Korea ni..  Hari Pertama kursus EDP bermula walaupun kalau ikutkan program ni dah lama berlalu.. dah masuk 2 bulan dah pun tapi aku masih terkenang-kenang.. ye la bukan selalu pun dapat rezeki ke negara orang.. dapat ditaja pulak tu.. syukur yang teramat sampai ke hari ni dan perasaan masih tak percaya pun masih ada.. NHI Korea meh kita cerita serba sedikit pasal NHI ni, apa dia NHI ni sebenarnya dan apa yang diorang buat kat sini? haa.. sebenarnya NHI ni asalnya diberi nama COTI iaitu Central Official Train...

Misi menghantar laporan selesai!

Assalamualaikum semua, alhamdulillah semalam selesai la misi aku menghantar laporan ke JPA dan jugak HQ DVS.. lega dah beban dah selesai.. akhirnya.. dan hari ni aku dah mula bercuti dah pun.. Laporan EDP 2017 meh aku ceritakan kisah perjalanan kami semalam.. awalnya kami bergerak dari Kuantan jam 7 pagi.. kami singgah bersarapan di Restoran Zaman.. sempat la aku makan nasi lemak yang sangat popular di restoran ni.. tapi penuh ranjau tau nak makan sebungkus nasi lemak je pun.. hahaha.. nanti la aku ceritakan kisahnya.. lepas makan sarapan kami teruskan perjalanan dan kami singgah berhenti rehat untuk buang air, rehatkan badan pemandu sekejap dan jugak rehatkan kenderaan yang kami naik tu di R&R Genting Sempah.. maklum la kami naik kereta yang berusia lebih 20 tahun.. uzur sangat dah kereta Pajero tu nak mendaki Lebuhraya Karak selepas tu..  ubi keledek jepun kukus sempat la aku singgah beli ubi keledek jepun yang manis kat tepi Hentian Rehat...

Menggamit Kenangan EDP 79 NHI Korea : Hari Pertama

Menggamit Kenangan EDP 79 NHI Korea : Hari Pertama assalamualaikum semua, hari ni aku nak mula menulis pengalaman kami ketika mengikuti kursus Executive Development Program atau panggilan pendeknya ialah EDP.. kalau dulu dipanggil COTI dan baru je diubah menjadi EDP dalam 2 tahun kebelakangan ni rasanya..  bergambar dengan peserta lain EDP79 kalau diikutkan jadual kami akan bermula pada 17 Julai 2017 atau 17.07.17 cantik kan tarikh tu? hehe.. sempat lagi.. tapi kami dijadualkan untuk bergerak lebih awal dari tarikh bermulanya kursus.. dan jadual penerbangan adalah pada 15.07.17 iaitu 2 hari lebih awal dari jadual sebenar.. berkenalan buat kali pertama pada pertemuan pertama pada 7/6/17 dan pertemuan kedua pada  di Bangunan JPA, Putrajaya menampakkan kesemua peserta adalah mereka yang benar-benar terpilih dan mempunyai kerjasama yang baik.. tengok je la gambar kami kat atas tu.. yang tu gambar pada pertemuan kedua, yang bawah ni pada pertemuan pertama.. berg...