Cerita Ita: kurma                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kurma

mesyuarat ke pesta membeli ni?

assalamualaikum semua, hari ni aku berada di wisma belia kuantan sebab ada mesyuarat agong puspanita negeri pahang.. disebabkan pemimpin kami orang yang berjiwa berniaga dan kami pun menyokong sepenuhnya idea beliau nak mendapat duit saku puspanita jabatan kami...maka kami di sini bagi menjaga booth jualan kami.... kami jual apa tau? kami jual kurma, aprikot kering, jus delima, minyak zaitun, madu, cuka epal dan cuka kurma pun ada...kami jual murah-murah je pun...dari harga rm5 hingga rm35 eh ni nak gi mesyuarat agong ke apa ni? hihi... meh layan gambar pesta jualan sebelum masuk ke mesyuarat pagi tadi... nasib baik tak bawak duit banyak...banyaknya makanan sedap-sedap nak diborong...serbuk kunyit pun diorang ada jual ko.... p/s mesyuarat puspanita tapi ada gak lelaki menyelit sekali....apa daaa...bagi la can kat orang perempuan ni satu hari buat diorang...

Kedai Kurma di Kuantan

salam sejahtera semua, pagi ni korang sihat? nak cerita apa pagi ni ye? pagi ni ada meeting pukul 9 pagi kang... sementara tu aku tulis entry ni dulu ye... aku suka kurma, kalau bukan bulan puasa pun aku memang suka makan kurma.... bersyukur sangat zaman sekarang ni tak macam dulu-dulu yang hanya kita jumpa kurma masa bulan puasa aje... sekarang bila-bila pun dah ada jual kurma.... kalau kat kuantan ni ada 2 kedai besar yang jual kurma ni... satu kat Pasar Kurma kat Jalan Beserah... bagi yang tak tau lokasi kedai ni cuba cari Pasaraya Tunas Manja Jalan Beserah.... dia sederet dengan Tunas Manja dan Kedai Kereta Mercedes... satu lagi kedai ialah Hamid Bros kat Jalan Mahkota... Kedai ni sederet dengan kedai-kedai kain sebelum Jalan Bank...senang je nak cari.... kalau ikut kami sekeluarga suka pergi kedai Hamid Bros lagi dari kedai Pasar Kurma pasal harga dia jauh berbeza... kalau kat Pasar Kurma ada macam-macam jenis dari yang murah sampai mahal... ada...