Cerita Ita: balik kampung                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel balik kampung

Balik kampung dan aktiviti cuti sekolah

assalamualaikum semua,  hari ni merupakan hari pertama naik sekolah setelah seminggu bercuti kan.. kebetulan pulak cuti hari raya aidiladha terselit tengah-tengah minggu lepas aritu.. jadinya aku ambik kesempatan bercuti jugak bersama anak-anak.. alhamdulillah setelah lama tak cuti raya lama kan.. dan hari ni nak coretkan sikit kisah balik kampung dan  aktiviti cuti sekolah  anak-anak waktu cuti sekolah yang lepas.. mehlah baca.. kami mula balik kampung hari Sabtu lepas.. kami gerak pagi Sabtu tu dan sempatlah tersangkut dalam kesesakan di Tol Gombak sekejap.. tapi alhamdulillah la tak lama.. lepas tu kami berkejar pulak nak hantar abg long gi ke Kem Rehlah anjuran KAFA lama abg long masa kat Kuantan dulu.. abg long tak mendesak pun nak pergi cuma aku je yang rasa dia patut diberi peluang untuk luangkan masa dengan kawan-kawan lama yang dia rindukan setiap hari..  lepas dari tu kami terus gi makan-makan kat Pantai Kempadang.. rindu nak lepak kat pantai ni.. banyak ke...

Balik kampung dan dapat anak saudara baru

assalamualaikum semua, aku belum cerita pasal kami balik kampung minggu lepas kan? kami balik kampung hujung minggu lepas sebab mak abah nak buat kenduri doa selamat untuk meraikan pasangan pengantin yang baru je dinikah dan disandingkan awal bulan aritu.. jadinya ni kira majlis belah pengantin lelaki la.. cuma mak abah buat keputusan nak buat majlis kecik-kecik je.. cuma nak umumkan diorang ni dah berkahwin pada orang setempat je la.. Balik kampung dan dapat anak saudara baru kenduri kali ni memang betul-betul kenduri kecik je pasal saudara mara terdekat dan keluarga perempuan pun kami tak jemput.. bukan tak sudi jemput tapi mengenangkan masalah kesihatan abah dan mak jadi jemputan dihadkan cuma untuk orang blok je.. itu pun cuma penerokawati je yang dijemput.. walau macamana pun.. syukur majlis berjalan lancar.. dan dapat la penuhi hajat mak abah walaupun cuma kenduri yang simple-simple je.. lauk yang ada masa tu sayur pisang masak lemak, ayam masak kicap, sambal go...

Diuji cirit birit dan muntah-muntah

assalamualaikum semua,  aku baru balik dari kampung malam tadi.. ingatkan dapat masuk kerja pulak hari ni tapi tanpa diduga diuji pulak dengan sakit.. Diuji cirit birit dan muntah-munta.. aku mula rasa angin sepanjang malam dan tak boleh tidur.. mula jam 4.30 pagi pulak aku mula berulang-ulang ke tandas.. sampai ntah dah berapa kali dah sampai aku dah tak daya nak berjalan lagi dah..  Gctea dikala diuji cirit birit dan muntah-muntah  perut memulas-mulas dan pedih.. Allah.. tuhan je la yang tau sakitnya.. buang air kecil dengan besar dan sama laju sampai sama je dah gayanya.. siap dengan pakej muntah yang dah tak tau nak keluarkan apa lagi isi dalam perut.. rasa lembik la.. sampai terduduk dalam bilik air tadi.. letih..  aku memang tak pedulikan apa-apa lagi dah sejak pagi tadi.. dengar anak-anak sibuk kat rumah sebab masih cuti sekolah pun cuma mampu dengar je la dari dalam bilik..  merasa lunch on bed hari ni shah je yang uruskan semuan...

Balik kampung sempena cuti CNY

Assalamualaikum semua,  ni kisah kami balik kampung baru ni.. semua orang sibuk balik kampung bila cuti lama kan? tak kisah la siapa pun yang raya tapi biasanya agama lain pun ikut jugak "makan besar".. haha.. itulah uniknya Malaysia.. orang lain yang raya, orang lain yang sama sibuk penuhkan jalanraya dan pasaraya.. hihi.. lengang je bandar Kluang masa aku balik baru ni dan kami pulak sibuk jugak ambik kesempatan cuti panjang Tahun Baru Cina untuk balik Johor jumpa mak dan abah.. anak-anak dah sibuk nak bermain dengan sepupu mereka yang ada di Johor.. tapi bila kami balik baru tau yang keluarga along aku bercuti ke Langkawi rupanya.. mereka balik hari Sabtu aritu tiba di Kluang.. seronok la pulak anak-anak dapat makan coklat Langkawi.. nak pergi sendiri entah bila agaknya.. apa je aktiviti diorang bila balik kampung ni? banyak la.. antaranya main badminton ramai-ramai.. belajar kopek kelapa (kata orang Johor).. orang negeri lain sebut kupas kelapa.. kalau...

Balik kampung dan dilema

assalamualaikum semua, hari rabu lepas kami dapat berita pasal rawatan susulan abah di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru... yang ni aku taknak ulas lanjut pasal tuan punya badan belum bagi keizinan untuk kami bercerita dengan sesiapa pun... cuma harap sangat doa kalian agar semuanya berjalan lancar... cukuplah untuk kalian tau yang kesihatan abah agak sulit untuk diceritakan tetapi ianya serius...  balik kampung atau kenduri? bila kami tau je pasal rawatan abah hati dah mula berbelah bagi...sebabnya di awal perancangan akan ada jemputan kenduri kahwin di Terengganu pada hari Sabtu dan pada hari Isnin, shah dah janji nak hantar emak dia ambik borang di Pejabat Agama Islam di Pekan... aku terus tak berani nak suarakan hasrat nak balik jumpa abah sebelum rawatan dimulakan... antara rasa serba salah, rasa sayang... sampai tak tentu rasanya... bila along whatsapp dalam whatsapp family tu aku terus respon alhamdulillah... sebab tau rawatan abah dapat dipe...

dalam perjalanan

assalamualaikum semua, kami gerak lambat dari rumah tadi..dah dekat pukul 12 baru nak gerak..itupun lepas selesai bagi biskut lagi 9 balang pada jiran kami dila..terima kasih dila..ini order kedua dila lepas order malam semalam 18 balang..alhamdulillah rezeki kami yang diberi olehNya... ada jugak rezeki untuk orang kampung ni.. sekarang ni kami baru je melepasi bandar mersing..jangkaan lagi 1 jam akan sampai rumah mak abah..inshaaAllah.. doakan perjalanan kami selamat ye.. p/s ada lagi yang melepak kat karaoke kat warung dalam jam ni? hmmm..tepuk dada tanya iman.. Published with Blogger-droid v2.0.10

Nak balik dah..

assalamualaikum semua, nak balik dah ke kuantan semula hari ni.. inshaaAllah lepas maghrib kami gerak dari rumah mak dan abah ni... ni yang rasa malas bila nak balik kampung ni...malas betul bila nak balik semula..bestnya duduk kat kampung..hilang semua masalah rasanya...tenang je.. hari ni je kami tak berjalan mana pun..semalam keluar jugak kejap cari barang-barang buat biskut.. hari ni rilek je la..pukul 4.30 tadi baru siap goreng ayam berempah..saje je buat makan-makan.. ini pun tengah melayan adik husna makan buah kiwi.. asyik keja makan je anak dara ni..huhu..makan..tukar baju..makan lagi..tukar baju lagi..asyik gitu la ulang-ulang..sabor je la.. meh layan gambar ayam goreng berempah...pasni nak ajak husna golek-golek depan tv kat depan.. Ayam Goreng Berempah  p/s esok beli strawberry la...teringin nooo nak kek strawberry cheese tu..terasa2 kat tekak..

Jadi ke tak 'meracun' ni?

assalamualaikum semua, aku tengah melepak dengan aman sambil surf internet nak tengok hari apa kedai mee racun batu pahat ni tutup.. sesiapa yang tau tolong bagitau ye...tak jumpa lagi orang yang bagitau ni.. kalau kat rumah mak aku rilek banyak betul tau...pagi tadi kami sampai pukul 2 pagi...dah tu sampai pukul 4 lebih tak boleh tidur sebab abg ngah demam panas dan muntah-muntah...letih gila kan dengar? tapi shah yang uruskan semua...kesian dia letih sangat dah...ni pun masih tidur ...kejap lagi kang aku nak kejut solat zuhur... jadi program nak meracun diri dengan mee racun ni macam kena tangguh dulu je ni...tak sanggup pulak nak request ni...tak sampai hati.. anak-anak pulak kalau kat kampung senang hati gila tau...bebas je diorang main kat mana-mana je...seronok pulak tengok.. p/s pada yang dah sudi menyinggah dan komen..inshaaAllah bila dah balik nanti aku balas ok..

membeli dari ZALORA.com.my?

assalamualaikum semua, pagi yang cerah...serta hati yang tenang...korang semua sihat? alhamdulillah kami selamat sampai dari kampung jam 1.11 pagi...lega...walaupun sampai agak lambat...tapi minda kami dah direfresh setiap kali balik kampung jumpa mak dan abah..alhamdulillah.. Ya Allah..Kau panjangkanlah umur kedua ibu bapa kami dan limpahkanlah rahmatmu ke atas kedua mereka dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil..amin.. tapi ada dugaan jugak..sampai dah la lambat kan.. gitu..gini dalam pukul 2 baru boleh tidur.. tapi baru je nak tutup mata...sekali husna menangis...dugaan..susukan dia...senyap semula.. sekali lagi nak tutup mata...abg ngah pulak menangis...waaa...yang ni payah nak pujuk..buat susu...senyap kejap... kejap lagi dalam pukul 3 dia menangis lagi...waa...kali ni memang dia nangis sungguh-sungguh...pelik jugak..dah baring sebelah aku dan aku peluk dia..senyap dan tertidur semula.. baru nak lelap mata lagi... tetib...

Alhamdulillah...kami sekeluarga dalam mood sakit..

Salam sejahtera semua, semalam takde entry mampu ku tulis.... buat pengetahuan semua kami balik kampung hari jumaat lepas..sebelum kami balik memang anak-anak dah kena demam selsema.... sampai je kat kampung, shah pulak kena demam panas sampai mengigil hari sabtu tu... bila shah baik je...aku pulak kena demam selsema...petang semalam..bergulung aku dalam selimut...dalam kereta masa nalik sini semalam pun sama...berpeluh pulak adik husna duduk kat ummi dia...malam tadi masa tidur pun aku suruh shah bungkus aku dengan toto...sejuk sampai ke tulang rasanya.. kononnya balik kampung nak pulun durian kat umah abah tapi durian yang 2 biji tergolek-golek tu pun tak larat nak makan...berangan pulak tu nak buat durian crepe nak bagi mak rasa..tapi suami tersayangku tu dah sakit...kira terkubur je la hasrat... hari ni nak angkat kepala pun macam tak larat je dah ni....tapi disebabkan banyak tanggungjawab kena selesaikan...aku gagahkan juga.... p/s tekak pun rasa tawar je dah ni...ada cadan...

MAHA 2012 ke balik kampung?

salam sejahtera semua, 'aku yang masih... di hentian hidup ini....... di mana berakhirnya perjalananku ini......esok dan lusa bukanlah milikku.....aku setia hanya padaMu....oh Tuhanku...' aduh terlayan lagu Ramli Sarip la pulak.... korang rasa mana aku patut pergi? Pergi MAHA 2012 ke gi balik kampung jumpa orang tua aku sambil meraikan musim durian? mana bunyi lagi best? Kalau gi MAHA macam best gak pasal tak pernah pergi sejak dia pindah tapak sendiri ni...last aku gi masa student je dulu....lama dah...dah dekat 10 tahun dah pun.... tapi kalau balik kampung jumpa mak abah pun ok gak pasal last aku balik kampung masa acik aku kahwin awal bulan hari tu....lama dah kan? nak dekat sebulan dah ni.... jadi korang fikir mana lagi ok? kalau mak aku tau aku tanya korang pasal ni mesti dia kata "ko gi je la MAHA tu ngah...balik kampung ni bukan ada apa sangat..." hihi...mak merajuk.... p/s setelah ditimbangtara dan difikirkan semasaknya maka keputusannya.....aku bali...

Ceritaita : letih...mengantuk...

salam sejahtera semua, kami sampai dari johor jam 1.30 pagi tadi.... sudahnya.... hari ni badan rasa amat letih dan mengantuk sesangat... nak buat kerja pun semangat macam merundum sikit... apa pun...kerja mesti diteruskan... alangkah bestnya kalau boleh bekerja dari rumah je... tak pun kerja sendiri kan? p/s nak terus pam susu adik husna... kesian dia stok dah makin sikit...

Iklan Innity

salam sejahtera semua, berangan nak update bermacam cerita tapi tak kesampaian.... banyak nooo keja nak diselesaikan ni... sempat menyelit satu entry je kot.... petang kang kami nak balik johor lagi... ada kenduri doa selamat sempena sambut menantu kat rumah mak pulak.... kalau ada sesiapa yang berdekatan dan berhajat nak datang... dipersilakan je la ye... jangan malu jangan segan.. kalau takde makanan air pun kami boleh hidang.... tadi aku sempat menijau dashboard.... tengok cerita-cerita menarik yang boleh singgah-singgah ke kan? ada satu tu cerita pasal income innity tak masuk.... teringin la nak tau apa innity tu kan.... nak tau lanjut korang klik logo tu ye.... sekali tinjau je.... haaa ... ambik ko.... tak layan no la makcik punya blog ni yang cuma ada reader sekerat dua je ni kan?.... p/s tengok-tengok orang dapat percutian percuma... rasa teringin la pulak kan... ada sesiapa nak bagi? ;)

Memilih Bulan Islam Untuk Berkahwin

salam sejahtera semua, bersempena kami nak balik kampung malam ni....yahuuu...eh... kami nak balik sempena adik aku yang nombor 6 akan berkahwin hujung minggu ni... yang paling tinggi tu acik..so ada 2 lagi available ok.. adik aku atau kami panggil acik dah 26 tahun dah tahun ni... wah dah besor panjang ko ye dik...kejap je rasanya ko dah besar... esok majlis pernikahan akn dilangsungkan... aku belum pasti lagi lepas solat jumaat ke sebelum ye...wah teruk akak ko ni dik... esok ko cerita dengan akak pepagi ye dik.. akan ku update esok ye kekawan.... hah... sempena nak cuti sekolah ni kan.... dan juga cuti hari perayaan yang banyak hujung tahun ni... mungkin ada antara korang atau adik beradik korang yang nak kawin tapi masih pilih-pilih tarikh yang sesuai dalam bulan islam kan? haaa.... aku ada cadangan cuba korang klik kat sini 'Pernikahan Dalam Bulan Islam' kat situ insyallah ada info yang boleh membantu.... p/s tak sabar nak balik... nak bawak cendawan, ...

Menu berbuka ramadhan yang simple

salam sejahtera semua, hari dah masuk 7 ramadhan kan.. sangat cepat sedar-sedar je dah seminggu berpuasa... semoga kita erus bertahan sampai ke hujung bulan..insyallah... terutamanya kepada orang yang sedang mengandung dan menyusukan anak masing-masing... menu berbuka kami sejak akhir-akhir ni sangatlah simple... seperti yang dah aku cerita sebelum ni... hari keempat tu kami berbuka dengan lontong dan sambal tumis... gambar takde sorry... tak sempat dah nak ambik-ambik gambar pun... masa suntuk sangat... dah kalah orang marathon olimpik dah aku bila nak sampai waktu berbuka... hari kelima kami berbuka dengan lauk semalam.. (sila baca macam P. Ramlee cakap kopi semalam)... shah cakap jangan membazir... so aku panaskan je kuah lodeh tu... makan dengan nasi... selamat... bagus dapat suami tak cerewet ni... hari keenam... takkan nak ulang lauk kelmarin pulak kan? hehe... aku masak la pulak hari ni... tapi hari semalam hari western kitorang.... western express je pun... aku masak ...

doakan kami selamat..

salam semua, petang ni lepas balik kerja kami akan terus ambik anak2 dan balik kampung... esok aku dah start cuti terus sampai 5hb... kami nak balik johor dari malam ni hingga malam isnin untuk berpuasa kat sana... malam isnin tu balik semula ke kuantan dan akan beraya di rumah mertuaku... malam raya ketiga kami akan balik semula beraya di johor.... jadi tolong doakan kami selamat dalam perjalanan kami nanti ye.... ucapan raya aku akan buat bila dah sampai johor nanti ye... tak pun malam raya la esok... jaga diri korang bebaik ye....