Cerita Ita: doa                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel doa

Setahun Sudah Mak Kembali

Genap Setahun Berlalu Assalamualaikum semua, tahun ni mood berblog semakin menjauh. Mungkin sebab kekangan emosi dalam diri aku sendiri. Kalau dulu aku selalu merasa kuat. Sekarang ni bila diuji aku rasa terlalu rapuh. Mungkin juga sebab usia makin bertambah... entahlah... yang pasti selepas genap setahun semuanya berlalu, aku makin rasa kosong. 05.08.2025 Selamanya tarikh ini akan menjadi tarikh keramat dalam hidup. Mak kembali kepada penciptaNya. Juga pencipta kita semua. Nak menulis terasa sangat berat. Memang rasa separuh nyawaku hilang. Kerana selama ni maklah tempat aku bercerita, mengadu walau dalam banyak ketika mak cuma mampu mendengar tanpa ulasan apa pun. Bulan Julai hingga Ogos setiap tahun sentiasa akan berada dalam ingatan kami sekeluarga. Bermula dari mak dimasukkan ke wad hinggalah kehilangan mak buat selamanya. Gambar selfie terakhir dengan mak masa mak sakit Alhamdulillah kami semua adik-beradik berjaya sempurnakan jenazah mak dari memandikan sehinggalah dikafankan da...

Doa Selepas Solat Fardhu Ringkas

Assalamualaikum semua, sebelum ni aku ada kongsikan doa selepas solat yang bagus diamalkan tapi kali ni aku nak kongsikan pulak doa selepas solat ringkas yang biasa jadi amalan aku setiap kali baca doa lepas solat fardhu. Terutama jika dalam keadaan nak cepat. Doa Selepas Solat Ringkas Zikir Ringkas Selepas Solat Fardhu Biasanya bila baca doa selepas solat akan dimulai dengan zikir yang ringkas seperti bacaan bismillah, istighfar dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Antara bacaan zikir yang dibacakan sebelum doa lepas solat ringkas ialah seperti berikut: Doa Selepas Solat Fardhu Ringkas Di samping doa-doa ringkas ini boleh juga jika nak dimasukkan doa-doa lain di antara doa lepas solat yang dibaca ini. Sebenarnya tak kisah doa macamana pun yang nak dibaca yang penting ianya adalah permintaan tulus dari seorang hamba kepada Tuhannya. Sebab itu lebih baik jika doa yang dibaca difahami dari segi maksudnya. Supaya kita akan rasa menghayati doa dan menyebutnya dengan bersungguh-sung...

Terima Ucapan Ulangtahun Perkahwinan Dari Suami

Assalamualaikum semua, hari ni 24 Jun 2023 merupakan hari ulangtahun pernikahan aku dan Shah. Genap 17 tahun kami hidup bersama pada hari ni. Rasa macam terlalu cepat masa berlalu. Gambar terkini semalam Ucapan sempena ulangtahun perkahwinan Macam tak sangka juga bila suami ucapkan ucapan ulangtahun perkahwinan malam tadi. Sebab dia jenis jarang ingat. Orang lelaki kan..haha.. Tapi sebagai isteri aku rasa gembira dan terasa sangat dihargai bila dapat ucapan macam tu.  Hadiah buat isteri Itulah orang kata orang perempuan ni hidupnya sangat mudah. Bila suami bagi ucapan pun hidup dah rasa bahagia sangat dah. Lagi la kalau diberi jambangan bunga atau hadiah. Lagi la rasa berbunga-bunga hatinya. Jadi sebagai suami tu, boleh la cuba ambil hati isteri dengan pelbagai cara sesuai dengan isteri masing-masing. Hari ni biasanya kami akan bawa anak-anak makan kat luar tapi disebabkan kami semalam dah habiskan aktiviti seharian di Melaka. Kira dah sambut awal jadi kami duduk rumah je la ...

Akhirnya aku ditukarkan ke Johor!

Assalamualaikum semua,  setiap hari ada sejarahnya tapi hari ni sejarah yang patut sangat ditulis buat kenangan.. sejarah yang pastinya akan memberi kesan besar buat kami sekeluarga.. kesan positif atau tak tu tak pasti lagi tapinya harapan kami semoga ianya beri impak positif bukan saja buat kami tapi untuk semua orang di sekeliling kami nanti.. ya.. akhirnya aku ditukarkan ke Johor! Akhirnya aku ditukarkan ke Johor!  dah agak lama jugak aku berniat nak berkhidmat di Johor, negeri kelahiranku.. tapi apakan daya bila kita cuma seketul mentimun yang akan selalu digolek-golekkan oleh orang lain.. tapi kali ni aku cuba untuk menggolekkan diri sendiri.. harapnya tak hancur berkecailah nanti.. haha..  sebenarnya aku masih belum naik kerja dari cuti bersalin pun lagi.. ok.. patut dah naik hari semalam lagi tapi aku tambah mohon lagi 2 hari cuti sehingga hari ni untuk temankan adik Nafis Adam ke klinik untuk ambik suntikan bagi bulan kedua dia.. nasiblah kali ni...

Kita hanya merancang Allah jualah penentu segalanya..

assalamualaikum semua,  rancangan kami asalnya nak balik kampung minggu ni.. dan dah rancang baik sejak Isnin aritu kami nak balik awal.. aku pun dah siap mohon cuti hari ni.. tapi itulah dah ditakdirkan.. kita hanya merancang tapi Allah jualah penentu segalanya.. dan akhirnya rancangan terpaksa diubah di saat-saat akhir ni..  Kita hanya merancang Allah jualah penentu segalanya..  asalnya aku ada seminar di Putrajaya hari ni.. jadi aku ambik cuti supaya boleh datang seminar dan shah boleh ambik aku kemudian kat sini bila dah selesai urusan dengan anak-anak.. tapi mana tau lain pulak jadinya.. kami diberi ujian kereta rosak pulak waktu shah dalam perjalanan nak ambik aku tadi.. jadi kena tunggu dia selesaikan semuanya kemudian ambik aku pulak..  dan rancangan asal kami nak balik awal terpaksalah ditangguhkan dulu.. tunggu urusan kereta tu selesai baru boleh fikirkan apa tindakan selanjutnya..  buat masa ni cuma mampu doa je semoga semua urusa...

Selamat Hari Lahir yang ke 66 Abah!

assalamualaikum semua, hari merupakan hari kelahiran buat abah, insan yang kami paling sayang.. dan selama dekat seminggu jugak kami abiskan masa menemani abah di HUKM.. pelan asal untuk rawatan lain tapi rupanya lain pulak yang jadi.. tapi apa pun kami redhakan jugak semua yang berlaku.. dan aku tak dapat nak kongsikan sepenuhnya apa yang berlaku atas permintaan banyak pihak..  Selamat Hari Lahir Abah di hari ni pada ini 66 tahun dulu, seorang bayi lelaki dilahirkan oleh ibunya yang tersayang yang akhirnya meninggalkannya ketika berusia 9 tahun.. waktu sekecil itu beliau terpaksa memikirkan cara untuk menyara sebuah keluarga yang ada.. bermacam yang dilalui oleh anak yatim ini.. sejarah hitam kebanyakkannya yang menjadikannya seorang yang berhati batu dan tabah dalam mengharungi apa sahaja rintangan di hadapannya..  tak pernah kenal apa erti sekolah.. tak juga dapat merasa apa erti pendidikan formal kerana kesempitan hidup.. namun tak menghalangnya untuk teru...

Mengimbau kenangan SPM dan Doa Dipermudahkan Urusan

assalamualaikum semua, hari ni bermula peperiksaan SPM di seluruh negara Malaysia.. semua ornag sibuk bercakap pasal peperiksaan SPM ni.. di Radio Sinar FM pagi tadi pun tak terlepas peluang bercerita pasal kenangan kisah yang berlaku di dalam dewan peperiksaan.. menarik cerita masing-masing.. seronok kami yang dengar dalam perjalanan ke tempat kerja tadi pagi.. aku nak kongsikan juga kenangan aku sewaktu ambik peperiksaan ni dulu tapi aku nak kongsikan dulu doa agar dipermudahkan urusan.. bukan sahaja untuk calon peperiksaan tapi jugak untuk semua orang.. Doa dipermudahkan urusan Doa dipermudahkan urusan : اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَاَّ مَا جَعَلتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً Maksudnya : Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki. - Ibn Hibban (Hadith no. 2427), Ibn As - Sunni (Hadith no. 351).  Sewaktu aku mengambil pep...

Selamat Hari Lahir Abg Ngah

assalamualaikum semua, dah malam baru ada kelapangan nak menulis.. pulak tu baru teringat hari lahir abg ngah rupanya hari ni.. Allah.. maafkan ummi ye nak.. lupa-lupa betul.. ni pun budaknya dah tidur pun.. tadi sebelum tidur sempat la cakap selamat hari lahir abg ngah kat dia..  selamat hari lahir abg ngah... tapi mukanya macam tak puas hati pulak bila takde kek.. alahai nak.. ummi ingat pun dah pukul 9 malam.. mana la nak cari kek lagi waktu tu.. tapi pujuk jugak dia tadi cakap esok la ummi belikan kek.. dan laju-laju jugak aku mesej ke kawan setaman yang buat kek masa hari lahir abg long aritu.. tempah terus sebiji kek untuk ambik petang esok.. dan tetiba pulak abg ngah cakap tadi boleh tak nak bawak kek ke Pasti? (maksud dia tu ke transit dia la tu).. aku cakap insyaAllah nanti ummi cuba tanya orang yang buat kek tu.. kalau tak boleh, tak boleh nak buat apa la.. dan elok je aku tanya tadi akak tu sanggup.. alhamdulillah dipermudahkan urusan lagi sekali.. jadin...

Tak jadik keluar la pulak

assalamualaikum semua, hari semalam dapat perkhabaran tak best pulak.. abah tak boleh keluar wad lagi.. aku dengan shah dah bersemangat kemas baju dan kalau abah dapat keluar kami nak terus hantar abah mak balik johor.. tapi apa nak buat kan.. manusia hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan.. gambar abah tak boleh keluar lagi.. gambar kami berdua pun jadi la.. haha tapi aku bersyukur jugak pada masa tu.. sebabnya pada aku biarlah abah sihat dengan sempurna dulu baru balik ke rumah.. supaya takkan ada komplikasi atau kesulitan apa-apa bila abah duduk di rumah nanti.. untuk perkembangan lain nampaknya abah dah boleh bangun dan berjalan perlahan-lahan ke bilik air pagi tadi.. dan abah kata badan pun tak sakit dan sengal-sengal macam sebelum ni.. semoga abah terus sihat dan terima kasih yang mendoakan..

Alhamdulillah pembedahan selesai

assalamualaikum semua, macam aku cerita dalam entri sebelum ni yang kami ada perjalanan ke HUKM kelmarin.. dan alhamdulillah urusan pembedahan abah yang dijadualkan semalam di HUKM berjalan dengan lancar dengan izinNya.. waktu melawat di HUKM dan kami sangat bersyukur semua urusan abah dipermudahkan  dari awal kes sehingga pembedahan selesai dan sekarang ni masih ditahan di wad.. walau apapun.. maaf aku masih tak sedia lagi nak berkongsi tentang apa yang dialami abah kerana tuan punya badan pun tak beri izin untuk kami terutamanya anak-anak untuk hebahkan apa yang berlaku pada abah selama ni.. termasuk berkongsi tentang apa yang berlaku dengan sedara mara terdekat.. maaf sebab abah maaf belum sedia.. kalau ikutkan aku sendiri..ingin sekali aku kongsikan kronologi kes abah dalam blogku nan satu ni.. terutamanya untuk coretkan sedikit kenangan buat kami melalui detik-detik sukar dari penyakit abah dikesan sehingga sekarang.. tapi apakan daya.. perasaan abah l...

Selamat hari Lahir Kakak Husna!

assalamualaikum semua, hari ni buat entry khas buat anak perempuan kami yang cuma ada sorang tu je.. sebenarnya lebih pada entri nak mohon maaf sebab ummi lupa hari lahir kakak.. huhu.. maafkan ummi ye nak.. Koleksi gambar yang mokde dia simpan.. tq mokde.. dan hari ni baru sempat nak tulis.. apapun kita dah ganti dengan makan kat luar kan hari tu.. dan ummi dah buatkan kek advance masa kita balik kampung aritu untuk kakak husna dengan atuk abah.. atuk abah lahir pada 5 Disember 1951..dan kakak lahir pada 11 Disember 2011.. dua-dua anak kelahiran Disember.. untuk kakak Husna, ummi doakan anak ummi supaya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berguna satu hari nanti ye nak..  takde apa kat rumah.. ummi buat agar-agar je aci tak ye?

Rezeki blog lagi...

assalamualaikum semua, hari ni nak kongsikan kegembiraan aku dapat hadiah kemenangan dari giveaway yang dibuat oleh rakan blogger satu masa dulu.. giveaway sempena hari ulang tahun perkahwinan beliau dan suami.. cantik la muka lepas ni.. haha buat kawan blogger ni.. terima kasih banyak ye kak hainom ok jer.. moga panjang umur akak dan dimurahkan rezeki supaya boleh berkongsi dengan ramai orang lagi hendaknya.. amin..

Tolong doakan abah saya...

assalamualaikum semua, hati tengah sedih sekarang ni... berperang dengan emosi... tapi kerja berlambak tak siap-siap lagi.... petang semalam dalam jam begini la aku terima berita yang paling tak mengembirakan hati... sebelum tu pagi semalam aku ada telefon mak sebelum nak ke jualan lelong di Paun Awam Kg Mahkota... sempat la berbual dengan mak... berbual dengan mak pasal GC Tea... pastu tanya khabar mak dengan abah... tetiba mak cakap... "abah masih tak sihat... tapi dah takde kena berak-berak lagi macam aritu... cuma perut abah sebu je... pergi bilik air tak tak buang apa-apa pun... asyik kentut je..." (Allah terus susah rasa hati semalam).... pastu mak sambung lagi..." malam tadi pun abah dah tak boleh makan sangat... makan bubur sikit je... pastu makan ubat yang untuk tangan tu...." (sebelum ni abah ada mengadu gatal tapak tangan... yang ni aku cerita nanti... doakan aku sihat sebab banyak hutang entri kat korang...)... pastu mak sambung.... "pa...

Selamat Hari Lahir Yang ke 9 Abg Long Sayang!

assalamualaikum semua, 9 tahun yang lalu masa ni aku tengah menanggung sakit bersalin buat pertama kalinya...baru kenal erti pengorbanan bagi seorang ibu... 3 hari 3 malam berjuang untuk melahirkan seorang permata hati...dan akhirnya kesabaran itu dibalas dengan kelahiran seorang bayi comel pada jam 9.04 malam.. aku pernah kongsikan kisah kelahiran itu di sebuah blog yang telah dipadam kewujudannya...insyaAllah akan cuba ditulis semula nanti.. selama 9 tahun ini membesarkan abg long merupakan satu pengalaman baru untuk aku dan shah..terutama bila semuanya berdasarkan pengalaman kali pertama... pelbagai ujian yang ditempuhi... tapi alhamdulillah... abg long atau anak yang diberi nama Ahmad Haziq Hakimi sangat-sangat membantu kami yang sentiasa cuba menjadi ibu bapa yang sempurna... birthday boy - Abg Long doa ummi untuk abg long sempena hari yang istimewa ni ialah semoga Abg long terus berjaya di dunia dan akhirat...dapat berbakti untuk agama suatu hari nanti...dan dib...

Wordless Wednesday # 90 : Doa Bebas Belenggu Hutang

Assalamualaikum semua, mencuba dan terus mencuba...dan disusuli dengan doa... Ihsan : Al Mathurat pdf  p/s inspirasi dari tazkirah IKIM FM pagi tadi : HUTANG

Selamat Hari Lahir Buat Abah Tersayang

assalamualaikum semua, lama nak menulis tapi tak sempat tapi hari ni cuba sempatkan jugak untuk hari yang istimewa salah sorang insan yang ku sayang.. buat abah, semoga Allah panjangkan umur abah..murahkan rezeki abah dan sihatkan tubuh badan abah..amin.. selamat hari lahir yang ke 63 abah... p/s nanti angah balik bawak kek eh..errr tapi abah nak potong ke? ;)

Perjuangan baru bermula!

assalamualaikum semua, untuk tahun bermacam perancangan kami buat.. ianya perlu untuk keluarga kami...untuk pembangunan sahsiah anak-anak dan jugak untuk perancangan kewangan yang lebih sempurna...inshaaAllah.. semoga Allah permudahkan usaha kami..amin.. p/s kena hantar cepat..dengarnya cuma tinggal 15 je kekosongan..

Exam bermula!

assalamualaikum semua, hari ni abg long hadapi exam hari pertama...keliru dia baca jadual exam untuk hari selasa tapi aku suruh dia baca untuk hari isnin..alahai anak...bape kali nak kena ulang..kan cuti semalam? semalam aku tanya dia.. aku : abg long .. rasanya boleh tak jawab soalan esok ni ? abg long : entahlah ummi .. saya tak tau .. aku : kalau soalan susah macamana ? abg long : entahlah ummi .. saya tak tau la ... aku : ....( manjang tak taunya ) pastu pagi tadi ada lagi.. abg long : ummi .. hari ni ada bahasa inggeris la .. aku : ye la petang .. abg long : saya tak pandai la bahasa inggeris aku : abis tu rasanya boleh jawab tak ni ? abg long : entahlah saya tak tau ... saya cuba je la .. aku : cuba je la .. patut aku sambung ayat tu..tapi aku tak sambung sebab sibuk bercakap dengan abg ngah pulak tadi..alahai anak..harapnya jangan la lunturkan semangat dia hari ni... ummi sentiasa doakan yang terbaik un...

Wordless Wednesday # 68

assalamualaikum semua, p/s adik dah ada nama...dah siap daftar pun..semoga permulaan yg baik utk hidup adik..amin..

Selamat Hari Lahir buat suami tersayang..

assalamualaikum semua, ucapan hari lahir ni patut dibuat semalam sebenarnya tapi dalam kekalutan kami di hospital dan telefon yang kehabisan bateri maka entry ucapan ni terpaksa dibuat pada hari ni.. selamat ulang tahun ke 32 buat yang berbahagia abang..semoga abang dipanjangkan umur, ditetapkan iman, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik dari Allah..amin.. p/s ita dah bg hadiah baby aci kan bang? ;)