Cerita Ita: ubat                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ubat

Pokok Ara, pokok nostalgia kutu?

Assalamualaikum semua, siapa kenal ni pokok apa? kalau dulu aku ingat sangat pokok ara ni sebab bila sebut je pokok ara tentu jadi ingat pokok ara,  pokok nostalgia kutu? mesti korang rasa pelik kan? ini sebab cerita zaman bebudak la dulu ni..  Pokok Ara,  pokok nostalgia kutu?  Masa aku kecik dulu ada satu pokok ni kat hutan belakang rumah.. tinggi melanggit tapi daun sikit je kat belah atas dia.. masa tu zaman berkawan dengan bebudak lain.. melasak tak ingat dunia sampai kekadang terjangkit kutu entah dari mana kat kepala masing-masing..  Pulak tu mak selalu cakap siapa yang banyak kutu, kutu akan terbangkan dia ke pokok tu.. jadi kami akan duduk diam je tiap kali mak carikan kutu.. ala.. agaknya mak aku reka je cerita tu.. maklumlah bebudak ni bukan suka kena duduk dediam macam tu kan.. anak-anak aku sekarang ni pun rasa menyampah..  Tapi aku tak ingat tahun bila ntah, bila tengok belakang rumah, pokok tu tetiba dah takde.. rasa kehi...

Luka Abg Long Hari Pertama dan Kedua

assalamualaikum semua, hari ni aku nak update pasal luka abg long lepas kemalangan hari Jumaat aritu.. bermula kelmarin dan semalam.. amaran.. kalau rasa ngeri tak payah la korang teruskan baca ye.. Luka Abg Long Hari Pertama dan Kedua Acriflavine ~ Ubat Luka setakat ni abg long ok, tak menangis atau mengadu sakit yang teruk-teruk.. cuma terbunyi ah.. ah.. je bila kami cuci luka tu.. aku cuma bersihkan guna cecair normal saline je yang memang ada kat rumah ni masa nak guna buat cuci luka shah lepas pembedahan dulu.. masih ada banyak bakinya.. "Dressing set" untuk cuci luka pun masih ada.. jadi tak perlu beli jugak.. cuma kami dibekalkan dengan ubat luka untuk sapu pada luka abg long macam gambar kat atas ni.. Ubat cuci luka ubat luka yang kami guna ni ialah Acriflavine, mudah meresap dan cepat keringkan luka.. biasanya orang guna jugak ubat luka ni untuk keringkan luka jahitan lepas bersalin.. dan alhamdulillah nampaknya lepas penggunaan 2 hingga 3 kali sehari...

adik hadi mencuba petua selsema

assalamualaikum semua, hari ni kami ada kat kampung, rumah mak shah.. adik shah balik kampung sekejap sempena cuti Thaipusam.. korang pun balik kampung ke? kami tak balik sebab Pahang tak ambik cuti untuk Thaipusam.. budak selsema tetap aktif walau ada kat kampung tapi aku tak lena tidur sejak semalam.. hadi selsema teruk sampai tak boleh nak letak bawah pun.. suasana yang sejuk sangat kat kampung agaknya sampai jadikan adik selsema lagi teruk.. aku dah tersengguk-sengguk sambil meriba adik hadi.. aduhai gini la kalau jadi mak-mak ni.. sebab tu bila dah ada anak baru aku tau macamana pengorbanan mak abah waktu membesarkan kami dari kecik dulu.. aku belek pulak dalam beg alat-alat kecemasan yang biasa kami angkut ke hulu hilir minyak apa-apa yang digunakan untuk kecemasan.. cuma ada vick je.. aduhai.. minyak pati batook ori dengan minyak herba asmak tertinggal pulak.. kecewa abis..  tapi aku cuba jugak la sapu kat bawah hidung, kat batang hidung, kat beti...

Demam selsema

assalamualaikum semua, pagi ni aku bersiaran dari rumah.. semalam kononnya ambik cuti untuk kemas rumah.. tapi sudahnya aku melepek sebab bersin tak berhenti dari pagi dan hingus sama laju menitik macam hujan kat luar rumah saat ni.. demam selsema menyerang! dan malam semalam kami anak beranak dah gi jumpa doktor untuk mintak ubat.. doktor siap bagi mc untuk aku dan shah rehat kat rumah.. memang berat sangat kepala ni bila kena selsema kan.. rasa tak larat nak berfikir pun.. kali ni semua kena demam ni kecuali abg long.. tapi pagi ni abg long pun macam dah mula selsema jugak.. ditambah pulak dengan rasa sakit-sakit badan pun ada ni.. hujung minggu ni konon berangan nak balik kampung tapi dah tak larat macam ni ntah macamana agaknya ni ntah.. abg long siap bagi cadangan pulak tadi.. ummi dengan ayah bergabung la.. baru larat nak memandu.. pandainya anak.. nak makan ubat kejap ni.. bagi lega sikit rasa berat kepala ni.. ada jugak kawan-kawan yang bagi cadangan ...

Pokok Dukung Anak dan khasiatnya

assalamualaikum semua, terlebih rajin hari ni nak ceritakan khasiat satu pokok yang biasanya kehadirannya tak disedari oleh orang pun... Pokok yang aku maksudkan adalah pokok dukung anak.. ada jugak orang panggil pokok kelek anak...kalau ejaan lama jadi pokok dokong anak... eh ye ke? hahaha... memandai je ita... tapi ejaan tu tak menjadi hal la.. yang penting kena ceritakan apa khasiat pokok ni dulu... yang ni memang patut kongsi.. tapi sebelum kita nak kongsikan khasiatnya dah tentu kita kena kenal dulu pokoknya kan? jadinya aku adalah buat sedikit kajian dari google dan blog Khasiat herba yang banyak membantu... aku rumuskan je la hasil carian ok... pokok dukung anak - gambar google Pokok Dukung Anak Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri Famili: Eurphorbiaceae Nama Biasa: Dukung Anak Nama lain: Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india) Lokasi dijumpai: Di tepi longkang dan di kawasan pertanian asalnya dulu orang banyak ceritakan kegunaan daunnya...

Ke Ipoh la pulak..

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari kedua aku kat ipoh..sampai hari ahad malam baru ni... ada bengkel kat sini insyaAllah sampai hari jumaat ni.. kalau ikutkan dah tak larat dah nak ke mana-mana sebab tarikh dijangka bersalin tinggal tak sampai lagi sebulan dah...tapi dah kerja terpaksa la jugak... semalam stress jugak sebab aku kena cirit birit start dari petang dalam pukul 6 macam tu...sebelum tu dah rasa lain macam masa makan tengahari..rasa macam angin mencucuk je dalam perut ni..tak sedap betul rasa..pastu tengahari tu aku try la makan betik bagi dengan harapan bagi angin tu keluar...ambik ko..lepas tu memang keluar pun tapi sekali dengan cirit la...adoiii...tak larat dah rasa... masa nak gi makan malam pukul 7.30 tu aku dah rasa letih gila..boleh bila siap nak turun dah rasa tu datang lagi...pastu masa nak makan pun sempat singgah tandas kat kafe dulu..sabor je la.. balik dari makan pun masih macam tu tapi sudahnya aku layan minum teh pekat panas tanpa gula..alha...

Siapa lebih hot? ibu bekerjaya atau surirumah sepenuh masa?

assalamualaikum semua, dah sarapan.... kalau belum sarapan dulu ye... skip sarapan akan jadikan kita lebih gemuk ye...amaran di situ...aku dah...sarapan macam yang kat bawah ni... marveles... hihi.. bubur oat dengan buah-buahan... diet ko!   tengok tajuk hari ni? haaaa... cuba jawab siapa lebih hot? (aku tanya korang ni sambil angkat kening tau) sebenarnya cerita dia minggu lepas la... aku bawak anak-anak gi klinik.... dah semua kena selsema... selalunya aku biar je...malas nak bergantung dengan ubat sangat bebudak kecik ni....aku bagi ubatan macam madu direndam dengan cengkih... pastu bagi je diorang minum air masak banyak-banyak... disamping rendam kain hingus diorang tu dengan klorox... haaa..selesai masalah... in shaa Allah dalam seminggu baik... tapi kali ni selsema husna dah melarat-larat ke batuk yang teruk... kesian la pulak... jadi kami ke klinik sekali lagi.... dapat ubat semua... bagi... still macam tu jugak... last-last aku sapukan dia balm dan sarungkan...

panduan untuk chicken pox

salam semua, nak kongsikan sesuatu hari ni... disebabkan aku baru mengalami pengalaman anak kena chicken pox yang agak serius... aku rasa terpanggil nak kongsikan dengan kawan-kawan beberapa perkara...antaranya apa yang patut dibuat bila kena chicken pox ... beberapa panduan tradisional yang boleh diguna pakai semasa demam ini diselit bersama.. demam ni disebabkan oleh pembawaan virus. kalau tak salah aku dalam melayu kita panggil jugak demam campak atau cacar air... chicken pox ni biasanya akan tunjuk simptom seperti demam campak biasa iaitu demam panas pada peringkat awal dan bintik-bintik merah kecil seluruh badan dalam masa 2-3 hari dan akan menimbulkan ketidakselesaan pada pesakit.. kalau secara tradisinya digalakkan meminum air kelapa muda bagi mempercepatkan proses. kesan chicken pox di belakang badan selepas itu bintik-bintik merah ni akan bertukar atau bercantum dengan satu sama lain menjadi bulatan-bulatan kecil dan membentuk kesan seperti terbakar ...

lega sikit...

salam semua, pagi tadi aku ada mengadu pasal sakit perut memulas2 ni kan? tadi disebabkan aku tak tahan sangat aku pergi ke klinik kesihatan bandar kuantan... tak daya sangat dah menahan rasa memulas2 tu... aku daftar dalam pukul 11.45 pagi tapi nak tau apa yang pelik? kat nombor giliran tu tulis jam 12.22 tengahari.... pelik kan? aku dapat masuk dalam pukul 12.45 tengahari... dah sejam menunggu... letih menahan rasa sakit perut ni...doktor tak ramai rasanya.. cuma 3 bilik je yang nombornya bergerak laju... siap ambil ubat semua dalam pukul 1 lebih dah... tapi bila dah ambik ubat aku macam tak sure je nak makan ubat yang dia bagi tu...aku tanya lagi dengan ahli farmasi tu selamat ke untuk aku makan ubat tu... aku tunggu ahli farmasi tu cari info.. duduk kejap.. aku perhatikan dia ...dari jauh... aku tengok dia belek dah 3 buku dah... last2 dia datang kat aku balik... dia kata kalau tak sakit sangat jangan telan la... minum air garam tu dulu... kalau dah tak tahan sangat baru maka...