Cerita Ita: durian                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel durian

Musim Raja Buah Tiba

  Musim Durian Datang Lagi Assalamualaikum semua, bila sebut nama raja buah nan satu ni aku rasa tentu ramai peminat dia kan? Aku? Jangan tanya la.. dalam sejarah siap pernah kena demam mabuk durian masa kecik dulu. Lepas tu aku puasa 2 tahun jugak kot baru makan semula. Durian Yang Sedap Kalau tanya peminat durian macam aku, semua durian la sedap. Tapi apa sebenarnya yang jadikan durian ni sedap? Ada banyak pendapat, tapi dia lebih pada tekak masing-masing la. Ada yang suka durian yang rasanya agak ringan, manis ada rasa pahit-pahit sikit di hujungnya. Ada yang suka durian yang berlemak dan rasa macam berkrim macam makan aiskrim. Durian Untuk 'Newbie' Keluarga kecik kami ada 2 orang yang tak berapa gemar durian. 2 orang tu ialah Abg Long dan Abg Ngah. Kalau diorang makan pun biasanya bila aku paksa la. Jadi aku tau jugak cara nak pikat orang yang tak suka durian tapi kemudiannya boleh makan. Ini terpakai untuk anak-anak aku je la, orang lain aku taktau ya. Kalau anak aku berdu...

Buah Mata Kucing kegemaran kami

assalamualaikum semua, semalam baru je lepas tengok orang post gambar pasal pesta durian kat JB.. masa dibuat pesta tu pulak tarikh dijangka aku akan balik dari perjalanan jauh.. memang tak merasa la jawabnya.. bestnya kalau dapat pergi.. aku memang dikirakan hantu durian.. pernah dulu mabuk-mabuk sebab terlampau banyak makan durian.. haha.. tapi disebabkan durian payah nak cari kat sini dan agak mahal jadi kami beli mata kucing la sebagai ganti.. buah mata kucing kegemaran kami walaupun sebenarnya kejadian buah mata kucing dengan durian sangatlah tak sama tak ianya jugak dari kelompok buah-buhan tempatan yang tetap menjadi kegilaan ramai.. termasuk kami sekeluarga.. dan semalam kami sempat la singgah balik dari beli pasir untuk kucing kesayangan kami kat rumah tu.. ada ternampak pulak orang jual buah kat tepi jalan.. orang tu jual buah mata kucing dengan buah manggis.. lokasinya betul-betul berhadapan dengan Hospital KPJ Tanjung Lumpur tapi di seberang jalan yang menghala...

Road to MAHA Zon Timur

Assalamualaikum semua, semoga semua orang sihat pagi ni hendaknya... aku nak cerita pasal Road to Maha Zon Timur yang aku berpeluang pergi pada hari pertama perasmiannya Jumaat baru ni...  sebenarnya aku pergi atas sebab jadi eskot untuk bos aku je yang dijemput hadir untuk majlis perasmian tu...  disebabkan hari tu hari Jumaat, jadi kami bergerak dari pejabat selepas solat Jumaat... Sampai je sana dah lebih kurang jam 3 lebih dan perasmian dah bermula... jalan dah mula sesak dengan kenderaan yang mula berkunjung ke Road to Maha Zon Timur ni... orang sanggup berjalan dari tempat letak kereta yang agak jauh dan kaki jauh dari pintu masuk semata-mata nak berkunjung ke pameran yang julung kali diadakan ini... sebenarnya ada kenderaan disediakan iaitu tram untuk pengangkutan pengunjung ke tapak pameran... itupun kalau korang meletak kereta di kawasan yang memang disediakan khas buat pengunjung...tak pasti pulak aku macamana penyelarasan tram ni... yang past...

Durian dan anak-anak

assalamualaikum semua, waktu balik kampung minggu lepas merupakan masa yang agak tepat bagi kami... nak tau pasal apa? sebenarnya sebelum tu adik aku dah sibuk-sibuk hantar gambar durian abah kat dalam facebook... terliurnya bila tengok... maklumlah durian yang segar baru gugur... jauh beza dengan durian yang kami beli sebelum ni... dan kami sebenarnya dah berkira-kira bila la boleh balik nak merasa durian yang abah tanam tu.... bukan la durian mahal pun sebenarnya tapi cukuplah aku kata rasanya tu boleh buat kami teringat-ingat... durian tepi kolam abah bila ada pokok durian di rumah kita ni feel dia lain sikit dari ko pergi beli durian dan makan tu... walau durian yang mahal beribu pun... pada aku la...keseronokannya tu lain... kepuasan menikmatinya pun lain...  mengintai dari celah dahan yang ni pun tak berapa clear buah abah tahun ni tak la banyak sangat... dan tak jugak sikit sangat... cukuplah untuk menampung keluarga abah yang semuanya kaki...

Makan durian punya cerita

assalamualaikum semua, dah beberapa hari ni aku rasa macam agak stress tau.... bila tengok facebook je rasa stress... bila tengok instagram je pun rasa stress... nak tau kenapa?  PASAL DURIAN ! durian dan lebih hangat lagi hati ni bila si adik bongsu aku upload pulak gambar durian dalam facebook... huwaaaa... durian abah paling sedap pulak tu.....mesti korang cakap... eleh pasal durian je pun... alahai korang tak tau betapa durian tu memberi erti besar dalam hidup aku tau... pasal durian la aku pernah demam-demam tau... itu pun sebab makan durian tak boleh berhenti... hahaha... aku memang hantu durian... sekian... mujur la aku ni dah berkahwin... kalau aku ni bujang aku rasa aku jenis yang sanggup je redah memana tempat yang orang kata ada jual durian yang berbaloi... terutama yang boleh makan stail buffet tu kan... kau bayar je sekali dan kau makan la banyak mana pun korang nak... fuh....  isi durian yang kami beli... oklah kan? ok nak dijadikan ce...

Wordless Wednesday # 37

assalamualaikum semua, entri pertama selepas bercuti panjang dari blog.... ada durian dalam durian ;)  p/s esok-esok kalau free aku update lagi ye....huaaaa... nak pitam dah ni...

durian

assalamualaikum semua, sunyi kan semalam..? aku gi tangkak melawat adik aku kat sana. saja berjalan-jalan ke tangkak sebab dah lama sangat tak jumpa adik aku tu....last jumpa masa acik aku kahwin je hari tu....pastu time dia balik aku tak balik..time aku balik dia pulak tak balik...payah nak bertembung muka....akhirnya bila shah kata nak gi tengok adik semalam lega hati aku....anak-anak pun dah rindu dengan moksu diorang.... tapi bukan pasal tangkak yang aku nak cerita ni...pasal gambar bawah ni haaaa... gambar husna sibuk nak kopek durian jugak....dia tengok kami tekan kulit durian tu...dia pun nak ikut macamana kami buat....sebabnya dia memang suka betul durian ni...kalau ayah dia nak bukak durian...dia yang ada dulu depan mata...hihi... p/s kami baru sampai dr kampung...mata aku tak berapa larat arrr nak bukak...

Alhamdulillah...kami sekeluarga dalam mood sakit..

Salam sejahtera semua, semalam takde entry mampu ku tulis.... buat pengetahuan semua kami balik kampung hari jumaat lepas..sebelum kami balik memang anak-anak dah kena demam selsema.... sampai je kat kampung, shah pulak kena demam panas sampai mengigil hari sabtu tu... bila shah baik je...aku pulak kena demam selsema...petang semalam..bergulung aku dalam selimut...dalam kereta masa nalik sini semalam pun sama...berpeluh pulak adik husna duduk kat ummi dia...malam tadi masa tidur pun aku suruh shah bungkus aku dengan toto...sejuk sampai ke tulang rasanya.. kononnya balik kampung nak pulun durian kat umah abah tapi durian yang 2 biji tergolek-golek tu pun tak larat nak makan...berangan pulak tu nak buat durian crepe nak bagi mak rasa..tapi suami tersayangku tu dah sakit...kira terkubur je la hasrat... hari ni nak angkat kepala pun macam tak larat je dah ni....tapi disebabkan banyak tanggungjawab kena selesaikan...aku gagahkan juga.... p/s tekak pun rasa tawar je dah ni...ada cadan...

MAHA 2012 ke balik kampung?

salam sejahtera semua, 'aku yang masih... di hentian hidup ini....... di mana berakhirnya perjalananku ini......esok dan lusa bukanlah milikku.....aku setia hanya padaMu....oh Tuhanku...' aduh terlayan lagu Ramli Sarip la pulak.... korang rasa mana aku patut pergi? Pergi MAHA 2012 ke gi balik kampung jumpa orang tua aku sambil meraikan musim durian? mana bunyi lagi best? Kalau gi MAHA macam best gak pasal tak pernah pergi sejak dia pindah tapak sendiri ni...last aku gi masa student je dulu....lama dah...dah dekat 10 tahun dah pun.... tapi kalau balik kampung jumpa mak abah pun ok gak pasal last aku balik kampung masa acik aku kahwin awal bulan hari tu....lama dah kan? nak dekat sebulan dah ni.... jadi korang fikir mana lagi ok? kalau mak aku tau aku tanya korang pasal ni mesti dia kata "ko gi je la MAHA tu ngah...balik kampung ni bukan ada apa sangat..." hihi...mak merajuk.... p/s setelah ditimbangtara dan difikirkan semasaknya maka keputusannya.....aku bali...

Durian ....akhirnya ku beli jua...

salam sejahtera semua, maaf cuma sempat update di petang ni....banyak tugasan perlu diselesaikan hari ni... cuma nak cerita pasal semalam... balik dari jerantut...akhirnya aku tergoda juga membeli durian setelah menjamah durian yang ditunjuk penjual durian di tepi jalan kat kuala krau semalam....wah...tergoda i you.... dan inilah hasilnya....isi dia lemak-lemak je...sedang elok nak buat durian crepe.... p/s balik kang nak makan lagi....esok nak puasa 10 muharram tak? puasa jom!

Durian kampung

salam sejahtera semua, bersiaran dari jerantut lagi pagi ni...tengah berhenti pam susu ni...curi masa update blog kejap...lepas ni nak tengok barang kat bengkel dan ladang..harap hari ni boleh siap.... sebenarnya nak cerita pasal durian kampung ni...sepanjang perjalanan tadi aku nampak ramai orang kampung yang jual durian sepanjang jalan...aku nampak juga ada yang jual betul-betul tepi dusun diorang....menarik je tengok dari jalan...tapi nampak macam biasa la 3 biji rm10.... rasanya aku patut beli ke tak ye?.....hmmmmmm...... p/s nafsu kata ya..hati kata tak...mana nak ikut ni ye....org kata ikut hati mati...ikut nafsu?....haru??? hihihi...

Wordless Wednesday # 3

salam sejahtera semua, p/s makan mesti mau sedap!

Wordless Wednesday # 2

eh...? baru 2? p/s durian vs durian crepe?

durian best!

salam semua, ni taip entry cepat2 sebelum majlis bacaan yassin hari jumaat kat sini... sebenarnya nak cerita pasal durian yang kami beli di simpang sungai soi baru ni... baru je 2 hari lepas... kami sesaja tanya kat pakcik jual tu durian kawin bape sekilo... sekali dia kata rm7 sekilo... huhu... teruja dengar... jadi kami pun dengan bersemangat beli la dalam 2 biji... bila dah beli tu timbul lak perasaan tamak haloba kan....? jadi terpikat lak dengan durian selonggok 3 biji rm10 pulak..yang ni durian kampung.... ambik pulak selonggok.... untuk anak2 yg tak makan durian pulak pakcik tu ada juga jual manggis... sekilo rm5... beli la barang sekilo... bawak je balik rumah.... terus hantu durian ni ngadap... wah tak ingat dunia dah.... shah pegi mandi pasal baru lepas gunting rambut... anak2 tengah tengok tv.... ummi dia buat projek sesorang kat dapur...hehe.... k layan gambar ek... ni gambar durian kawen tu...kuning2 isi dia..berbaloi2.. ni lak gambar durian kampung rm10 tu......