Cerita Ita: klcc                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel klcc

Berkelana ke Kuala Lumpur mencari ilmu

Assalamualaikum semua, hari ni aku dah selamat pun meredah kesesakkan umat manusia yang sama nak berebut balik ke Kuala Lumpur setelah abis cuti panjang.. alhamdulillah kami tak terperangkap lama dalam kesesakkan tu tadi.. berkelana mencari ilmu tadi kami siap daftarkan diri untuk hadiri satu konvensyen antarabangsa di KLCC.. alhamdulillah dipermudahkan urusan dari perjalanan sampailah ke urusan pendaftaran tadi.. syukur.. syukur sangat sebab diberi peluang hadiri konvensyen macam ni.. harapnya banyak ilmu yang kami akan kutip nanti.. tadi sempatlah hadiri majlis pembukaan yang lebih kepada majlis suaikenal sesama delegasi dari pelbagai negara.. tapi pada aku sendiri agak segan nak berinteraksi dengan diorang.. maklumlah ini kali pertama aku dapat peluang hadiri majlis sebegini.. banyak masa kami tadi kami luangkan untuk baca poster yang dipamerkan dan berjalan dari satu booth ke satu booth untuk tau apa saja maklumat yang perlu.. alhamdulillah banyak jugak ilmu ba...

aduh...dugaan lagi..

assalamualaikum semua, aku bagitau kami tadi dah gerak pukul 8 pagi dari ipoh dalam entry tadi kan? ada yang belum baca..gi selak entry sebelum ni kat bawah ye ;) tentu korang ingat aku ni bersiaran dari klcc kan?... hahaha...teeettttt...jawapan korang salah...aku masih lagi sangkut di RnR Ulu Bernam sejak pukul 9.45 pagi tadi lagi... aduh...dugaan lagi kan? sebabnya...bateri bas kong atau lebih elok adalah habis bateri... dan pasukan penyelamat baru sampai dan kami akan bergerak dalam 10 minit lagi... lepas tu kami akan pusing-pusing sekitar klcc sebab plan asal nak naik petronas twin tower bridge tu pukul 1 tadi dah ditangguhkan ke pukul 7 malam ni... p/s berangan nak makan tghari dengan spagetti di klcc tapi dapatnya bakso ulu bernam.. hehehe